Cara Perempuan Goda Lelaki Tanpa Disedari Yang Perlu Anda Tahu Zaman ini, bermacam-macam perkara yang tidak pernah kita terfikir akan terjadi telah pun terjadi. Bukan sekali, tetapi berkali-kali. Siapa sangka di zaman ini lelaki bergelar datuk boleh tergoda dengan cucu sendiri? Si bapa pula boleh menerkam anak perempuan yang lahir dari rahim isteri sendiri? Orang yang kita percayai seperti pengawal keselamatan yang dulu kita boleh harap, sekarang sudah berani memperkosa? Tidakkah mereka mempunyai rasa belas kasihan dengan darah daging mereka sendiri sehingga sanggup meratah kaum hawa yang nyata lemah dan tidak berdaya melawan kudrat seorang lelaki? Sehinggakan wanita yang menutup aurat pun tidak terlepas dari menjadi mangsa nafsu mereka. Hakikatnya, umum tahu & faham bahawa lelaki mempunyai nafsu. Walaupun hanya satu nafsu tetapi fokusnya lebih kepada nafsu #seksual. Sedarkah kita, sebenarnya ramai perempuan yang cuba mencabar nafsu lelaki? Bagaimana? "Saya pakai tudung yang lengkap, menutup aurat dengan lengkap. Takkan saya masih menggoda kot?" Benar, kita dah sempurnakan penutupan aurat kita dengan pakaian longgar, labuh, tak tipis, pakai stokin, tudung menutup dada. Tetapi di luar, mungkin kita telah melakukan benda-benda ini: 1. Tunduk Tunduk ini cuma jadi salah bila kita berdiri kemudian nak mencapai benda di lantai. Kita pun tak melutut atas lantai, terus capai benda tu. Nah, tak disedari kita dah membiarkan bahagian punggung terdedah untuk dilihat oleh lelaki. Setiap inci tubuh wanita adalah terlalu indah di mata lelaki. 2. Lirikan mata juga mencetuskan nafsu lelaki Lebih senang lagi, menjeling. Lagi-lagi yang saja buat lirikan mata manja, menggoda dan minta perhatian. Percayalah, lelaki boleh tercabar dengan hanya lirikan dan jelingan wanita. Bagi kita mungkin biasa, bagi mereka ini sangat seksi dan menggoda. 3. Lenggok Badan Tahukah kita, cara kita berjalan pun boleh membuat nafsu lelaki tercabar? Ini pengalaman saya bila seorang lelaki yang duduk berhampiran melihat seorang gadis berjalan ala catwalk (bagi saya itu cara dia berjalan semula jadi), mengatakan caranya berjalan sangat menarik perhatian. 4. Mencabar nafsu lelaki dengan senyuman Pernah dengar kata-kata ‘dari mata turun ke hati’? Ini bukan sekadar kata-kata biasa tapi betul-betul terjadi. Seperti yang saya katakan tadi, tak ada bahagian tubuh wanita yang tak indah di mata lelaki. Apalagi bila bercakap soal bibir. Senyum adalah sedekah tetapi senyumlah dengan cara yang betul. Depan lelaki ajnabi, senyum nipis cukuplah. Kita boleh bezakan senyum mesra, manis, tawar dan nipis kan? Senyum mesra dan manis tu, sila simpan dan tayangkan pada suami dan anak saja. Mungkin kita mengeluh. Lelaki ni tak habis-habis dengan nafsu. Betullah. Tapi takkan kita mahu biarkan ia terus berleluasa? Ayuh jadi sebahagian cara mengurangkan nafsu lelaki dengan cara berhenti mencabarnya. Insyaallah, mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang dilindungi Allah swt.
|
28
Bagus |
12
Marah |
30
Terkejut |
23
Sedih |
26
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
nanacinta posted on 19-6-2014 12:47 PM
artikel ni bagus tapi yang tak sedapnya macam nak justify kes rogol, sumbang mahram etc...tapi thank ...
intriQue posted on 19-6-2014 12:55 PM
Takde justifikasi utk itu, nana
Yg nana sebut tu semua sbb manusia gagal kawal nafsu serakah ma ...
nanacinta posted on 19-6-2014 01:00 PM
betul intrique...kalau artikel tu bagi nasihat jer...ok la kan...tapi macam serampang dua mata...h ...
robertocarbos posted on 19-6-2014 01:26 PM
cube korang dikir secara logik dan scientific
satu sungai yang deras di cabangkan kepada 9 sungai y ...
robertocarbos posted on 19-6-2014 01:26 PM
cube korang dikir secara logik dan scientific
satu sungai yang deras di cabangkan kepada 9 sungai y ...
nanacinta posted on 19-6-2014 01:36 PM
zaman dulu perempuan berkemban dan pakai kebaya ketat...tapi lelaki masih menghormati dan tak mero ...
intriQue posted on 19-6-2014 01:34 PM
So kalau mcm tu logik u, akal wanita yg 1 tu mmg awesome sgt2 lah kan?
robertocarbos posted on 19-6-2014 01:44 PM
lelaki sekarang kami breakfast tongkat ali,
lunch viagra
dinner vimax
nanacinta posted on 19-6-2014 01:48 PM
perempuan islam mula menutup aurat bila zaman revolusi islam iran...awak tengok gambar2 zaman dulu ...
robertocarbos posted on 19-6-2014 01:45 PM
akal wanita mmg aweseome..ce tgok..kalau die nak sesuatu ade jek care die
tp...akal ea...bukan IQ ...
kami innocent!
intriQue posted on 19-6-2014 02:01 PM
*copy paste*
Allah perintahkan kita melalui ayat 30 surah an-Nur,
robertocarbos posted on 19-6-2014 02:03 PM
memule jek ckp sukerela
bile laki tu lari
cakap la kene rogol
ADVERTISEMENT