CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Misteri Poster 'Doktor Takda Hati Perut'

8-7-2014 11:22 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11328| Komen: 89

Misteri poster 'Doktor Takda Hati Perut' undang persoalan pengunjung Bazar Ramadan Setiawangsa

KUALA LUMPUR, 7 JULAI: Sudah menjadi kebiasaan apabila bazar Ramadan menjadi tumpuan untuk mencari juadah berbuka, namun lain pula ceritanya di Bazar Ramadan Setiawangsa.

Bukan jualan juadah berbuka sebaliknya satu poster membidas seorang doktor yang dilekatkan pada sebuah tong sampah menjadi tumpuan pengunjung.


Poster berkenaan yang bertajuk 'Doktor Takda Hati Perut' yang memaparkan gambar dan seorang doktor.

Tindakan berkenaan dipercayai dibuat oleh individu yang tidak berpuas hati dengan doktor berkenaan ketika cuba mendapatkan rawatan di sebuah klinik pada 1 Jun lalu.


Berdasarkan maklumat yang tertera di poster berkenaan, individu berkenaan cuba mendapatkan bantuan perubatan terhadap seorang pesakit yang sedang nazak namun doktor berkenaan dilaporkan berkata tidak mahu melayan dan merawat pesakit yang sedang nazak.

"Kepada pesakit yang menghadapi masalah kesihatan, jangan berurusan dengan klinik ini.

"Klinik dan doktor tidak bertanggungjawab dengan masyarakat dan fikir nak untung sahaja. Bukannya nak membantu," tulis di poster berkenaan.
Tinjauan Selangor Kini semalam yang kebetulan berada di lokasi berkenaan mendapati pengunjung bazar yang hadir berhenti seketika membaca poster berkenaan selain mengambil foto poster berkenaan.

Kami turut tidak mengetahui sudah berapa hari poster berkenaan diletakkan disitu.
Difahamkan, pesakit yang dinyatakan nazak pada hari kejadian kini berada di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).

2

Bagus
5

Marah
8

Terkejut
9

Sedih
3

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote axl_bach 8-7-2014 11:14 AM
sumber : http://m.selangorku.com/?post=54502
Quote axl_bach 8-7-2014 11:15 AM
Kes nazak pegi klinik GP, syabbas bette......
Quote shernazz 8-7-2014 11:18 AM
Huhu.nazak tahap manr tu..mungkin dia soh cpt gi spital..ape ape hal sng..kat klinik tu xde peralatan yang lengkap kot
Quote NIXAR 8-7-2014 11:18 AM
axl_bach posted on 8-7-2014 11:15 AM
Kes nazak pegi klinik GP, syabbas bette......

kenapa x pegi spital? ke jauh dr rumah?

Quote amyainsamad 8-7-2014 11:18 AM
mcm2........
Quote axl_bach 8-7-2014 11:24 AM
shernazz posted on 8-7-2014 11:18 AM
Huhu.nazak tahap manr tu..mungkin dia soh cpt gi spital..ape ape hal sng..kat klinik tu xde peralata ...

rasanya camtu kot....dia soh pegi cepat2 ke spital sbb GP mana laa ada equipment utk kes2 nazak.....tp by right dia kene cuba stabilizekan dulu setakat mana mampu, letak IV drip ker then call laa ambulance dtg amik kat premis dia...tp kalo kes tu mati kat klinik dia pun susah gak dia nak kene audit...hmmmmmmmm

Quote haryatie 8-7-2014 11:24 AM
nazak tahap mana tu..
biasa nya mreka akn maklumkan pesakit/waris sbb apa x nak trima pesakit..
x kan terus halau jerk..
Quote TuntungReturn 8-7-2014 11:24 AM
Nazak ajar ngucap..:lol
Quote leylapple 8-7-2014 11:25 AM
axl_bach posted on 8-7-2014 11:15 AM
Kes nazak pegi klinik GP, syabbas bette......

khenn...

dah nak nazak pegi lah unit kecemasan kat hospital...

kalo g klinik kesihatan pun akan direfer ke hospital...

