CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Kenderaan Lihat artikel

Demak Skyline 200

4-7-2014 04:52 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 44001| Komen: 37

Demak Skyline 200 kini di pasaranYuzz



Jenama motosikal tempatan Demak di pasaran ketika ini boleh dikatakan menawarkan pelbagai model yang menarik, antaranya termasuklah jentera ‘naked’ dengan enjin 200cc seperti model Demak DZM 200.


Paling terkini ialah sebuah lagi jentera ‘naked’ yang tampil lebih sporty dan menawan, dikenali dengan nama Demak Skyline 200. Pemilihan nama ‘Skyline’ mungkin menggambarkan jentera dua roda itu mempunyai prestij seperti kereta sport Nissan Skyline.



Demak Skyline 200 dikuasakan enjin 200cc sama seperti model Demak DZM 200, namun apa yang membezakannya ialah penampilan keseluruhannya ternyata berbeza. Sekali imbas dirasakan Demak Skyline 200 ini mengambil inspirasi daripada model Kawasaki Z800.

Berkenaan harga, Demak Skyline 200 ditawarkan pada harga di antara RM9,000.00sehingga RM10,000.00. Harga sebenar mungkin bergantung kepada tawaran terbaik yang diberikan oleh pihak penjual, jadi anda perlu bijak memilih kedai sebelum membeli.




Demak Skyline 200 ditawarkan dalam empat pilihan warna yang menarik iaitu biru, hijau, merah dan hitam. Pada pendapat anda, adakah Demak Skyline 200 ini merupakan sebuah pilihan yang terbaik berbanding model-model lain di pasaran?















2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 30-6-2014 08:24 AM
ok dah ni, cuma satu je aku tak suka dan pelik.....kenapala moto ni tak pakai Liquid Coolant
Quote ryo_takahashi1 30-6-2014 11:16 AM
waaa... lampu blakang dia...

kalo dpt ekjos dia bawah tail light tu.. lagi mabeles...
Quote Sagoo 30-6-2014 11:39 AM
perghh...serious cantik lah design dia! terbaikkk
harge mahal wo 10k

lagi cantik dari FZ150 tuh. best best..makin meriah arena permotoran kita
Quote satriamerah 30-6-2014 02:10 PM
kualiti enjin Demak Skyline ni sama je dengan Demak DZM. Cuma body nampak gemuk sikit. Baru tgk kat kedai motor hari tu mmg terbaik lah..Kalau masuk FB DZM motor ramai penggunanya & ahli2 dalam tu puji motor DZM ni. Diorang siap pergi konvoi lagi ke Perlis, Cameron, Johor dan banyak tempat lagi untuk test enjin. So far memang enjinnya terbaik.
Quote zulka 30-6-2014 03:00 PM
tetap taknak...
sebelah ofis aku kedau motor, hari2 lepak situ..
salesman dia sndiri tak bagi aku beli moto demak tu...
Quote Sagoo 30-6-2014 03:48 PM
aik kenapa x bg beli motor?
Quote alidada 13-7-2014 05:58 PM
nama skyline juga ? haha
Quote viper_2803 21-8-2014 01:05 PM
kalau motor ni jenama yamaha ke...kawasaki ke..honda ke.... mmg aku terliur nak beli...
Quote k_rul 27-8-2014 09:58 PM
Takut aku nk beli motor jenama dedak ni..
Quote ejai601 16-10-2014 10:11 PM
Enij dr mn demak ni?taiwan?china?
Quote zulka 17-10-2014 09:21 AM
ejai601 posted on 16-10-2014 10:11 PM
Enij dr mn demak ni?taiwan?china?

China + Malaysia  
Quote ejai601 17-10-2014 11:15 AM
zulka posted on 17-10-2014 09:21 AM
China + Malaysia

ok. tq..ade nmpk kat hway mtr ni
lampu belakang mmg cun, ala2 ducati
Quote zulka 17-10-2014 11:33 AM
ejai601 posted on 17-10-2014 11:15 AM
ok. tq..ade nmpk kat hway mtr ni
lampu belakang mmg cun, ala2 ducati

moto ni memang cun...cutting perfect...
Quote ejai601 17-10-2014 11:37 AM
zulka posted on 17-10-2014 11:33 AM
moto ni memang cun...cutting perfect...

tp tu la dari segi ketahanan x tau sejauh mana..byk kali jgk pikir kalo nk beli


Quote #PenDrive 5-11-2014 02:13 PM
lampu belakang dier cun, mcm sbk ducati...huhu
Quote jofizo 5-11-2014 04:07 PM
review rupa jer la setakat nih....

nk review performance tunggu la setahun lagi...
Quote Deff_Lepak 2-12-2014 12:40 PM
zulka posted on 30-6-2014 03:00 PM
tetap taknak...
sebelah ofis aku kedau motor, hari2 lepak situ..
salesman dia sndiri t ...

bro.. tolong review sket masalah motor demak skyline ni dr salesman demak..
budget aku nxt year utk motor dlm RM8K jer.. kalu demak skyline ni ok blh dipertimbangkan..
Quote Deff_Lepak 2-12-2014 12:55 PM
admin demak skyline dh approved aku kt FB

takottt wooo baca luahan hati dorg
Quote Deff_Lepak 2-12-2014 01:15 PM
takyah review la bro.. dh baca kt FB buk problem..

hampir setiap moto ada prolem..
1) Meter masuk air
2) Rantai motor senag loose
3) Kulit engine pecah..
4) Moto tk idup

nmpk gayanya FZ150i jugak laa.. br nk berangan moto cantik

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.114809 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top