CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Nahas Sorok Mercun Di Bonet Depan?

9-7-2014 01:02 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16256| Komen: 53

Lelaki miliki mercun ditahan

KUANTAN – Unit Risikan Polis Marin Wilayah 3 berjaya menahan seorang lelaki di Pasar Malam Taman Impian dan merampas 227 mercun serta bunga api pelbagai jenis yang dijumpai di dalam bonet belakang kereta jenis Perodua milik suspek.

Komander PPM Wilayah 3, Asisten Komisioner, Azmi Ibrahim berkata, pihaknya mendapat maklumat daripada orang awam sebelum bertindak menahan suspek terbabit.

“Bersandarkan penahanan tersebut, suspek turut mengaku terdapat sejumlah lagi mercun dan bunga api tersimpan di rumah mertuanya di Kampung Jaya Gading.

Gambar hiasan



“Hasil pemeriksaan kedua di rumah mertua suspek, berjaya menjumpai sebanyak 192 mercun dan bunga api pelbagai jenis yang disorok di belakang semak rumah terbabit,” katanya.

Azmi berkata, suspek  kini ditahan untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

Sekiranya didapati bersabit dengan kesalahan, suspek boleh dihukum di bawah Akta Bahan Letupan 1957 iaitu Memiliki Bahan Letupan – Mercun / Bunga Api.

Azmi menasihatkan peniaga supaya tidak mengambil keuntungan mudah dengan menjual mercun terutama pada musim ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penjualan mercun dan bunga api diminta memaklumkan kepada pihak berkuasa.



Gambar hiasan




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sapp73 9-7-2014 12:35 PM
Dah macam bom bergerak...kalau silap je mau meletup....berani mati betul
Quote Modngengade 9-7-2014 12:36 PM
berat2..berat nanang....
Quote berun 9-7-2014 12:38 PM
Modngengade posted on 9-7-2014 12:36 PM
berat2..berat nanang....

ni pun sama



Quote berun 9-7-2014 12:38 PM
MAKCIK ini jual Mercun tapi macam jual buku dan majalah je.



Quote Modngengade 9-7-2014 12:43 PM
berun posted on 9-7-2014 12:38 PM
ni pun sama

patutlah ramai yg jadi OKU di bulan nan mulia ini saban tahun

Quote tengokjerrr 9-7-2014 12:44 PM
memang mengundang padah sungguh sorok n simpan dlm tu.
Quote Pineot 9-7-2014 12:44 PM
berun posted on 9-7-2014 12:38 PM
ni pun sama

Suicide tuhhh kalo meletop...dah tentu enjin tuh panass
Quote zacrin 9-7-2014 12:44 PM
berun posted on 9-7-2014 12:38 PM
ni pun sama

ni pesen bangang xboleh diajar dah
Quote norim 9-7-2014 12:45 PM
berun posted on 9-7-2014 12:38 PM
MAKCIK ini jual Mercun tapi macam jual buku dan majalah je.

Selamba je. Mcm jual alat tulis. Di mana ni?
Quote AbukRokok 9-7-2014 12:46 PM
berun posted on 9-7-2014 12:38 PM
MAKCIK ini jual Mercun tapi macam jual buku dan majalah je.

bunga api xpe...mercun jangan

Quote Pineot 9-7-2014 12:47 PM
Berbaloikah sampai camnih...markup 200% pun aku rasa baru brapa jer rega mercun tuh compare rega kereta kalu meletop..
Quote AbukRokok 9-7-2014 12:48 PM
berun posted on 9-7-2014 12:38 PM
ni pun sama

Kan ada pakar kata Malaysia ni Pusat Pengganas
tu yang mampos kat Iraq meletup diri...set set ni la l;ebih kurang...semoga cepat mati

Quote salimrock 9-7-2014 12:48 PM
itu tak tgk lagi peniaga dn pembeli  mercun isap rokok sambil berurusniaga....

mgkn dlm hati diorang, takde apa2 nye , aku hati2 tak kena pun sumbu....

alah api rokok kecik
Quote Pineot 9-7-2014 12:49 PM
berun posted on 9-7-2014 12:38 PM
MAKCIK ini jual Mercun tapi macam jual buku dan majalah je.

Skali pandang cam jualan murah stationery
Quote toxicated 9-7-2014 12:51 PM
ini sesuai ni join alqaeda ke ape berani mati.
Quote Dia_Yuni 9-7-2014 12:54 PM
kat taman rumah my parent yg jual segala jenis mercun ni adalah pak polisi. cemane tu?
Quote chinta89 9-7-2014 12:57 PM
sapp73 posted on 9-7-2014 12:35 PM
Dah macam bom bergerak...kalau silap je mau meletup....berani mati betul

tak tercapai akalku..
Quote haryatie 9-7-2014 01:02 PM
berani giler tu...
last year kat ofis aku yg dtg jual org ada kuasa merampas mercun ..
dia rampas dr org, dia lak jual...cam ner tu..
berebut rebut ...makbapak yg duk beli utk ank sendri@buah tangan tuk balik kpg main ngn sedara mara...
pelik betul...
Quote sidewinder 9-7-2014 01:16 PM
kang putus tangan.....putus jari.....nak gi sekolah....keje pun susah......bg yg berkerja byk menggunakan tangan sah2 bila tak der jari atau tangan memang kena buang keje la....kalu company tu baik dia tukar laa ke department lain.....kalu yg kena buang keje tu mcm mana nak sara anak bini ? sara mak bapak ? last2 pihak kerajaan jugak dipersalahkan.....pastu amerika.....israel jugak kena blame......org bkn islam pun dipersalahkan sbb cipta mercun tu......

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.270884 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top