Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, walaupun tidak berjaya memperoleh dokumen itu, pihaknya optimis rakyat di negeri ini masih mempunyai peluang untuk mendapatkan hak royalti tersebut. "Kita mahu mendapatkan hak ke atas dokumen itu kerana ia mempunyai kaitan dengan kes royalti ini. Jika memperoleh dokumen terbabit, lebih mudah untuk pihak kita berhujah dalam mahkamah. "Walaupun permohonan tersebut telah ditolak semalam, kita masih belum putus asa. Itu tidak menjadi masalah, kerana bukan kes ini (tuntutan hak royalti) yang ditolak," katanya di sini hari ini. Semalam, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Tan Sri Abdull Hamid Embong memutuskan kes saman kerajaan Pas Kelantan terhadap Petronas berhubung tuntutan tunggakan royalti minyak tidak perlu diputuskan melalui perbicaraan penuh sebaliknya ditentukan menerusi isu-isu perundangan. Sehubungan itu, kes saman tersebut akan dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk diputuskan melalui prinsip undang-undang seperti yang diperuntukkan di bawah Perintah 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Dalam pada itu, mahkamah turut memerintahkan kerajaan Pas Kelantan membayar kos RM150,000 dan pengurusan kes ditetapkan pada 22 Julai ini di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop.
|
10
Bagus |
5
Marah |
7
Terkejut |
14
Sedih |
11
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
otai_g posted on 4-7-2014 11:07 AM
sabah sarawak dah tuntut ke blm?
sana pun lg bnyk hasil minyaknya....
unekspekted_XII posted on 4-7-2014 11:12 AM
"......... katenye" - source : Reauters kedai kopi kubang kerian
otai_g posted on 4-7-2014 11:07 AM
sabah sarawak dah tuntut ke blm?
sana pun lg bnyk hasil minyaknya....
cmf_acura posted on 4-7-2014 11:50 AM
kalau tak tahu goggle laa dulu...tak pun buka tread2 lama....kelanttan..banyak minyak..tapi kena sap ...
ADVERTISEMENT