MH17: Mayat mangsa dipindahkan, dunia gesa siasatan terperinci
GRABOVE: Para pemerhati antarabangsa berkata kumpulan pemberontak pro-Rusia di Ukraine hari ini telah memindahkan mayat-mayat mangsa Penerbangan MH17 dari lokasi kejadian menggunakan keretapi setelah waris-waris mangsa menuntut untuk ahli keluarga mereka yang terkorban dibawa pulang. Anggota Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) itu melihat mayat-mayat mangsa yang telah dibungkus itu, ditempatkan di dalam gerabak-gerabak keretapi yang berhawa dingin di sebuah stesen di Torez, 15 kilometer dari lokasi nahas. Jurucakap Michael Bociurkiw berkata keadaan di stesen tersebut adalah sangat teruk dan walaupun demikian, pihak pemisah yang menjaga gerabak tetap berjanji tidak akan memindahkan mayat-mayat itu sebelum 'pakar-pakar antarabangsa' tiba di sana. Ketua pemberontak Alexander Borodai menyatakan kepada salah sebuah stesen radio Rusia, Echo of Moscow bahawa pihaknya telah memindahkan sejumlah 196 mayat ke keretapi tersebut.
Setelah kejadian nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 yang dipercayai ditembak lalu terhempas di sebuah ladang jagung di timur Ukraine, apa yang terjadi kepada kesemua 298 mangsa yang terkorban menjadi perhatian utama seluruh dunia. Pemimpin-pemimpin dunia mendesak Presiden Rusia Vladimir Putin menggunakan pengaruh beliau dan merayu kepada pihak pemberontak untuk menyerahkan kesemua mayat mangsa dan membenarkan para penyiasat antarabangsa ke lokasi di Grabove bagi menyiasat kejadian itu secara terperinci. Seperti yang dilaporkan oleh beberapa media di Amerika Syarikat, negara itu percaya pihak Moscow merupakan dalang disebalik kejadian ini kerana telah menyediakan pelancar peluru berpandu tersebut untuk menembak dan menjatuhkan pesawat terbabit. Sementara itu, di dalam perbualan telefon di antara Perancis, Germany dan Britain hari ini, pihak Perancis telah memberi amaran kepada Rusia tentang 'kesan' daripada EU jika Moscow tidak mengambil tindakan yang wajar secepat mungkin. Krew AFP yang ditugaskan di tempat kejadian hari ini memberitahu bahawa lokasi tragedi nahas MH17 telah dikosongkan dan kesemua mayat mangsa yang terkorban dipindahkan dan diasingkan. Namun, barang-barang mangsa korban seperti beg pakaian yang telah rosak, pasport, buku dan mainan kanak-kanak masih lagi bertaburan dan berselerak di sana. Para pemerhati OSCE diiringi oleh pejuang-pejuang pro-Rusia yang bersenjata berada di lokasi kejadian dan diberi kebebasan untuk menyiasat lokasi tersebut sementara penyiasat daripada Belanda dijangka tiba di Donetsk pada hari Ahad. Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte berkata negaranya yang terkejut dengan kejadian tersebut mengumumkan bendera Belanda akan dikibarkan separuh tiang sebagai tanda berkabung atas kehilangan 192 rakyatnya. Di dalam perbualan telefon dengan Putin, beliau mendesaknya 'bertanggungjawab' untuk menjalankan siasatan penuh dan terperinci. 'Waris-waris mangsa seluruh dunia' Kesemua waris mangsa nahas MH17 meminta untuk mayat ahli keluarga mereka dibawa pulang. "Saya berharap dunia akan membantu membawa mayat-mayat mangsa yang terkorban kepada keluarga masing-masing,"kata abang ipar kepada salah seorang anak kapal penerbangan MH17, Zulkifli Abdul Rahman kepada AFP. Pada masa yang sama, Ukraine menuduh Rusia membantu pihak pemberontak menyembunyikan dan memusnahkan bukti-bukti penting yang mengaitkan penglibatan mereka di dalam kejadian ini. Namun, pemerintah dan media rasmi Rusia sebaliknya menyatakan bahawa Ukraine telah merancang kejadian ini untuk menyalahkan pihak pemberontak demi