CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Tragedi Baling Cawan, Johan Raja Lawak Menang Saman Rm170,100!

11-7-2014 04:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22228| Komen: 97

Description: Mahkamah Turut Memerintahkan Mohd Javed Dan Syarikatnya Selaku Defendan Membayar Ganti Rugi Rm20,000 Akibat Trauma Kepada Isteri Pelakon Dan Pelawak Itu, Rozlinawaty Ismail Serta Faedah Lima Peratus B ...
Johan Raja Lawak menang kes saman

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang pengarah dan syarikat penerbitan drama dan filem membayar ganti rugi RM170,100 kepada Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz atau dikenali sebagai 'Johan Raja Lawak' dan isterinya.

Pembayaran itu berikutan kes saman berhubung kecederaan yang dialami pelawak itu dalam penggambaran di sekitar Negeri Sembilan pada 2010. 

Hakim Datuk Su Geok Yiam juga memerintahkan Pengarah Mohd Javed Mohd Nizar serta syarikat penerbitannya, Juara Filem Production Sdn Bhd membayar kos perubatan RM100 kepada Johan serta faedah lima peratus kepada Johan bermula dari tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian.

Mahkamah turut memerintahkan Mohd Javed dan syarikatnya selaku defendan membayar ganti rugi RM20,000 akibat trauma kepada isteri pelakon dan pelawak itu, Rozlinawaty Ismail serta faedah lima peratus bermula dari tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua defendan membayar kos RM50,000 kepada pasangan suami isteri itu.

Dalam penghakimannya, Su berkata mahkamah mengambil kira bahawa plaintif merupakan seorang pelakon dan bergantung kepada wajahnya untuk mencari sumber pendapatan.

"Kecederaan yang dihadapi pada wajah Johan menyebabkan parut kekal dan sebagai seorang pelakon Johan bergantung kepada wajahnya untuk mencari pendapatan, akibat daripada kecederaan itu telah menjejaskan kerjayanya sebagai seorang pelakon," katanya.
Hakim itu juga berkata, tidak ada sebarang bukti ditunjukkan oleh plaintif mengenai kehilangan pendapatan yang sebenar ketika kejadian.

Pada 7 Jan lalu, mahkamah membenarkan saman yang dikemukakan Johan dan isterinya selaku plaintif.

Pada 18 Julai 2010, Johan, 29, dan isterinya yang lebih dikenali sebagai Ozlynn Wati, 32, memfailkan saman RM1 juta terhadap kedua-dua defendan dengan mendakwa Mohd Javed telah mengasari dan membaling gelas kaca sehingga menyebabkan Johan mengalami kecederaan di dahi kirinya ketika mereka berjumpa di sebuah restoran di Sikamat, Seremban pada pada 11 Mei 2010.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Johan mendakwa Mohd Javed juga bertindak menterbalikkan meja di hadapannya dan isteri. Johan turut mengalami kecederaan pada bahagian bawah mata kanan didakwa akibat ditumbuk seorang kru penggambaran yang dikenali sebagai 'Halim'.

Johan yang juga pengacara mendakwa Mohd Javed dan Halim kemudian terus memukul dan menyepaknya dan perbuatan mereka dihalang Ozlynn yang menyebabkan isterinya itu turut dipukul.

Sehubungan itu, kedua-dua plaintif menuntut ganti rugi am sebanyak RM1 juta, ganti rugi khas untuk perbelanjaan dan kos rawatan serta ganti rugi teruk.

Pasangan itu diwakili peguam Suhaimi Saad manakala kedua-dua defendan diwakili peguam Baljit Singh.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissLibra 7-7-2014 10:18 PM
Johan Raja Lawak menang kes saman
2014/07/07 - 18:23:17 PMCetakEmel Kawan

- BERNAMA

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JohanRajaLawakmenangkessaman/Article/?bh

*Fuhhh Johan menang besarrr...

Quote kakikuDibibirmu 7-7-2014 10:19 PM
MissLibra = maxim
Quote malaywood.NET 7-7-2014 10:19 PM
tahniah lah...
Quote kakikuDibibirmu 7-7-2014 10:20 PM
MissLibra = maxim
Quote MissLibra 7-7-2014 10:20 PM
aikk serentak la pulak kita buat thread. Tadi ku search takdok pung
Quote malaywood.NET 7-7-2014 10:20 PM
suka hati jer menuduh ko ni.
Quote maxim 7-7-2014 10:21 PM
MissLibra posted on 7-7-2014 10:20 PM
aikk serentak la pulak kita buat thread. Tadi ku search takdok pung

khen..katup la yg ni @teky
Quote malaywood.NET 7-7-2014 10:21 PM
bdw tahniah johang
Quote MissLibra 7-7-2014 10:21 PM
kakikuDibibirmu posted on 7-7-2014 10:20 PM
MissLibra = maxim

haihh... wavelength kitorang sama.. aku dok search tadi takdak pong thread. Elok aje aku tekan post tetiba muncul dua dua. Takpelah aku redha..
Quote kakikuDibibirmu 7-7-2014 10:21 PM
MissLibra posted on 7-7-2014 10:20 PM
aikk serentak la pulak kita buat thread. Tadi ku search takdok pung

memanglah tak ada, dah serentak, apa lah sis ni
Quote kakikuDibibirmu 7-7-2014 10:22 PM
MissLibra posted on 7-7-2014 10:21 PM
haihh... wavelength kitorang sama.. aku dok search tadi takdak pong thread. Elok aje aku tekan pos ...

mashala nya @maxim yang tengah redha sekarang nim
Quote MissLibra 7-7-2014 10:23 PM
kakikuDibibirmu posted on 7-7-2014 10:19 PM
MissLibra = maxim

dah dah aku tertekan dah ni..
Quote kakikuDibibirmu 7-7-2014 10:23 PM
kita tengok mod bias ke arah mana
Quote kakikuDibibirmu 7-7-2014 10:23 PM
kita tengok mod bias ke arah mana
Quote kakikuDibibirmu 7-7-2014 10:24 PM
MissLibra posted on 7-7-2014 10:23 PM
dah dah aku tertekan dah ni..

thread maxim dah 66 page view dah, kamu baharu 48
Quote MissLibra 7-7-2014 10:25 PM
kakikuDibibirmu posted on 7-7-2014 10:23 PM
kita tengok mod bias ke arah mana

mungkin maxim menang sebab dia ada disertakan gambar
Quote kakikuDibibirmu 7-7-2014 10:26 PM
MissLibra posted on 7-7-2014 10:25 PM
mungkin maxim menang sebab dia ada disertakan gambar

janganlah menangis
Quote maxim 7-7-2014 10:26 PM
xpe la katup je la mana2 sama jah pn

btw aku konfius..yg kes ni yg mana plak yg kata menang 1juta aritu

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... nang-saman-RM1-juta
Quote MissLibra 7-7-2014 10:26 PM
kakikuDibibirmu posted on 7-7-2014 10:24 PM
thread maxim dah 66 page view dah, kamu baharu 48

iskkk.. aku sedihh...

Lihat semua komen(97)

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-7-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.052569 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top