Jalan mendap: Trafik di Jalan Imbi terkawal KUALA LUMPUR - Keadaan trafik di ibu kota khususnya di Jalan Hang Tuah dan Jalan Imbi dijangka sesak petang ini, susulan kejadian tanah mendap di simpang empat Jalan Imbi pagi tadi. Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berkata akibat kejadian itu, laluan kedua-dua arah di Jalan Hang Tuah dan Jalan Imbi ditutup dan aliran trafik dari Jalan Hang Tuah ke Jalan Imbi dilencong ke Jalan Pudu. Setakat ini keadaan trafik bergerak perlahan dan masih terkawal, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini. Sementara itu jurucakap Trafik Polis Kuala Lumpur berkata laluan di kawasan berkenaan kini dikawal oleh polis trafik. Dalam kejadian 9.30 pagi tadi, sebahagian struktur terowong bawah tanah seliaan DBKL di simpang empat Jalan Imbi runtuh sedalam lima meter setelah berlaku mendapan tanah dipercayai berpunca daripada paip air bawah tanah yang pecah.
|
cmf_premierleag posted on 3-7-2014 11:56 AM
pagi td aku tgk ada la monorel beroperasi
tapi masa tu aku kat Jalan sultan ismail la
so x pasti l ...
cmf_conan posted on 3-7-2014 01:07 PM
masih operasi lah.. tapi dr KL Sentral - Hang Tuah - KL Sentral
dan dari Titiwangsa - Imbi -Titiw ...
amyainsamad posted on 3-7-2014 02:37 PM
mcm2 dorg troll kan pasal bnda ni
ekmal_sorrow posted on 6-7-2014 04:37 PM
Yg lawaknya....boleh jadi meme tu.
mysara posted on 6-7-2014 05:01 PM
korang gelakkan le kak mah tu dibuat mcm tu, habis pahala poser komer pi kat beliau
ADVERTISEMENT