PERTANDINGAN kereta Mini klasik hujung minggu lalu memeriahkan Pameran Permotoran dan Bot 2014, yang berlangsung di Giant Mall Kelana Jaya, Selangor dari 1 hingga 30 Jun. Kira-kira 20 kereta Mini klasik menyertai cabaran 'Park-It-Right', berjaya menarik perhatian pengunjung yang datang ke pusat beli-belah tersebut. Juara pertandingan dimenangi Bob@ Mustafa Husin, 68, dari Semenyih, Selangor. Manakala naib juara disandang Hemraj, sementara Mohd Shahrizad Mohamed Tahawin, 33, dari Gombak di tempat ketiga. Pelbagai jenis kereta dan motosikal turut dipamerkan dengan promosi sepanjang aktiviti berlangsung. Antara model baharu yang dipamerkan seperti Perodua MyVi baharu, Suzuki Swift, Subaru XV2.01, Kia Rio/ Cerato, Nissan Almera/ Livina, Mazda 3, Peugeot, Mitsubishi Attrage/ NSX dan Hyundai Sonata/i10. Juga dipamerkan sepanjang bulan ini ialah model superbike daripada Kawasaki. Tarikan lain seperti kereta pikap, Mini klasik dan bot Cruiser Marine. Promosi tahunan bagi pameran ini dikelolakan oleh Master Event dan Management Services yang disokong Explorer Marine Centre Sdn Bhd, Yoshi Classic Car Specialist, PM Mini Auto Service Centre, Sport Mini Owner Club dan Chai Ken Motor Club.
|
ADVERTISEMENT