Sewa Rumah Di Terengganu Rm50? AHMAD Razif Abd. Rahman (tiga dari kiri) memasukkan duit ke dalam tabung sebagai tanda pelancaran Tabung Palestin di pekarangan Bangunan UMNO Seberang Takir, Terengganu, semalam. KUALA TERENGGANU 14 Julai - Terengganu di bawah kepimpinan Menteri Besar baharu, Datuk Ahmad Razif Abd. Rahman terus melakukan transformasi berkaitan program perumahan yang bakal melaksanakan kadar sewa rumah serendah RM50 sebulan.
Menurut Ahmad Razif, kelonggaran itu disediakan untuk keperluan golongan miskin, gelandangan atau mereka yang langsung tidak mempunyai tempat tinggal di bawah program perumahan khas yang akan diperkenalkan kelak.
Beliau memberitahu, pihaknya memberi perhatian kepada golongan miskin tegar dengan menyediakan kehidupan baharu kepada golongan tersebut selain membantu mereka menikmati suasana kehidupan lebih baik. "Kerajaan negeri sedang menilai bagi mewujudkan skim perumahan untuk disewa oleh golongan yang sangat miskin termasuk gelandangan atau yang langsung tak mampu miliki rumah. "Jadi, kerajaan negeri akan melaksanakan projek perumahan untuk dinikmati golongan berkenaan dengan sewa bulanan yang sangat rendah sehingga RM50 sebulan," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini. Dalam perkembangan sama, beliau turut menarik perhatian kerajaan negeri juga bersetuju melonggarkan syarat pemilikan rumah kediaman kepada golongan bujang agar mereka berpeluang memiliki rumah lebih selesa. Jelasnya, bagi tujuan itu, kerajaan negeri akan menyediakan kuota 10 peratus rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) di negeri ini yang bakal dinikmati golongan bujang. Usaha itu, kata beliau, dapat memberi peluang kepada 'orang bujang' khususnya orang muda yang belum berkahwin membuat perancangan kewangan lebih awal sebelum membeli rumah. Menurut Menteri Besar, langkah itu merupakan antara usaha kerajaan negeri menyelesaikan isu perumahan yang menjadi kepentingan dan keutamaan rakyat. "Maka atas keperluan itulah, kerajaan negeri memberi kuota 10 peratus rumah PPR di Terengganu untuk orang bujang. "Kita (kerajaan negeri) telah mengambil kira pelbagai aspek dan memutuskan, 10 peratus rumah (PPR) di Terengganu untuk orang bujang," ujarnya. Terlebih dahulu, dalam satu lagi program berasingan, Ahmad Razif turut melancarkan Tabung Palestin di pekarangan Bangunan UMNO Seberang Takir, di sini awal pagi ini. |
aechae posted on 15-7-2014 11:22 AM
bang dino, explen la lebih sket....xda ke dgr ura2 lain.... iols nk beli rumah kt tganu lah...kite ...
dino posted on 15-7-2014 11:27 AM
yg kat sbrg takir tu sewa rm400... takde org nak sewa.... sbb tu kita kata bohong.....
pastu yg d ...
aechae posted on 15-7-2014 11:41 AM
rumah flat ppr ke apa yg dkt TTC tu dh occupied blum?? haritu abah kata ctu pn dorg duk baloh ape ...
aechae posted on 15-7-2014 11:41 AM
rumah flat ppr ke apa yg dkt TTC tu dh occupied blum?? haritu abah kata ctu pn dorg duk baloh ape ...
HaifaHanna posted on 15-7-2014 11:51 AM
Sepatutnye bulan Mei aritu dh serah kunci, tp smpai skang.....harommmmm..
Kerhkerhkerh...
Rumah ...
aechae posted on 15-7-2014 12:00 PM
hahh tu la last lalu ctu msa blk bln 4...iols saje la ckp ni klu xda org nk duduk iols nk beli je ...
HaifaHanna posted on 15-7-2014 11:51 AM
Sepatutnye bulan Mei aritu dh serah kunci, tp smpai skang.....harommmmm..
Kerhkerhkerh...
Rumah ...
ADVERTISEMENT