Mercun Tu Tiba-Tiba Meletup Habis Hilang Semua Jari Saya KOTA BHARU - “Saya jumpa mercun itu di tepi jalan dan saya ambil untuk bakar. Tiba-tiba ia meletup di tangan saya,” kata seorang remaja yang hilang kesemua jari tangan kanannya akibat letupan mercun jenis bola Sabtu lalu. Abu Bakar Nasir, 17, dari Kampung Berangan Apam, Pasir Mas kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini.
Dia merupakan mangsa kedua akibat bermain mercun di Kelantan selepas kejadian pertama Jumaat lepas yang dialami seorang pelajar tingkatan dua di Kampung Luar Gual Periuk, Rantau Panjang yang putus tiga jari tangan kanan apabila mercun botol yang dinyalakannya meletup. Abu Bakar dikatakan terjumpa mercun itu ketika mahu ke masjid berdekatan rumahnya untuk solat tarawih kira-kira pukul 8.30 malam.
"Saya tidak menyangka mercun itu meletup sebaik sumbunya dibakar,” katanya kepada pemberita di hospital. |
batmana posted on 8-7-2014 08:49 AM
pergi tarawikh , bawa lighter ke dik?, umo baru 17 tahun..dh jadi perokok tegar ka?
lavatukarsofa posted on 8-7-2014 09:07 AM
apa yang kantoi nyer..??
lu ingat tarak api tak bley bakar mercun ka..??
GhostWalking posted on 8-7-2014 05:23 PM
Hehehehe macamana tu
lavatukarsofa posted on 8-7-2014 05:33 PM
Hot guy cam wa...jangan kata mercun..
Hati awek semua cair terbakar bila wa diri dekat dorang.. ...
TuntungReturn posted on 8-7-2014 05:37 PM
wa loya la.dgr.lu ckp
lavatukarsofa posted on 8-7-2014 09:33 AM
Hot guy cam wa...jangan kata mercun..
Hati awek semua cair terbakar bila wa diri dekat dorang.. ...
GhostWalking posted on 8-7-2014 05:41 PM
Lu jangan lava nanti muka keluar banner kat highway tihihihiih
ADVERTISEMENT