Kotak hitam MH17 dihantar ke Moscow
DONESTSK 18 Julai - Kumpulan pemisah pro-Rusia mendakwa menemui kotak hitam pesawat Malaysia Airlines MH17 yang terhempas di wilayah bergolak, Donestsk Ukraine. Portal berita Mail Online melaporkan agensi berita Rusia, Interfax yang memetik Timbalan Perdana Menteri Pertama Donestsk, Adriy Purgin berkata, kotak hitam tersebut akan dihantar ke Moscow untuk disiasat. "Kami mungkin akan menyerahkan kotak hitam itu kepada Jawatankuasa Penerbangan Negara (IAC), ke Moscow. Mereka mempunyai pakar yang akan dapat menentukan punca tragedi ini," katanya.
PETALING JAYA: Dakwaan terbaharu bahawa penerbangan Malaysia (MAS) MH17 ditembak jatuh oleh kumpulan militan tersebar, dengan rakaman yang didakwa perbualan antara pegawai perisikan tentera Rusia dan anggota kumpulan pemisah sebagai bukti, lapor sebuah akhbar Ukraine berbahasa Inggeris. Dalam perbualan yang didakwa dipintas dan dikeluarkan oleh agensi keselamatan Ukraine (SBU), seorang anggota militan memaklumkan bahawa pesawat itu adalah '100% persawat komersial'. Rakaman itu yang diterjemahkan oleh The Kyiv Post menunjukkan Iglor Bezler - seorang komander utama Republik Rakyat Donetsk - berbual dengan seseorang yang dipercayai kolonel bersama Angkatan Tentera Rusia, Vasili Geranin. Bezler berkata, mereka berjaya menembak jatuh sebuah pesawat dan kemudiannya mendapati ia adalah sebuah pesawat penumpang. Selepas itu, kedua-duanya didengar berbincang mengenai serangan tersebut dengan salah seorang daripada mereka berkata pesawat tersebut berkecai di udara. "Kami telah menemui mayat pertama iaitu orang awam. "Pendek kata, ia 100 peratus pesawat komersial," katanya. Dia berkata, serpihan pesawat berkecai di sekitar kawasan perumahan dan tiada apa yang tinggal melainkan mayat, kerusi pesawat dan barangan penumpang seperti peralatan perubatan, tuala dan tisu tandas. Katanya, mengenai pesawat yang ditembak jatuh di kawasan Snizhne-Torez, ia adalah pesawat komersial dan terhempas berhampiran Grabove. "Terdapat banyak mayat wanita dan kanak-kanak," katanya. Menurut laporan itu, salah satu panggilan itu dibuat kira-kira 20 minit selepas MH17 dipercayai ditembak jatuh. |
22
Bagus |
15
Marah |
13
Terkejut |
15
Sedih |
10
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Sebelum MH17 berlepas dari AMS, company kena hantar Flight Plan dulu, yang mengandungi routes to follow, aircraft type n registration, endurance, total person on board, equipment carried. Bila Flight Plan tu dah approved, baru la boleh berlepas. Sekiranya route yang dipilih ada conflict atau melalui ruang udara yang tak dibenarkan oleh mana mana negara, mereka tak akan dapat clearance untuk berlepas sehingga route yang lain di rancang..
In the air, setiap controller negara negara yang di lalui bertanggung jawab untuk memberitahu pilot sekiranya ada berlaku conflict atau perubahan kepada restriction pada ruang udara masing masing. sekiranya tak selamat lagi untuk dilalui, ATC akan mengarahkan pilot untuk mengubah hala laluan atau ketinggian . Pilot tak boleh sesuka hati mengubah haluan dan ketinggian tanpa kebenaran dari ATC.
terbang di atas restricted airspace macam kat Ukraine ni adalah perkara biasa pada mana mana airline.. as long as ada Flight Plan and Clearance, its good to go.
tinker_bell posted on 18-7-2014 12:28 PM
ini pesawat keTIGA jatuh di UKRAINE pd minggu ni!!
sbagai seorang yg waras..mmg bgi aku ni saja c ...
cmf_premierleag posted on 18-7-2014 12:28 PM
mohon TT buat summary facts mcm tred2 MH370 hari tu supaya takde org tanya lagi soalan2 bodoh yg dah ...
skystrike posted on 18-7-2014 12:29 PM
ko memang bodo...
ADVERTISEMENT