apatah lagi private klinik.. buatnya mati kat klinik tu? suwey wor~
Quote axl_bach 8-7-2014 11:25 AM
NIXAR posted on 8-7-2014 11:18 AM
kenapa x pegi spital? ke jauh dr rumah?

ntah laaaa.....tp x patut gak doktor tu tolak camtu jer....kurang2 letak drip ker hapa ker dulu......or dia malas nak CPR kot,heheheheh

Quote scorpionkiki 8-7-2014 11:27 AM
Kira la ni ada kat spital kira tak nazak la tu.... kalau betul nazak skrg ada 6 feet under dah
Quote axl_bach 8-7-2014 11:28 AM
leylapple posted on 8-7-2014 11:25 AM
khenn...

dah nak nazak pegi lah unit kecemasan kat hospital...

dia tgh kalut dan panik sedara nazak, so asal nampak klinik kira ok laa pada dia.....mmg masyarakat nih xtau limitasi GP bagai, deme igt asal doktor jer bleh rawat sumer kes.....mati kutu gak doktor pakar kecemasan dtg kes pesakit nak bersalin songsang kat A&E.....

Quote NIXAR 8-7-2014 11:28 AM
axl_bach posted on 8-7-2014 11:25 AM
ntah laaaa.....tp x patut gak doktor tu tolak camtu jer....kurang2 letak drip ker hapa ker dulu... ...

betul gak, ke dah mmg x bleh nk buat apa dah maka dia tolak. suruh semua bertabah je kot masa tu

Quote seri_mawr 8-7-2014 11:28 AM
Tak lah nazak mana kot..sbb ada hidup lagi kat HLK nun...

tu yang bengang dgn Dr tu.....

klu parah sgt..mesti lah Dr tu advice suh pi hospital.kat klinik kemudahan kurang berbanding hospital...

entah2 klinik tu ambulance pun xde nak hantar pesakit klu kecemasan...nak salhkan Dr tu 100% pun xleh jugak...sbb dgr sebelah pihak jek....
Quote shernazz 8-7-2014 11:28 AM
axl_bach posted on 8-7-2014 11:24 AM
rasanya camtu kot....dia soh pegi cepat2 ke spital sbb GP mana laa ada equipment utk kes2 nazak... ...

Btol juga tu sebab dolu kat klinik panel tu ade terima patient pastu patient tibe tibe je xsedarkan diri nenggelupur..doktor terus call ambulans n dalam masa yg sama dua buat la apa yabg patut . Yang kes ji xtau plak ape nasalah dia kan..


Byk nyr typo neh
Quote axl_bach 8-7-2014 11:33 AM
scorpionkiki posted on 8-7-2014 11:27 AM
Kira la ni ada kat spital kira tak nazak la tu.... kalau betul nazak skrg ada 6 feet under dah:shutu ...

maybe dah diintubasi lepas dibuat CPR selama 10 cycle who knows.........nazak z semestinya mati

Quote axl_bach 8-7-2014 11:34 AM
seri_mawr posted on 8-7-2014 11:28 AM
Tak lah nazak mana kot..sbb ada hidup lagi kat HLK nun...

tu yang bengang dgn Dr tu.....

GP ada ker ambulance bagai???

Quote axl_bach 8-7-2014 11:36 AM
shernazz posted on 8-7-2014 11:28 AM
Btol juga tu sebab dolu kat klinik panel tu ade terima patient pastu patient tibe tibe je xsedarka ...

sepatutnya dia mmg kene wat camtu, mana leh tolak pesakit cenggitu jer....dah pegang Hippocratus Oath tu.......x perlu sampai defib bagai cukup laa letak IV access then call ambulance spital

tp kita pun xtau citer dari pihak doktor berkenaan, so aku sebagai deraiber ambulance yg kamceng ama doktor2 semalaya aku tetap bersetuju dgn cadangan doktor ismadi

Quote seri_mawr 8-7-2014 11:38 AM
axl_bach posted on 8-7-2014 11:34 AM
GP ada ker ambulance bagai???

entah...

klinik kesihatan kat pekan kg aku ada....hihhihi....tapi kerajaan pnya klinik la...


Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.081996 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top