Kawasaki Bakal kembali Model Enjin 4 Silinder 250cc? Berita baik untuk para peminat Kawasaki khususnya, jika kita ingat kembali dekad 90an dahulu, pengeluar gergasi dunia juga bersaing menghasilkan sportbike kecil dengan enjin 4 silinder berkapasiti 250cc - 400cc. Anda pasti tak lupa bagaimana hebatnya model Kawasaki ZXR 250/400 dan Honda CBR 250/400 waktu itu. Menurut sumber dari Indonesia iaitu TMC Blog, Kawasaki sedang dalam proses menghasilkan enjin 4 silinder 250cc dan dengan bukti bergambar di sertakan, kita dapat meneka yang model Kawasaki 250cc terbaru berkemungkinan bakal kembali ke pasaran pada 2015. Dengan pasaran model 250cc yang semakin berkembang pesat di Asean sekarang. Kita dapat melihat persaingan yang cukup sengit dari pengeluar Jepun dan Eropah seperti Yamaha dengan model R25, Honda dengan CBR, KTM dengan model Duke dan tidak terkecuali pengeluar tempatan NAZA dengan model Blade. Walaupun Kawasaki nampak kukuh dengan model Ninja dan terbaru model 1 silinder 250cc Ninja SL, di dorong dengan saingan lawan yang kuat seperti Yamaha, Kawasaki di lihat bertindak balas dengan cukup pantas untuk terus kekal sebagai dominon dalam kelas 250cc. Kawasaki nampaknya sudah bersedia untuk memasuki ruang kelas model 4 silinder 250cc, ianya akan menjadi menarik untuk kita lihat sejauh mana pengeluar lain bertindak hasil dari Kawasaki dan apa manfaat yang bakal di peroleh kita yang menilai pasaran 250cc khususnya di Asean.
|
Sagoo posted on 1-7-2014 11:05 AM
kalo betol jadi...mmg aku nk beli 1 nk simpan jd koleksi utk masa depan
ryo_takahashi1 posted on 1-7-2014 01:38 PM
ni baru masyukkk... bunyi SBK... kalo tak bunyi pompom girl je.. kehkehkeh...
tp... moto ZX2 n ...
billionman78 posted on 9-7-2014 03:00 PM
dulu masa aku time sekolah menengah, zxr250 merupakan motor idaman,,dengan 2 air hose kat depan samb ...
billionman78 posted on 10-7-2014 10:36 AM
tengah mencari2 motor bro..
skang ni ada Suzuki txr150 gamma aje..beli masa zaman sekolah menen ...
billionman78 posted on 10-7-2014 12:23 PM
hahaha..gamma tu naked bike aku..legend woo..bape ramai awek dah tenggek kat belakang tu hahaha
ryo_takahashi1 posted on 10-7-2014 03:33 PM
nama pon bod motor.. kena tepek motor arr.. kekehkeh... aku nak bg kredit extra nih...
billionman78 posted on 14-7-2014 10:03 AM
tak gheti nak tepek la bro..boleh ke tepek from computer sendiri? ke guane..sbb ni semua link ke w ...
ryo_takahashi1 posted on 14-7-2014 10:18 AM
boleh ajerrr.... klik je kat image tu... nanti select files upload...
ADVERTISEMENT