CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Haram Umat Islam Makan Ikan Diberi Bangkai - Mufti

9-7-2014 10:23 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7096| Komen: 32

Gambar hiasan


Ipoh: Haram bagi umat Islam memakan ikan yang diberi makan bangkai babi tanpa dikuarantin selama tiga hari.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata ikan seperti itu hanya boleh dimakan jika tempoh kuarantin berkenaan dilakukan termasuk diberi makan makanan lain sepanjang tempoh itu.

Katanya, bagaimanapun jika umat Islam memakan ikan terbabit tanpa mengetahui ternakan itu diberi makan bangkai babi, ia tidak menjadi kesalahan.

“Bagi ikan makan (bangkai) babi, ikan itu bukan babi, tetapi menjadi makanan najis.

“Jika orang Islam tidak tahu maka tiada masalah, tetapi jika tahu tidak boleh dimakan serta-merta, kena kurung tiga hari dan diberi makan makanan lain dan selepas itu baru boleh dimakan.

“Adalah haram hukumnya jika proses kuarantin tidak dilakukan kerana ikan itu menjadi makanan najis,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas siasatan Jabatan Perikanan Perak di sebuah kolam ternakan ikan patin yang kering di Jalan Ipoh-Batu Gajah di Lahat, menjumpai tulang haiwan yang dipercayai babi.
Bagaimanapun, Harussani berkata, beliau belum dimaklumkan kes pengusaha kolam ternakan patin di Lahat memberi makan bangkai haiwan itu.

Beliau bagaimanapun menasihati umat Islam supaya sentiasa berhati-hati dan menjaga makanan yang dimakan sejajar dengan kehendak agama.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xtahumenahu 9-7-2014 08:11 AM
makan ikan laut je laaaaaa
Quote kentel 9-7-2014 08:12 AM
nak wat camner...cina2 non moslem yang kuasai bekalan2 mentahh...
Quote Innrukia 9-7-2014 08:13 AM
Kang ada geng yg masuk kutuk beliau. Geng yg cuma akan terima pandangan Dr Maza jer
Quote mybluegetz 9-7-2014 08:14 AM
cuak jugak nak mkn ikan keli mcm nih
Quote zacrin 9-7-2014 08:27 AM
ikan keli pancing kat parit depan rumah je la yg diamakan macam ni selamat
Quote azrain98 9-7-2014 08:30 AM
ikan yang diberi makan bangkai babi

sape yg nak makan...? tkde umpan lain ke nak bagi makan...?
Quote Al-Patih 9-7-2014 08:59 AM
kono cari ikang ado cop"HALAL"....nampak gaya....
Quote atekome 9-7-2014 09:03 AM
Bia betui bistu sayur pun kna kuarantin jgk ker??
Quote brownstone 9-7-2014 09:10 AM
Sayur tanam tepi longkang tiap2 hari amik nutrien dr bende najis....x haram pulak ye??
Quote crossfire 9-7-2014 09:10 AM
kentel posted on 9-7-2014 08:12 AM
nak wat camner...cina2 non moslem yang kuasai bekalan2 mentahh...

patin sangkar sungai Pahang, suci, murni, mutu terjaga dijamin selamat.

Quote haryatie 9-7-2014 09:13 AM

aduhaiii...da termakan ker aku ni..
susah nyer....

Quote fifie_olin 9-7-2014 09:29 AM
camne nk tau ikn tu x mkn bangkai...
aku suka mkn ikan....
tp skg cam serba slh lak...
hrp2 ikan yg aku mkn sblm ni ...xde bangkai mangkai ni
Quote kecimpret 9-7-2014 09:32 AM
camana mau tau ikan mkn bangkai tuan mufti?..nak kena gi kolam ikan tu ka?
Quote fifie_olin 9-7-2014 09:33 AM
crossfire posted on 9-7-2014 07:10 AM
patin sangkar sungai Pahang, suci, murni, mutu terjaga dijamin selamat.

betul ke

Quote neotoxin 9-7-2014 09:46 AM
read this
“Jika orang Islam tidak tahu maka tiada masalah, tetapi jika tahu tidak boleh dimakan serta-merta, kena kurung tiga hari dan diberi makan makanan lain dan selepas itu baru boleh dimakan.

Quote genchi 9-7-2014 09:57 AM
haihhh ikan kt sg tu pun ntah bangkai apa dia mkn?

ikan kt laut tuh.. bangkai orang pun ada dia mkn gamaknya.. kowang tawu??

tataw kan?? ahahahah.. pening la wehh.. nak siasat smpi mknn apa ikan tu mkn..

dah namanya ikan.. mnde yg halal.. bakpe nak seksa dri.. beli siang bersihkan msk cekik.. abeh cite
Quote chinta89 9-7-2014 10:37 AM
sana sini situ semuanya ade cadbury..
Quote kentel 9-7-2014 11:49 AM
crossfire posted on 9-7-2014 09:10 AM
patin sangkar sungai Pahang, suci, murni, mutu terjaga dijamin selamat.

koi baru oder tempoyak ikan patin dekat staff office...orang pahang...huhuhuhu...
Quote lizaliza 9-7-2014 11:57 AM
ikan sangkar makan bangkai babi
ikan liar makan bangkai anjing...
ikan laut makan mayat manusia
so camner tu

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.043836 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top