Polis dapat maklumat hasil risikan sejak seminggu lalu Semporna: Kecekapan pasukan keselamatan menghidu rancangan penculikan terbaharu di perairan ini, berjaya menggagalkan cubaan culik didalangi tujuh lelaki di ladang ternakan ikan dalam sangkar berhampiran Pulau Bangau-Bangau di sini, semalam. Berdasarkan maklumat awal itu, polis mengarahkan pemilik sangkar ikan meninggalkan pelantar yang menempatkan ternakan ikan yang menjadi tempat tinggal mereka dengan bermalam di pekan ini buat sementara waktu. Arahan itu menyelamatkan pengusaha Sangkar Ikan Ah Chai di Pulau Bangau-Bangau, kira-kira 2.5 batu nautika dari pekan ini, selepas kumpulan bersenjata menyerbu pelantar itu, jam 1 pagi semalam.
|
ADVERTISEMENT