Anda pasti sudah membaca beberapa artikel berkenaan Honda City yang baru dilancarkan Mac lalu. Kami sudah memandunya di Phuket, Thailand dan pada masa itu, kenderaan yang digunakan adalah menggunakan spesifikasi model yang dipasarkan di sana tetapi kali ini, kami paparkan pandu uji yang dilakukan di Malaysia dan menggunakan spesifikasi tempatan. Tempat yang disediakan untuk sesi pandu uji ini adalah di Pulau Langkawi. ViosSejak baru-baru ini, setiap kali melakukan sesi pandu uji, Honda Malaysia Sdn Bhd begitu yakin dengan kenderaan mereka dan untuk sesi Honda City ini, mereka turut menyediakan kenderaan pesaingnya; Nissan Almera, Volkswagen Polo Sedan dan Toyota. Pertamanya, kami melakukan ujian mengelak halangan yang menggambarkan keadaan kecemasan di atas lebuh raya. Apa yang perlu dilakukan adalah memandu sehingga 60km/j, mengelak halangan pertama (berupa timbunan kotak) tanpa menekan brek dan seterusnya mengelak pula halangan kedua. Sebagai sebuah kenderaan yang dilengkapi dengan sistem Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Honda City terbukti adalah paling cemerlang dalam ujian ini dan menyaksikan kenderaan pesaing lain bergelut untuk berada di dalam lorong tanpa melanggar apa-apa. Walaupun begitu, harus diingat VSA ini hanya datang pada varian E dan V. Pengalaman sendiri jadi bukti Atas pengalaman penulis, Honda City adalah yang paling selamat dalam keadaan ini, terutamanya disebabkan ia dilengkapi VSA manakala yang paling ‘menakutkan’ dan hilang cengkaman dengan mudah adalah Nissan Almera. Walaupun begitu, penulis sedikit terpegun dengan cengkaman baik Volkswagen Polo Sedan meskipun ia tidak dilengkapi dengan sistem seperti VSA atau Program Kestabilan Elektronik (ESP). Sesuai dengan namanya, Honda City ini memang dihasilkan untuk penggunaan yang lebih bersesuaian dengan keadaan di bandar. Tetapi itu tidak bermakna ia kurang berkemampuan. Melalui jalan-jalan berliku sekitar Pulau Langkawi, penulis dapat merasakan tindak balas stereng City baru ini lebih responsif berbanding model terdahulu tetapi masih lagi sedikit ringan. Selain itu, transmisi CVT yang dibangunkan sendiri oleh Honda Motor Co Ltd ini juga memberikan lebih ‘rasa’ kepada pemandunya sambil mengekalkan penjimatan bahan api. Sekiranya anda menekan pedal sehabisnya hingga ke lantai, anda akan dapat merasa seakan ada penukaran gear hasil daripada penggunaan ‘torque converter’. Cuma yang dirasakan sedikit kekurangan adalah ketiadaan pedal penukar gear di stereng dan pilihan gear naik dan turun. Yang ada hanya pilihan S dan L untuk membolehkan enjin berada di dalam kitaran (rpm) yang lebih tinggi. Timbal balik dengan ciri tambahan Menurut seorang wakil Honda Malaysia yang berada sama dalam sesi pandu uji ini, ketiadaan pedal penukar gear ini tidak langsung menggambarkan Honda City ketinggalan. Nilai kenderaan ini kepada pemiliknya dinaikkan kembali dengan kehadiran kelengkapan lain sebagai contoh, enam beg udara. Kenderaan baru Honda masa kini mempunyai antara rekaan yang paling menarik dan moden di pasaran. Sama juga pada Honda City ini. Paling diminati penulis adalah unit audio yang terdapat pada bahagian papan pemukanya. Ia mempunyai permukaan yang rata dan hanya mempunyai tiga butang sahaja. Selainnya hanya perlu disentuh pada permukaan skrin tersebut. Bagi varian V yang dipandu penulis, ia mempunyai butang kawalan audio, sambungan Bluetooth untuk telefon bimbit dan kawalan ‘auto cruise’. Apabila tiba giliran penulis untuk duduk di belakang, penulis agak terperanjat dengan keluasan dan ruang yang ada, terutamanya pada bahagian kaki. Ia tidak sama seperti kebanyakan kenderaan segmen C lain. Tetap selesa Untuk pengetahuan anda, jurutera Honda tidak mengorbankan keselesaan penumpang dengan menggunakan bentuk atau bahan lebih nipis pada tempat duduk tetapi mereka dapat mencapai jumlah ruang yang besar ini dengan menganjak enjin lebih ke hadapan, seterusnya membolehkan papan pemuka dan bahagian-bahagian lain turut dianjak. Dengan itu, penumpang dan pemandu dapat menikmati lebih ruang kelegaan dan bagi yang berada di belakang, anda mempunyai corong pendingin hawa sendiri. Dengan adanya semua ciri yang disebutkan tadi, Honda City seakan menetapkan tahap yang baru dalam segmennya. Tidak hairanlah dalam masa sebulan sahaja dilancarkan, ia sudah mencatat 10,000 unit tempahan.
|
4
Bagus |
7
Marah |
5
Terkejut |
Sedih |
8
Lawak |
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
flarengirl posted on 4-8-2014 10:54 AM
bli vios.kalau trade in cm tk bebaloi sbb harga lebih kurang jer
berrygurl posted on 6-8-2014 02:59 PM
Ehehhe saya skerrrrrr sgt..so far..terbaik..tapi slack xde reverse parking..baru nak pasang..terbang ...
ADVERTISEMENT