CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Myanmar: Orang Islam Diancam Bunuh

7-7-2014 10:59 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4757| Komen: 36

YANGON - MYANMAR. Ratusan pelampau Buddha dilihat sengaja mahu meningkatkan ketegangan etnik di Mandalay walaupun perintah berkurung masih dikuatkuasakan di bandar itu.

Kira-kira 300 ekstremis bersenjatakan pisau dan kayu mengancam membunuh orang Islam sehari selepas seorang penduduk dipukul hingga mati ketika dalam perjalanan ke masjid.

Rabu lalu, dua maut manakala 19 lagi cedera selepas rusuhan ganas tercetus di bandar kedua terbesar di Myanmar tersebut.

Susulan daripada itu, Presiden Myanmar, Thein Sein memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang sengaja mahu mencetuskan keganasan di negara terbabit.

"Saya menggesa semua rakyat supaya tidak melakukan provokasi jika tidak mahu dikenakan hukuman berat," tegasnya.

Pada 2012, kira-kira 240 penduduk Islam Rohingya dibunuh dan seramai 140,000 menjadi pelarian akibat insiden keganasan etnik yang didalangi pelampau Buddha di Rakhine.

Difahamkan, menurut laporan Press TV, kegagalan kerajaan Myanmar untuk mencari jalan penyelesaian bagi melindungi keselamatan etnik minoriti Islam hingga kini turut dikritik kumpulan hak asasi manusia dan masyarakat antarabangsa.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jengkoil 6-7-2014 01:28 PM
Nanti pejuang2 yisrael dalam ni akan spin cite...cakap etnik minority islam tu yg cari pasal...create problem...troublemaker..

Quote AbukRokok 6-7-2014 01:38 PM
Turki mana Erdogan?
Quote azrain98 6-7-2014 02:10 PM
yg ni negara sial US tu senyap pulak...kang bila serang negara tersyg yahudi dia tu mula la menyalak bagai nak rak
Quote batmana 6-7-2014 03:38 PM
kalau hantar sorg pemuda ke sana

pemuda tu angkat senjata, tuk pertahankn sedara kita,
pastinya dituduh militan, pengganas, pengebom berani mati, ada kaitan al-qaeda, ada kaitan jemaah islamiah..
Quote Talibun 6-7-2014 03:43 PM
Ini semua kerana inferiority complex. Merasa agama mereka akan terancam dengan kehebatan Islam. Nak berhujjah tak mahu, cara senang ialah bunuh.


Memalukan bangsa sendri.
Quote mattzzx 6-7-2014 04:00 PM
Apa tindakan umat umat Islam sekelian?
Quote revolusi_30 6-7-2014 04:24 PM
ISIS asia tenggara mna ..? Gi la jihad sana paksa depa masuk islam.
Quote Aliaskotonggo 6-7-2014 04:32 PM
mana geng2 mujahidin tanah melayu yang stim ingin mencari kesyahidan di Syria dan Iraq nun?? Takkan kat Arab je ada Jihad....
Quote Aliaskotonggo 6-7-2014 04:34 PM
mungkin kena buat propaganda sikit macam yang selalu media buat:

MYANMAR: Kaum Syiah Myanmar membunuh etnik Sunni wal mak jemah!!!  

Aku confirm, Barulah ada seruan jihad di Myanmar!!!

Takbiiiiirrrrrrr!!!!!
Quote SissySembah 6-7-2014 04:38 PM
mana dia jihadis sunni yang duk berjihad di syria?
dari duk sembelih saudara sendiri, baik pergi sana tolong saudara kamu.
berbunuh sahajalah, akak tak sabar nak melihat ummah melayu felda pprt caprut berlawan dengan sesama caprut sampai bermati matian nak syahid masuk sorga.
Quote sup@rm@n 6-7-2014 04:42 PM
Dah lame umat islam ditekan begini di myanmar. Kalau muncul mujahidin dan muhajirin japgi kat myanmar, gerenti ada ummah melayu freethinker yg pertikaikan kononnya islam agama peace.

Orang2 camni mmg piece of shit.

Semoga bangsa islam bangun dan menentang buddha yg menekan mereka. Ajaran buddha mmg suka bunuh2 orang ke? Diorang ni mmg ganas ke? Buddha kat malaysia ni buddha moderate atau buddha extremism?

Quote mysara 6-7-2014 04:51 PM
yg ni komer nak pi berjihad..pi le.. tapi kalo ke syria tu sesama agama k..

pegi le berdakwah dgn org budha tu.. terangkan kpd mereka Islam bukannya ancaman mereka
Quote tupaiterbang 6-7-2014 05:28 PM
lawan tetap lawan..bak kate abe nuar
Quote DTECCONAN 6-7-2014 10:54 PM
kalau bunuh kapir nanti Islam kena tuduh pula terrorist, sedangkan nak menentang sesama 'Islam' yg perangai lebih teruk dr Yahudi pun dituduh militan
Quote mbhcsf 6-7-2014 11:38 PM
well...

lerr...saya akan bertanya

apa peranan TOKOH HAK ASASI MANUSIA yg dijulang lambung  oleh BARAT?

Aung San Suk Kyii?

hmm....apa peranan dia....kan dia champion hak asasi bagai

so i rasa i tak nampak kot lagi peranan dia kot kot dia dah tolong suarakan ...okay gak

film dia pun dah  dibuat so...the LADY ni ...

apa yg boleh dia buat?

apa yg dia tak boleh buat?

apa agenda  atau misi kemanusiaan Suk Kyii ni ?


haa kan the lady ....
Quote pasemboq 7-7-2014 12:46 AM
Kesian melihat saudara-saudara se-Islam di luar sana. Moga Allah melindungi mereka daripada dengki, fitnah dan penindasan oleh orang kafir.

Bersyukur saya menjadi rakyat Malaysia, dapat berbuka dengan penuh juadah dan juga tenang dalam beribadah.
Quote din_atos 7-7-2014 12:50 AM
Kaum agama islam di dunia ditindas. Korg x rasa terancam ke?
Quote senahsanasini 7-7-2014 12:53 AM
Lets doa for them
Quote kakikuDibibirmu 7-7-2014 02:02 AM
sekurang-kurangnya akak gembira tak adalah ummah sibuk kulu kilir dengan palestin, macam Palestin tu lah satu-satunya tempat jin bertendang dalam dunia nim

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.249471 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top