KUALA NERUS – Seorang lelaki berbangsa Cina akhirnya menerima hidayah untuk memeluk Islam dan mengakui kini hatinya lebih tenang. Menurut lelaki Cina itu, Hassan Abdullah, 48, pencariannya selama ini akhirnya menemui jalan penamat. Malah kata Hassan, keluarganya juga tidak menghalang sebaik sahaja dia memaklumkan hasrat untuk memeluk Islam. “Selepas buat keputusan untuk memeluk Islam kira-kira sebulan lalu, hati saya lebih tenang dan pencarian saya selama ini akhirnya menemui jalan penamat. “Keluarga dapat menerimanya dengan baik kerana sebelum ini, ada ahli keluarga yang sudah bergelar mualaf,” katanya yang berasal dari Negeri Sembilan. Hassan juga nyata teruja dan gembira menjalani ibadat puasa buat pertama kali dalam hidupnya, dan bertekad untuk berpuasa penuh walaupun pada permulaannya mengalami masalah kesihatan. “Pada awal puasa, badan saya tak sihat, namun selepas beberapa hari, keadaan bertambah baik. Saya begitu seronok kerana berpuasa dengan rakan dan berbuka beramai-ramai. “Alhamdulillah, rakan juga banyak beri bantuan dan sokongan, selain turut menerima pelbagai sumbangan sebagai orang baharu atau mualaf ini,” katanya. Hassan juga mengakui tidak sabar untuk menyambut Aidilfitri buat pertama kali dalam hidupnya, namun setakat ini belum membuat sebarang persiapan kerana masih terlalu awal. “Saya mungkin akan mencari baju Melayu untuk menyambut Aidilfitri nanti dan sejujurnya, saya sangat teruja menanti kedatangan hari kebesaran untuk seluruh umat Islam itu nanti,” katanya yang sudah lima tahun berhijrah ke Terengganu.
|
4
Bagus |
2
Marah |
7
Terkejut |
6
Sedih |
9
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
bluehedgehog posted on 11-7-2014 09:56 AM
x pyh cari baju melayu, pkai baju cina pun ok...masuk islam, bkn masuk melayu oi...
bluehedgehog posted on 11-7-2014 02:56 PM
x pyh cari baju melayu, pkai baju cina pun ok...masuk islam, bkn masuk melayu oi...
nolya posted on 11-7-2014 04:04 PM
Jgn terlalu terasa hati. dia nak pakai baju melayu pun tak jadi masalah, sekadar nak rasa aura aid ...
kambeng_masam posted on 11-7-2014 03:59 PM
kira okay lagilah dia nak cari baju malayu....kalau dia cakap nak cari jubah saudi style....lagi h ...
bluehedgehog posted on 11-7-2014 02:56 PM
x pyh cari baju melayu, pkai baju cina pun ok...masuk islam, bkn masuk melayu oi...
ADVERTISEMENT