Kenapa MH17 Terbang di “Zon Perang”?, Rekod perbualan Pilot MAS Didedahkan Pasti ramai yang masih bingung dan tertanta-tanya terbayang seribu satu persoalan mengapa dan kenapa Malaysia Airlines MAS memilih untuk terus terbang zon yang diperkatakan ramai sebagai “zon perang” yang mana akhirnya pesawat Malaysia Airlines MAS MH17 telah ditembak jatuh terhempas Di sempadan Ukraine dan Rusia.
Andaikata MH17 menggunakan laluan lain, kemungkinan perkara ini tidak terjadi Menggunakan laluan alternatif yang lebih jauh dan MAS akan rugi dari segi kos penerbangan, tetapi ia akan menjamin keselamatan penumpang. Pada bulan April, International Civil Aviation Organisation, telah menasihatkan agar syarikat penerbangan mempertimbangkan laluan alternatif selepas mengenalpasti kemungkinan wujudnya risiko yang serius kepada keselamatan penerbangan awam antarabangsa. Apakah MAS tidak peka? Kenapa ambil risiko lalu di ruang udara zon perang?. Tidak kisah berapa tahun laluan itu telah digunakan. Dulu selamat, sekarang dah beberapa bulan dah Ukraine berperang.
Eurocontrol, sebuah badan yang mengkordinasi semua trafik di ruang udara Eropah telah menghantar satu nota rasmi dikenali sebagai Notam, mengulangi amaran tersebut dan menasihatkan dengan tegas agar mengelak dari ruang udara tersebut terbang di atas ruang udara negara berperang ini seperti serahkan nyawa macam itu sahaja” Berikut dikongsikan butiran perbualan Whatapps perbualan antara seorang pilot Malaysia Airlines MAS bersama rakannya yang juga merupakan seorang juruterbang sedikit sebanyak telah berkongsi maklumat yang berkaitan isu pemilihan ruang udara yang dipilih Malaysia Airlines. Pilot MAS ini baru sahaja selesai pulang dari negara Jerman, juga melalui ruang udara tersebut. Dan dia memaklumkan yang mana ruang udara yang dilalui oleh pesawat MH17 tiada masalah Banyak syarikat penerbangan seperti Singapore Airlines, Air France, Thai Airways turut melalui laluan tersebut Di bawah ini rakaman gambar perbualan antara pilot MAS bersama rakannya di Whatapps : Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=818260&extra=page%3D1&page=101
|
16
Bagus |
14
Marah |
26
Terkejut |
19
Sedih |
16
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT