Militan Kumpulan negara Iraq dan Jajahannya (Isil) merancang untuk menakluk Arab Saudi dan memusnahkan Kaabah, lapor media Turki. Seorang ahli Kumpulan Militan Negara Islam di Iraq dan Syria (Isis), Abu Turab Al Mugaddasi berkata mereka akan menakluki kota suci umat Islam itu dan memulakan operasi dari sana. "Jika Allah izinkan, kami akan membunuh sesiapa yang menyembah batu di Mekah dan memusnahkan Kaabah. "Mereka ke Mekah untuk menyentuh batu dan bukan kerana Allah," lapor India Today memetik sumber berkenaan. Isil pada Isnin mengisytiharkan penubuhan 'kerajaan khalifah Islam' di kawasan yang ditawan ketika tentera Iraq melancarkan operasi menawan semula bandar Tikrit, lapor AFP.
Dalam rakaman audio yang disebarkan melalui Internet, Isil turut mengangkat ketuanya, Abu Bakr al-Baghdadi sebagai khalifah dan pemimpin umat Islam di seluruh dunia. Melalui pengumuman itu, Isil mendakwa, kerajaan baharu itu terbentuk dari Aleppo di utara Syria sehingga ke Diyala, dua wilayah yang masih dikuasai oleh militan tersebut, lapor agensi berita itu. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu ucapan minggu lalu menggesa ahli Umno mempelajari keberanian kumpulan militan Isil yang berjaya mengalahkan tentera Iraq walaupun mempunyai jumlah anggota lebih kecil. “Sama ada kita bersetuju atau tidak, itu cerita lain. Kumpulan Isil yang hanya mempunyai 1,300 orang berjaya mengalahkan 30,000 tentera Iraq, sehingga empat, lima jeneral bintang tiga terpaksa melarikan diri menyelamatkan diri mereka, terjun tingkap pada waktu malam,” kata presiden Umno itu dalam jamuan makan malam sempena 20 tahun Umno Cheras minggu lalu. |
lavapuasa posted on 1-7-2014 10:22 AM
many have tried all have failed...takbirrrrr
ADVERTISEMENT