Getaran nostalgia Kawasaki ZRX 1200 SEKALI pandang, rupa motosikal Kawasaki ZRX 1200 seakan-akan motosikal retro yang popular pada zaman 70-an. Boleh dikatakan kesemua pengeluar Jepun mempunyai sekurang-kurangnya sebuah motosikal naked dalam rangkaian produk mereka. Begitu juga dengan beberapa pengeluar motosikal Eropah yang turut menawarkan varian tersebut. Akan tetapi, pengeluar Eropah tidak berani untuk menggayakan produk mereka sepertimana Kawasaki ZXR1200. Rekaan ZRX 1200 menawan dan agak meyakinkan. Barangkali, konsep rekaan ZRX cuba mengekalkan era kegemilangan Eddie Lawson dalam konteks yang lebih moden. Pada asasnya, varian ZRX 1200 diperkenalkan bagi menyambut ulang tahun kemenangan Eddie Lawson dalam kejohanan superbike AMA pada tahun 1981 dengan jentera KZ1000R1. Selepas beberapa generasi sejak 2001, Kawasaki ZRX telah menerima penambahbaikan dari segi prestasi enjin, sistem brek dan casis. Pada zahirnya, ia tampak tua, tetapi model ini dilengkapi dengan sistem suntikan bahan api dan beberapa peningkatan prestasi injap, sistem ekzos terkini di samping transmisi enam kelajuan berbanding lima kelajuan yang digunakan pada model terdahulu. Meneliti setiap inci rekaan motosikal gaya retro ini, ZRX menerima kemasan krom pada bahagian radiator. Kelompok instrumen meter yang menggabungkan takometer analog, odometer digital dan beberapa informasi asas mudah untuk dibaca. Kedudukan tempat duduk selesa di atas pelana tebal lebih menegak dengan capaian hendal yang selesa walaupun tangki bahan api agak panjang. Pertama kali menunggang ZRX1200, pada awalnya saya merasakan ia agak berat untuk dikendalikan. Memasukkan gear pertama dan perlahan-lahan melepaskan tuil klac, saya dapat merasakan kuasa enjin 109 kuasa kuda mula diagih dengan sempurna. Setelah ia bergerak, saiz fizikal dan berat badan tidak lagi terbeban. Jentera berat ini menawarkan sensasi tunggangan yang hebat yang disokong unit enjin 1200 cc empat silinder sejukan cecair. Enjin tersebut dilengkapi profil cam-shaft baharu bagi membolehkan capaian rpm yang tinggi dan lancar pada julat kitaran enjin rendah. Dengan pengagihan tork yang besar, ia mula menarik kuat bermula pada 3500 rpm. Saya cukup selesa memecut dalam kelajuan di antara 100 kilometer sejam (km/j) hingga 140 km/j. Apa yang pasti, motosikal ini mempunyai sekatan kuasa bagi mengawal kadar emisi dan penggunaan bahan api. Selain daripada faktor rekaan, saya cuba mencari kelebihan lain yang dimiliki ZRX 1200. Selepas berhenti seketika di stesen minyak untuk mengisi RON97 sepertimana yang disyorkan, saya menguji kemampuan motosikal ini di jalan raya berliku, jalan-jalan bandar dan di luar bandar. Selepas mengharungi perjalanan hampir 350km, saya dapati jentera ini benar-benar universal dan serba boleh. Ia sebuah motosikal yang selesa dan cekap, sesuai untuk digunakan sebagai tunggangan harian, tunggangan santai hujung minggu dan mampu melakukan perjalanan jarak jauh. Prestasi ketika di selekoh juga memuaskan dengan tahap redaman sistem penggantungan tradisional di samping lengan ayun di bahagian belakang. Fork hadapan jenis teleskopik juga memainkan peranan dengan baik dalam pelbagai permukaan jalan raya. Sedikit kekurangan, prestasi brek tidak terlalu meyakinkan kerana gigitan awal yang diperlukan kurang memberangsangkan. Secara keseluruhan, ZRX 1200 mempunyai kelebihan dari segi reka bentuk dan tahap prestasi enjin yang mengagumkan. Jentera ini memiliki mempunyai gaya unik dan mampu disesuaikan kepada penunggang generasi lama dan baharu. Spesifikasi Kawasaki ZRX1200R
|
Sagoo posted on 17-7-2014 08:56 AM
mane adeeee
motor ni nampak gagah perkaseeeee....
teringin nk membelainyeee
Sagoo posted on 17-7-2014 02:27 PM
malu le dune, motor same je mcm org lain.. no plate je lain
lgpon motor bukan mahal mana nk ...
dune1989 posted on 17-7-2014 02:31 PM
yop, motor mike tu dh sama harga dgn keta teman..
amenda tak mahal nye.. langgor dengan pijot 2 ...
ADVERTISEMENT