MH17: Pramugara Tukar Syif Dengan Rakan - Bapa
Jijar tidak dapat menahan kesedihan selepas mengetahui anaknya berada dalam pesawat MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine. BUKIT MERTAJAM: Pramugara MAS, Sanjid Singh Sandu, 41, tidak sepatutnya menaiki pesawat MH17 yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Menurut bapanya, Jijar Singh, 71, Sanjit telah bertukar syif dengan seorang rakan sekerjanya. Ibunya yang berusia 73 tahun merancang untuk memasak makanan kegemaran Sanjid sebaik saja dia tiba di Pulau Pinang. "Kali terakhir dia pulang adalah pada bulan lalu. "Anak saya bercakap dengan saya menerusi telefon sebelum penerbangannya pada Rabu. "Saya tidak tahu itu akan menjadi perbualan terakhir dengannya. "Apa yang berlaku telah berlaku," kata Jijiar ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Selamat, Alma di sini. Jijar dan isterinya menerima berita sedih itu daripada menantu perempuannya yang juga seorang pramugari MAS kira-kira pukul 4 pagi Jumaat.
Beliau berkata, Sanjid merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga itu. MAS mengesahkan syarikat itu telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine. Pesawat MH17 itu dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 6.10 pagi (waktu tempatan Malaysia) pagi Jumaat. Data pengesanan pesawat menunjukkan MH17 berada pada ketinggian 33,000 kaki apabila ia hilang dari radar. Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=817992&extra=&page=72
|
16
Bagus |
13
Marah |
31
Terkejut |
18
Sedih |
23
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT