CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Kelantan Miskin - Tempat Berteduh 14 Sekeluarga

9-7-2014 01:19 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17903| Komen: 198

Kelantan miskin - Bangsal buruk tempat berteduh 14 sekeluarga

KOTA BHARU - Kerana kedaifan, seorang ibu tunggal terpaksa menjadikan sebuah bangsal buruk beratapkan plastik, bertiangkan buluh dan berlantaikan tanah sebagai tempat buat dirinya dan 13 anggota keluarga untuk berteduh daripada panas dan hujan sejak empat tahun lalu.

Di bangsal yang bila-bila masa boleh menyembah bumi itu, Siti Fatimah Muhamad, 56, tinggal bersama-sama tujuh anak, dua menantu dan empat cucu.

Baginya, itulah syurga buat diri dan keluarganya selepas kematian suami, Mat Amin Awang Yusoff, tiga tahun lalu.

"Dahulu makcik ada rumah papan tapi roboh kerana anai-anai dan kerana miskin kami hanya mampu membina bangsal ini yang bersebelahan dengan rumah lama.


Ibu tunggal, Siti Fatimah Muhamad, 56, tinggal di bangsal kecil dalam serba kekurangan bersama keluarganya sejak empat tahun lalu ketika ditemui pemberita di Kampung Demit, Kubang Kerian Kelantan hari ini.



"Kami anak beranak hanya ada pendapatan kecil selain ditampung bantuan bulanan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) sebanyak RM250," katanya kepada pemberita sewaktu dikunjungi Ketua Umno Bahagian Kubang Kerian Datuk Muhammad Abdul Ghani di Kampung Demit di sini hari ini.

Siti Fatimah berkata anak-anak dan dua menantunya hanya bekerja kampung dan mereka tidak mampu mendapatkan rumah lebih selesa daripada itu.

Beliau juga kini dalam dilema apabila tanah tapak bangsal yang didudukinya menjadi pertikaian keluarganya yang lain.

Menurutnya, tanah itu merupakan peninggalan bapa angkatnya tetapi memandangkan bapa angkatnya telah meninggal dunia beberapa tahun lalu, adik-beradik angkatnya menuntut tapak bangsal berkenaan.

"Bapa (angkat) tidak sempat untuk menukar nama hak tanah tersebut menyebabkan adik-beradik (angkat) yang lain menuntut dengan menghalau kami.

Ke mana kami mahu pergi," katanya dengan nada gusar.  

Siti Fatimah berkata keutamaannya hanya mengharapkan diberi tempat tinggal yang selesa memandangkan tempat berteduh kini terlalu daif dan mengancam keselamatan.

Sementara itu, Muhammad berkata pihaknya akan berusaha membantu keluarga berkenaan termasuk mendapatkan sebuah rumah.

"Kita akan cuba bantu keluarga ini dengan menyediakan rumah kerana kehidupan mereka ini terlalu daif. Mereka tiada tanah tetapi tak semestinya kita tidak boleh sediakan rumah untuk mereka," katanya.


6

Bagus
7

Marah
12

Terkejut
9

Sedih
16

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cik_Andak 9-7-2014 11:23 AM
yang ini tak diberi banglo ke???
Quote amon_79 9-7-2014 11:54 AM
adoi...napa dah kawin anaknya masih nk menyusahkan maknya lagi...duduk sendri2 la..
Quote kentel 9-7-2014 11:55 AM
haishh...ape ni..lembu boleh naik kondo, ummah surambi mukah di anaktiri kan...haishhh
Quote PEPPERMAN 9-7-2014 11:56 AM
kelate = kemiskinan
Quote mikasa 9-7-2014 12:00 PM
amon_79 posted on 9-7-2014 11:54 AM
adoi...napa dah kawin anaknya masih nk menyusahkan maknya lagi...duduk sendri2 la..

Macam ada yg tak kena ni.

Quote clarizsa 9-7-2014 12:02 PM
anak menantu cucu..... dah kawin x reti2 nk cari duit buat umah ke... mengada... ceh
Quote clarizsa 9-7-2014 12:03 PM
menyampah dgn taktik nk umah free skrg nih...
Quote leni 9-7-2014 12:03 PM
Kelantan lagi
Quote nuryakmal 9-7-2014 12:04 PM
da ada menantu semua. anak da besar besar la. haprak betul
Quote Leo_Tigris 9-7-2014 12:07 PM
Adoi - dah tahu hidup merempat - tak reti2 ke nak buat family planning?

Tapi tak dinafikan - sebenarnya org kita nie kengkdg tu bukannya hidup dalam keadaan hopeless sgt2. Tapi sesetgh tu malas.

Lebih rela bangun lewat, lepak kedai kopi, pau rokok dari member, harap org belanja minum, lepas tu balik rumah tidur sambil letak tgn atas dahi mengenangkan hidup susah.

Quote Budakmomok 9-7-2014 12:08 PM
aik anak menantu cucu pun dok sekali?
Quote gaara_X 9-7-2014 12:11 PM
menantu cucu pun dok sekali......?????
Quote cipOt_cedOt 9-7-2014 12:21 PM
nak tanya la kat org Kelantan yg ada kat seluruh negara ni...

zakat korang bayar kat negeri Kelantan ke atau bayar kat negeri korang mastautin?

aku ada kawan org Kelantan... time pilihanraya dia balik ngundi kat Kelantan tapi bila bab potong zakat pendapatan dia bayor kat zakat Selangor... ekekeke...

pilih kerajaan ko kata kewajipan ko kekalkan kerajaan sekarang... bab kasi zakat ko tak ingat plak kat kampong halaman... tolong la baitulmal kelantan nun... banyok org miskin...

aku pangey dia pengundi hantu...

marah tul dia ngan aku... ekekeke...
Quote amira_safia 9-7-2014 12:35 PM
kalau duduk kat Kelantan memang susah nak cari kerja kalau ada pun gaji kecik je ... ada tak ada kena hijrah kat tempat lain cari kerja ... sebab tu ramai orang Kelantan berhijrah kat KL/Selangor, Penang & Johor cari nafkah ...
Quote scorpionkiki 9-7-2014 12:39 PM
cipOt_cedOt posted on 9-7-2014 12:21 PM
nak tanya la kat org Kelantan yg ada kat seluruh negara ni...

zakat korang bayar kat negeri Kelan ...

Ya...eloklah zakat tu bayar kat negeri sendiri...bukan Kelantan saja..orang negeri Kedah pun elok bayar ke pusat zakat negeri kedah
Quote sakurahati 9-7-2014 12:44 PM
kubang kerian ni boleh dikatakan salah satu kawasan yg elit la kat kelantan ni...ramai gak org kaya2 yg ddk kat area kubang kerian ni..dahlah tanah dia mahal giler..
Quote FanTasyCreaTioN 9-7-2014 12:46 PM
cipOt_cedOt posted on 9-7-2014 12:21 PM
nak tanya la kat org Kelantan yg ada kat seluruh negara ni...

zakat korang bayar kat negeri Kelan ...
zakat pendapatan dia bayor kat zakat Selangor
boleh tau dak ..
kenapa dia buat gtu?


Quote royzy888 9-7-2014 12:56 PM
Malas ke ape keluarga ni?
Takkan dalam 14 orang ni hanya sorng aje yg bekerja?
Anak2 kecil lagi ke?
Family aku ni lagi 10 orang adik beradik.
Mak berniaga kuih kecil2 kecilan, abah plak tukang gunting rambut je.
Orang dulu2 kalau susah pun dengan tulang 4 kerat boleh besarkan anak dan hidup dalam kesederhanaan. Tak de bantuan ape2 pun. Alhamdulillah, aku bekerja sebagai clerk exec sekarang.
Aku tak tahu la kos sara hidup kat kelantan macam ne sekarang???
Tapi klu kita sendiri tak bantu diri kita sendiri, sape lagi nak bantu? Takkan hanya nak harapkan bantuan aje. Fikir2kan la.


Tak yah poning2...
mai try ni,
Income boleh capai 1-5k seminggu....
Siapa Nak ???
Register PERCUMA sahaja !
TANPA modal...
Jom buka LINK di bawah...

http://monthlyyouth.com/?ref=62524
Quote bangcak 9-7-2014 12:58 PM
Cik_Andak posted on 9-7-2014 11:23 AM
yang ini tak diberi banglo ke???

blom pukul anak sampai mati.
so, blom layak dpt banglo ye... harap maklum

Lihat semua komen(198)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.058159 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top