CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Surat Nikah Awie/Rozana Tidak Berdaftar?

9-7-2014 05:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 190487| Komen: 1302

Benarkah Rozana Misbun Curi Duit Awie, Dilarang Jumpa Anak?



KUALA LUMPUR, 9 JULAI 2014: Dakwaan yang mengatakan bahawa bekas model, Rozana Misbun, 36, telah dibelasah teruk oleh vokalis Wings, Awie yang juga suaminya sehingga mengalami kecederaan yang serius di muka dan badan telah meninggalkan tandatanya buat semua pihak.

Lebih-lebih lagi setelah Awie dilaporkan mengaku tidak bersalah di atas dakwaan tersebut di Mahkamah Majistret Ampang pada 4 Julai lalu.

Malah, dalam pengakuan eksklusifnya kepada Studio H, Awie atau nama sebenarnya, Azhar Othman, 46, beranggapan bahawa apa yang berlaku semua ini adalah satu hikmah daripada Allah SWT.

Lali dengan anggapan masyarakat yang sudah melabelkan 'jahat', namun dia dia juga memohon agar masyarakat jangan mengadili manusia selagi tiada kepastian yang nyata dan cerita yang sebenarnya.

Apapun dalam sebuah blogspot, seorang penulis yang hanya menamakan dirinya sebagai Sangkalajari9, telah memuatnaik kisah Rozana Misbun susulan daripada insiden belasah itu.

Malah dalam posting ini, Sangkalajari9 telah menjelaskan beberapa isu mengaitkan Rozana tentang ketiadaan sijil nikah, larangan berjumpa anak serta tuduhan yang mengatakan dia mencuri duit Awie.


Berikut adalah posting Sangkalajari9 yang tidak diketahui siapa sebenar penulisnya: -

Mungkin ramai yang tidak tahu apa kejadian sebenar yang menimpa isteri artis terkenal yang baru baru ini gambar keadaan beliau dibelash oleh suaminya tersebar luas di dalam facebook.

Bagi mengelakkan pelbagai spekulasi yang tidak bertanggungjawab dari terus bertiup kencang, pihak keluarga Rozana mengesahkan bahawa sememangnya beliau telah dipukul.

Setelah ditahan di hospital bagi mendapatkan rawatan dan dibenarkan keluar, Rozana kini berada dibawah jagaan serta pemerhatian keluarga selain diberi perlindungan polis.

Pihak keluarga beliau memohon agar orang ramai tidak terus-terusan menyebarkan dakyah palsu yang boleh mengganggu-gugat proses penghakiman yang sedang berlangsung ketika ini sekaligus memburukkan lagi keadaan psikologi dan emosi Rozana yang masih lagi dalam keadaan trauma; yang kini dalam kesedihan kerana telah disekat dari berjumpa mahupun berhubung menerusi telefon dengan anak-anaknya iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6 dan Putri Qasseh Antasha , 4 tahun, sejak beberapa minggu yang lalu.

Walau pun begitu, pihak keluarga Rozana masih percaya pada undang-undang di negara ini dan di bulan Ramadhan yang barakah ini, keluarga beliau akan terus medoakan keadilan untuk Rozana Misbun. Kepada mereka yang bersimpati dan memahami situasi getir yang harus didepani keluarga beliau ketika ini, keluarga Rozana mengucapkan jutaan terima kasih

Surat nikah tidak berdaftar

Pihak keluarga Rozana kini dikatakan menghadapi kesukaran dalam mendapatkan salinan sijil nikah Rozana Misbun dan Ahmad Azhar Othman (Awie) yang dipercayai dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) bertarikh 20 Jun 2005.

Segala usaha yang telah dilakukan akhirnya menemui jalan buntu berikutan MAIS yang dikatakan tidak mempunyai sistem pengkomputeran itu membayangkan kesukaran untuk mengesan sijil berkenaan.

Lebih memburukkan lagi keadaan, menurut sumber yang layak dipercayai, banyak dokumen yang hilang apabila mereka berpindah ke pejabat sekarang beberapa tahun yang lalu. Justeru keluarga Rozana memohon campur tangan dari pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Malaysia selain Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi membolehkan surat nikah asli dapat diperolehi dan dikenal pasti kesahihannya.

Ini adalah kerana, tanpa surat nikah yang dikeluarkan oleh MAIS serta pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla, Thailand, pernikahan tersebut tidak dapat didaftarkan di Malaysia dan ini mengakibatkan peguam yang dilantik bagi mewakili Rozana tidak dapat berbuat apa-apa.

Buat masa sekarang, hasrat bagi memohon Interim Custody (hak penjagaan sementara) terhadap Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha terbantut di tengah jalan.

Manakala dalam konteks pendaftaran bagi Sijil Kelahiran bagi ketiga-tiga anak mereka pula, keluarga beliau turut meminta jasa baik Jabatan Pandaftaran Negara dalam menangani permasalahan baru yang berbangkit dimana Nombor Daftar Kahwin yang digunapakai di dalam Sijil Kelahiran anak-anak itu terbukti dari sindiket palsu.

Larangan berjumpa anak

Awie dikatakan telah menghantar satu surat arahan kepada Adni Islamic International School, Taman Melawati dan Smart Reader, Ukay Perdana pada 21 Jun 2014 yang melarang Rozana dari berhubung samada menerusi telefon atau berjumpa dengan anak-anak mereka di sekolah-sekolah terbabit.

Bagaimana mungkin pihak sekolah membenarkan perkara ini berlaku? Mengikut undang-undang kekeluargaan, surat larangan untuk berjumpa ibu atau bapa hanya sah diperakui dengan adanya perintah mahkamah.

Ibubapa yang berdepan dengan masalah rumahtangga tidak wajar menjadikan anak-anak sebagai mangsa yang pastinya memberi impak negatif kepada emosi serta psikologi mereka.

Lebih-lebih lagi Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha masih kecil dan amat memerlukan kasih sayang serta perhatian dari seorang ibu.

Memisahkan anak-anak yang tidak berdosa ini dari ibu yang mengandung, melahir dan membesarkan mereka dari sebesar telapak tangan, sesungguhnya satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan.

Jabatan Kebajikan Masyarakat yang sebelum ini telah bekerjasama dengan PDRM dalam meluluskan Interim Protection Order (perlindungan sementara) terhadap Rozana, diharap dapat juga berbuat demikian sekali lagi bagi memastikan keselamatan serta kebajikan ketiga-tiga beradik itu terpelihara.

Kutukan terhadap Rozana

Satu jari yang menuding orang lain, sembilan jari yang lain menuding diri sendiri. Apa jua kata hentaman dan nista yang dilemparkan terhadap Rozana, bagi keluarga beliau ianya tidak lebih dari bersifat 'character assassination' atau 'pembunuhan karakter' dalam usaha untuk mencemarkan integriti Rozana sebagai seorang wanita; baik sebagai isteri mahupun ibu. Jadi apa perlunya keluarga beliaunmembazirkan masa dan tenaga dalam memberi perhatian terhadap sebarang pertuduhan mala fide(berniat jahat) itu?

Wang yang didakwa dicuri oleh Rozana yang kononnya berjumlah RM250,000.00 rupa rupanya diperuntukkan sebagai nafkah anak-anak dan isteri serta belanja keperluan rumah selama beberapa tahun kebelakangan ini.

Duit itu jugalah yang terpaksa dikeluarkan oleh Rozana dari masa ke semasa bagi menampung perniagaan kelab malam milik suaminya itu yang beroperasi di Ipoh.

Apa buktinya Rozana mencuri? Itu akaun peribadinya; dia tidak mencuri kad ATM sesiapa jauh sekali kata kunci bagi mengeluarkan duit secara penipuan dari akaun pihak ketiga.

Jadi, atas kapasiti apa tuduhan 'mencuri' dilemparkan kepada Rozana? Adakah ianya semata-mata bertujuan untuk menghalalkan perbuatan mengaib serta memukul Rozana tanpa belas kasihan? Satu perkara yang harus diingat, keadilan dan perlaksanaan undang-undang adalah didasari fakta, bukannya emosi.


Dua persoalan yang patut kita renungkan bersama:

1) Apakah wujud istilah 'curi' dalam harta sepencarian?

2) Andai pengorbanan seorang isteri yang mengorbankan seluruh jiwa, masa, tenaga serta usia mudanya demi keharmonian rumahtangga... serta sebagai ibu yang mengandung, melahir dan membesarkan anak itu boleh diukur dengan wang ringgit: Berapakah nilainya?

Walau apa pun, itu lah nasib Rozana yang kini melalui pelbagai rintangan dan halangan.

11

Bagus
8

Marah
7

Terkejut
1

Sedih
7

Lawak

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 9-7-2014 01:26 PM
lerrrr nikah pakai sindiket pelesu kerrr???????
lagilahhh panjang ceritanya nanti
Quote HaifaHanna 9-7-2014 01:28 PM
Hmmm, so sad..
Last-last, ank-ank yg jadik mangsa...


Quote prettyuglybabe 9-7-2014 01:30 PM
masa bahagia tak nak pergi selesaikan masalah pendaftaran. bila dah jadi macam ni baru nak sibuk minta tolong sana sini. kan dah menyusahkan banyak pihak

apa pun, tunggu statement awie pulak
Quote ida88 9-7-2014 01:31 PM
Lor dh byk tahun dh menikah
Tak berdaftar lg ke
Jgn jd kes sham pulak
Quote cloudy_83 9-7-2014 01:33 PM
haish.. so complicated..
sebelah pihak dakwa mak tak datang jenguk anak
sebelah lagi dakwa ada surat larangan pulak.
tu belum kes sijil nikah lagi

bagusla sempat amik duit tu, kalau tak memang lambat lah nak tuntut apa2 lepas ni
Quote myakayina 9-7-2014 01:40 PM
anak dah keluar 3 org..surat nikah tak berdaftar sampai sekarang.. tula bahana nikah di Songkhla.. kesian anak2 yg menanggung akibat..
Quote irdina 9-7-2014 01:43 PM
pulak dah... cepat2 la settle kes korang ni... sian kat anak2 tu..
Quote mybabyyou 9-7-2014 01:44 PM
sawie...sawie.....
Quote chinta89 9-7-2014 01:44 PM
habis terbongkar segala kisah...
Quote bottombikini 9-7-2014 01:45 PM
aku tak paham kenapa wanita2 ni bila nikah je ingat perkahwinan tu takkan dilanda badai, kekal bahagia sampai ke akhir hayat. takde langsung rasa nak berhati2 ke apa masa tgh mula2 kawin tu?

la ni kan dah susah..tup2 tak daftar..tup2 baru la kelamkabut nak minta campur tangan orang agama..masa bahagia tu pikir ape je agaknye yek?
Quote cha-cha 9-7-2014 01:47 PM
Kesian anak2 yang jadi mangsa pergaduhan mak bapak.. haish, makin komplikated..
Quote azie.dz 9-7-2014 01:47 PM
makanya betui la spekulasi sawi pukul memukul..walau pon ngaku tidak bersalah
Quote zacrin 9-7-2014 01:48 PM
elok boleh kawin kat malaysia nak juga memudahkan kawin kat thailand hasilnya menyusahkan diri balik bila jadi hal
Quote nkhairuddin1 9-7-2014 01:48 PM
tetiba teringat ada satu statment dato ac mizal .. nak cari bini baru yg layanan mcm gro .. mcm abg awie katanya!
sbb tu dia tinggalkan bini dia n opt for datin .. Last edited by nkhairuddin1 on 9-7-2014 03:40 PM

Quote leylapple 9-7-2014 01:49 PM
byk yang aku tgk nikah kat sempadan nie tak berbahagia..

tapi herannya masih ramai yang nak nikah kat sana...

bila dah nak cerai, satu hal lagi nak carik sijil nikah yang entah sah ker tidak..
Quote achik2009 9-7-2014 01:50 PM
Haliza Misbun: Awie Tak Mengaku, Allah Lebih Mengetahui Segalanya!

KUALA LUMPUR, 5 JULAI 2014: Meskipun vokalis Awie Wings mengaku tidak bersalah atas dakwaan membelasah isterinya, Rozana Misbun, namun sebagai seorang kakak, pelakon Haliza Misbun percaya bahawa Allah Maha Mengetahui segalanya tentang kejadian tersebut.

"Saya cuma mampu berdoa agar adik saya, Rozana Misbun terus diberi kekuatan dalam menempuh ujian yang hebat ini. Meskipun dilempar dengan pelbagai tohmahan dan cacian yang tidak munasabah.

"Selain daripada menanggung kesan kesakitan fizikal yang masih berbisa dan ditambah pula dengan kerinduan dan kesedihan yang teramat akibat berminggu-minggu tidak berjumpa dengan anak-anaknya iaitu Putra Ahmad Merrah, 7 tahun, Putra Ahmad Rezzki, 6 tahun dan Putri Qasseh Antasya, 4 tahun. Namun, dia (Rozana) masih cuba berfikiran positif," katanya kepada Portal Murai.

Dalam pada itu, Haliza yang juga pelakon siri Cinderella (1998), Kiranya Aku Tahu (2001) dan Sumayyah (2005) juga turut melemparkan pandangan peribadi dari sisi seorang wanita mengenai isu ini.

Katanya, wanita perlu tahu hak mereka sebagai isteri SEBELUM mengambil keputusan untuk berkahwin.
"Wanita bukan saja perlu mencapai kata sepakat dengan suami dalam 'deklarasi harta sepencarian' disaat sedang bahagia, tetapi soal hak penjagaan anak-anak harus juga dititikberatkan sebagai salah satu dari terma-terma yang termaktub dalam deklarasi itu.

"Ini penting agar kita tidak perlu naik turun makhamah apabila penceraian terjadi. Oh ya! Paling penting, perkara pertama yang perlu anda lakukan sebaik menikah: Pastikan salinan sijil nikah ada dalam simpanan anda," katanya.



Credits: murai.com.my
Quote rosevelvet 9-7-2014 01:50 PM
"Memisahkan anak-anak yang tidak berdosa ini dari ibu yang mengandung, melahir dan membesarkan mereka dari sebesar telapak tangan, sesungguhnya satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan."

Now rozana boleh rasa balik apa perasaan arni masa dia pun dipaksa melepaskan hak penjagaan anak kpd awie sbb rozana jugak kan Last edited by rosevelvet on 9-7-2014 01:59 PM

Quote fifie_olin 9-7-2014 01:51 PM
nape kawin kt siam ek...ade yg halang dorg kawin ke dulu
sian plk x dpt jmpa anak2...
Quote nh83 9-7-2014 01:54 PM
kesiannya..

Lihat semua komen(1302)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.092286 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top