Nahas MH17: Anak saudara harap dapat lihat jasad juruterbang
AHLI keluarga menunjukkan foto Kapten pesawat MH17, Wan Amran Wan Hussin (kiri) yang dipercayai terkorban dalam kejadian pesawat terhempas di timur Ukraine, tengah malam tadi. KUALA KANGSAR: "Kalau betul ayah saudara saya tiada lagi, saya harap dapat melihat jasadnya dan kebumikan dengan cara yang elok. "Apapun kami sekeluarga masih berharap dia masih hidup," kata Nur Suraya Dusuki, 29, anak saudara juruterbang pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17, Wan Amran Wan Hussin, 50. Beliau berkata, sebaik mengetahui nahas itu melalui internet jam 12 tengah malam tadi, ahli keluarganya termasuk kakak Wan Amran, Wan Aini, 61, terus menjerit.
"Kami terlalu terkejut, tak percaya dan tak boleh berkata apa-apa dan semua kami menjerit...kami tak sangka dia pergi dengan begitu tragis. "Kami tahu kejadian itu melalui internet dan apabila periksa nama (kru dan penumpang), nama bapa saudara saya berada paling atas," katanya ketika ditemui di rumahnya yang juga kampung halaman Wan Amran di Kampung Jias, Kota Lama Kiri, dekat sini. Nur Suraya berkata, selepas mengetahui kejadian itu ahli keluarga mereka berkumpul dan pada jam 2 pagi, Wan Aini dan berberapa adik beradik mereka pergi ke Kuala Lumpur. Beliau berkata, bapa saudaranya itu bersama isterinya, Mariam Yusuf serta dua anak lelaki mereka pulang ke kampung mereka minggu lalu. "Ketika itu dia (Wan Amran) membeli berpuluh-puluh jenis juadah berbuka dan memanggil semua adik-beradiknya berbuka bersama di rumah kami. "Dia juga seorang yang ceria, selalu melawak, orang berpengaruh dalam keluarga tetapi apabila pulang baru-baru ini dia lebih diam dan seperti bermenung. "Hari raya pertama nanti dia kata akan singgah sekejap di kampung sebab tidak boleh bercuti. Dia juga ada beritahu mahu menunaikan fardu Haji di Makkah tahun ini tetapi sudah takdir hajat itu tidak kesampaian," katanya. Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=818042&extra=&page=4
|
25
Bagus |
44
Marah |
18
Terkejut |
27
Sedih |
25
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT