JASIN - Hasil maklumat orang ramai dan intipan yang dilakukan, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyerbu tiga buah premis yang dipercayai menjalankan sindiket perjudian dalam Ops Bersih. Pengarah Jabatan Kawalan Perniagaan, Juairiah Suleiman @ Ahmad, berkata, siasatan awal mendapati individu terbabit dipercayai berselindung di sebalik lesen kedai cenderamata, kraf tangan hiasan dan kedai alat permainan. Bagaimanapun, menurutnya dalam serbuan itu mendapati premis tersebut kosong dan tiada sebarang aktiviti perjudian dijalankan. “Sehari sebelum serbuan dilakukan, beberapa anggota Penguatkuasa Jabatan Perundangan dan Penguatkuasaan MPJ telah melakukan intipan serta siasatan setiap pagi, petang serta malam dan mendapati memang ada aktiviti perjudian dijalankan di permis tersebut. “Namun kita percaya kumpulan yang terlibat telah mendapat maklumat awal berhubung serbuan ini sehingga menggagalkan operasi terbabit yang turut disertai pihak polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan AADK,” katanya. Jelas Juariah, dalam serbuan itu AADK berjaya menahan seorang individu dalam salah sebuah premis, yang disyaki positif dadah dan ditahan untuk siasatan lanjut. Menurutnya, tiga premis yang diserbu di tiga lokasi yang berbeza di Bandar Jasin Bestari, Bandar Baru Merlimau dan Pasar Jasin mendapati pemilik perniagaan itu berselindung di sebalik perniagaan yang sama iaitu kedai cenderamata, kraf tangan, hiasan dan alat permainan. “Bagaimanapun MPJ tidak akan berhenti dan terus melakukan operasi sekiranya mendapat maklumat mengenai aktiviti yang menyalahgunakan lesen seperti perjudian,” katanya.
|
3
Bagus |
4
Marah |
3
Terkejut |
7
Sedih |
1
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT