Status permohonan maaf yang dimuat naik oleh Kiki di akaun Facebook. KUANTAN - Pemandu kereta Peugeot putih yang bertindak membuli pesara yang terlanggar keretanya di tempat letak kereta UTC Kuantan tampil memohon maaf dan mengakui kesalahannya. Wanita berusia 30 tahun itu memohon maaf kepada Sim Siok Hong, 67, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada petang hari kejadian. Sinar Harian difahamkan wanita itu juga dijangka tampil ke IPD Kuantan hari ini bagi merekodkan keterangan berhubung kejadian. Wanita itu telah membuka akaun Facebook baharu semalam menggunakan nama Kiki Kerja Kahwin dan dia membuat permohonan maaf secara terbuka melalui akaun tersebut yang mendapat 8,896 likes sehingga jam 6.30 petang semalam. “Saya mahu masyarakat menghormati privasi saya. Kadang-kadang orang ada membuat kesilapan. Mohon maaf tulus ikhlas daripada hati seorang rakyat Malaysia ini,” katanya. Sementara itu, Digi Telecommunications telah menawarkan untuk membayar kos baik pulih kenderaan lelaki warga emas berkenaan. Digi melalui laman Facebook rasminya berkata, mereka akan membayar kos baik pulih kereta lelaki terbabit kerana sifat empati yang ditunjukkannya. Syarikat telekomunikasi itu juga menawarkan untuk membayar ganti rugi kepada wanita terbabit sekiranya dia dapat memaafkan lelaki warga emas itu.
|
haniryan posted on 16-7-2014 10:45 PM
tadi masa kat brita tb3, uncle tu punya kata2 sangat menyentuh hati.... bunyinya lebih kurang... "ta ...
alinone78 posted on 16-7-2014 10:37 PM
Ngeeee glemer uncle tau
Kejap lagi jadi pelakon mcm pak guard klia
tobby posted on 16-7-2014 11:30 PM
nyaris bertembung dgn unkel baik. kena bertembung dgn samseng?
jengkoil posted on 16-7-2014 11:33 PM
Pak guard airpot subang laaa...
ni mesti sabjek sejarah peradaban dunia dapat C3 ni masa form 4 ...
mikasa posted on 16-7-2014 10:38 PM
Kesian awek tu. Takda sapa nak berselfie ngan dia...tapi kalau aku jumpa kereta dia ..nak jugk berse ...
ADVERTISEMENT