meyakinkan sekutu-sekutu barat mereka bagi melancarkan tentera dan membantunya dalam konflik yang masih berlangsung dengan Rusia. Amerika Syarikat dalam hal ini menggesa agar bukti-bukti penting termasuk kotak hitam diserahkan kepada para penyiasat antarabangsa supaya mereka boleh mengambil alih tugas-tugas penyiasatan. Kuasa besar itu juga menyuarakan kebimbangan mereka tentang pemindahan mayat-mayat mangsa nahas dari lokasi kejadian. Ekoran tuduhan yang dilemparkan oleh Ukraine, Putin dengan tegas menyangkal mempunyai sebarang kaitan dan pengaruh ke atas puak pemberontak terbabit. Sementara itu, pemimpin tertinggi pemberontak pro-Rusia melalui emel yang dihantar kepada pihak media pada Ahad berkata pihaknya akan tunduk kepada permintaan Ukraine sekiranya Kiev setuju untuk melakukan gencatan senjata dan menghentikan peperangan di antara mereka. Seperti tragedi September 11 dan Lockerbie' Presiden Ukraine, Petro Poroshenko berkata oleh kerana pihak pemberontak telah mengingkari gencatan senjata yang diumumkan 1 Julai lalu, Ukraine enggan untuk mengumumkan sebuah gencatan senjata yang baru sehingga pihak pemberontak menyerahkan dan meletakkan senjata mereka. Sabtu lalu, Poroshenko telah menegaskan pendapat beliau ketika bersama pemimpin-pemimpin dunia untuk mengiktiraf puak pemberontak pro-Rusia sebagai pertubuhan pengganas dan mereka seharusnya dibicarakan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague. Beliau juga memberitahu presiden Perancis, Francois Hollande bahawa kejadian pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 yang dikatakan telah ditembak lalu terhempas itu hampir sama dengan tragedi 11 September, 2001 di Amerika Syarikat. "Tiada perbezaan diantara tragedi MH17 di Ukraine dengan 11 September di Amerika Syarikat atau dengan tragedi Lokerbie di Scotland," ujar Poroshenko yang juga mengaitkan tragedi MH17 dengan peristiwa pengeboman Pan Am Penerbangan 103 yang mengorbankan hampir 300 nyawa pada tahun 1988. Poroshenko juga berkata, nahas MH17 terjadi kurang dari satu hari selepas Amerika Syarikat melancarkan sekatan menghukum beberapa firma besar milik tentera Rusia yang mempunyai kaitan dengan Putin. Beliau juga menggesa pemimpin-pemimpin negara Eropah untuk bertindak sedemikian rupa. Namun, negara-negara Kesatuan Eropah (EU) yang banya bergantung kepada gas yang dieksport dari Rusia mengambil tindakan yang sebaliknya dengan menyekat beberapa pelaburan masa depan dengan negara itu dan membiarkan peluang hukuman yang lebih terbuka kepada Moscow. Walaupun begitu, Perdana Menteri Britain David Cameron memberikan prospek cadangan sekatan baru terhadap Rusia. Ekoran daripada tragedi MH17 tersebut, beliau berkata negara-negara Barat harus mengubah dasar pendekatan dengan Rusia sehingga negara itu mengubah pendirian mereka terhadap Ukraine. "Rusia harus menggunakan peluang ini untuk menyelesaikan krisis berdarah dengan Ukraine. Saya berharap mereka akan berbuat demikian. Jika tidak, maka kesannya akan lebih teruk lagi," kata beliau memetik laporan Sunday Times. Cameron juga berkata kejadian pilu MH17 yang dipercayai ditembak dan terhempas itu seharusnya menjadi tanggungjawab Rusia. "Jika ini terjadi, sudah jelas ia adalah tanggungjawab Rusia kerana mereka secara langsung mengganggu kestabilan sebuah negara berdaulat, melanggar keutuhan wilayah itu, menyokong puak pemberontak dan melatih dan melengkapkan mereka dengan senjata," tambah Cameron. Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=818260&extra=&page=8
|
9
Bagus |
18
Marah |
18
Terkejut |
10
Sedih |
19
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT