CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekolah Convent Tidak Hanya Untuk Bukan Islam

3-7-2014 09:26 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10841| Komen: 127

SEGAMAT - Tanggapan negatif segelintir ibu bapa dan orang ramai yang merasakan sekolah convent hanya untuk kanak-kanak Kristian dan bukan Islam perlu diubah.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Convent Kampung Abdullah Segamat, Nur Marliana Tina Abdullah berkata, persepsi tersebut yang semakin merebak dalam masyarakat seharusnya dicegah kerana dibimbangi mencetuskan perbalahan.


“Sebenarnya sekolah convent ini tidak menyelitkan unsur Kristianisasi kepada pelajar, bahkan mereka menerima proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sama seperti di sekolah lain.

“Jadi, ibu bapa Islam, tidak perlu khuatir untuk menghantar anak mereka ke sini (sekolah convent) kerana kita juga mempunyai guru Islam dan ramai murid Melayu,” katanya semasa Majlis Penyampaian Sumbangan Komuniti Ramadhan kepada pelajar Islam sekolah tersebut, kelmarin.

Turut hadir, Guru Besar Sekolah Convent Kampung Abdullah, Tey Siew Choo dan Pengerusi Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Dun Kemelah, Datin Aryani Abdullah.

Nur Marliana Tina berkata, pada hari ini juga, sekolah convent seperti ini juga turut menjadi pilihan ibu bapa untuk menghantar anak mereka ekoran prestasi dan pencapaian cemerlang sekolah ini dalam peperiksaan.

“Selain itu, persepsi mengenai penglibatan anak dalam kegiatan kokurikulum sehingga boleh menjejaskan proses pembelajaran mereka turut perlu dikikis.

“Penglibatan dalam kegiatan luar bilik darjah amat penting memandangkan aktiviti berkenaan menjadi salah satu prasyarat untuk memasuki seklah berasarama penuh dan pusat pengajian tinggi,” katanya.

Menurutnya, ibu bapa perlu memainkan peranan dengan memberi sokongan dan galakan kepada anak-anak mereka yang menyertai kegiatan kokurikulum kerana melaluinya dapat membentuk sahsiah dan jati diri.

5

Bagus
4

Marah

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pumpkingirl 3-7-2014 08:16 AM
Ni berita zaman 70an ke..aku 80an 90an dulu sek convent gak..ok je..atau convent sekarang tak mcm yg dulu..
Quote AbukRokok 3-7-2014 08:21 AM
melayu dah mula dihasut anasir militancy arab oleh ostad2 jadian supremacy. dulu ok je sekolah convent. dari 70an xde plk melayu tiba tiba mnjadi 50% beragama kristian.
Quote Czaziq 3-7-2014 08:25 AM
lol aku sekolah convent gak. best ape belajar pasal bakhita, madelene of canossa, via veritas vita, dulu sister selalu kasik we ols tgk cite sounds of music, gone with the wind, etc. after all sekolah convent best sbb cina melayu india bercampur xde pun nk racist2. dulu ada convent yg xde sister and ada convent still ada sister. aku rasa zaman skang semua convent da xde sister kot.
Quote tapibukanaku 3-7-2014 08:28 AM
lepas ni isu methodist, st john, st michael dan segala mak nenek saint pulakk..

haiyaaaa...ketinggalan zaman betul lah
Quote inteq7 3-7-2014 08:50 AM
lor... amende la ni.. aku budak convent gak.. masa sekolah rendah, siap ada sisters yg duduk kat tingkat atas sekolah.. sekolah sebelah church... rendah sangat ke iman sume orang skrg... haih
Quote LUNCH 3-7-2014 08:55 AM
Dah berpuluh tahun dulu orang Islam pergi sekolah tu tak ada siapa nak bising pun. Tup tup zaman terrorist ni banyak pulak yang mempertikaikan. Apasalah bangsa melayu semakin mundur. Bila cakap agama mengajar pengikutnya jadi mundur melayu tak suka pulak.
Quote AbukRokok 3-7-2014 09:12 AM
LUNCH posted on 3-7-2014 08:55 AM
Dah berpuluh tahun dulu orang Islam pergi sekolah tu tak ada siapa nak bising pun. Tup tup zaman ter ...

punca dari arab dan arabism culture spread by negara arab subversive
Quote kikuri 3-7-2014 09:13 AM
aku masa form 6 sekolah methodist.. ok je.. siap ade sumbangan dari church....pengerusi pibg father.. kiri kanan sekolah church...pengetua pon islam Last edited by kikuri on 3-7-2014 09:15 AM

Quote WawaRaRa 3-7-2014 09:28 AM
kwn2 aku giler nak menganto anak kat convent bukit nanas.... sekolah budak2 pandai katanyer....
Quote missyqaldina 3-7-2014 09:30 AM
aku ex convent elok je islam nyaaa...
pprt sgt pemikiran cmtuu..
dlu nye skola lagi la..
siap ade nan tu sumee..
Quote cmf_premierleag 3-7-2014 09:33 AM
@Syd budak convent gak kan
Quote cmf_kunyit 3-7-2014 09:35 AM
kat tmpt wa ni, kanak-2 melayu beragama islam selamba je bermain dlm halaman gereja dgn rakan-2
sambil diperhatikan oleh org bukan islam
apakah akan tergugat akidah kanak-2 tersbt?
Quote intriQue 3-7-2014 09:35 AM
Czaziq posted on 3-7-2014 08:25 AM
lol aku sekolah convent gak. best ape belajar pasal bakhita, madelene of canossa, via veritas vita,  ...

Belajar ke semua tu?

Takde pun I belajar all that?
Quote bnmbnm 3-7-2014 09:37 AM
WawaRaRa posted on 3-7-2014 09:28 AM
kwn2 aku giler nak menganto anak kat convent bukit nanas.... sekolah budak2 pandai katanyer....

CBN adalah sekolah kelas kawalan.. hanya student dr sek rendah CBN 1 & 2 saja boleh direct ke SMK CBN.. klu dr sek2 lain kena dpt 5A dlm upsr baru boleh dpt tempat walau syarat asas minimum 4A 1B.. dan memang terbukti persaingan sihat..semua berlumba2 utk mendapatkan yg terbaik...
Quote cmf_kunyit 3-7-2014 09:39 AM
kikuri posted on 2-7-2014 07:13 PM
aku masa form 6 sekolah methodist.. ok je.. siap ade sumbangan dari church....pengerusi pibg father. ...

ntah la, dulu wa pon camtu gak, sek methodist sblh church lg,
takde plak masa tu org api-2kan sentimen perkauman rasis mcm skrg ni..
Quote Z77 3-7-2014 09:40 AM
hahahaha... ummah melayu tak faham konsep sekolah mission ni..manjang ingat nak murtadkan orang jer...anak aku sekolah convent pun aku tengok ada cikgu melayu berusaha nak mentalibankan sekolah tu..
Quote lkick2113 3-7-2014 09:49 AM
ada gerakan talibanisasi kat malaysia ni.........
Quote psychobubble 3-7-2014 09:50 AM
iols pn skola convent gak dr rendah ke menengah
ok jah
pengetua pn org melayu islam
teda apa2 pn
Quote prizadane 3-7-2014 09:54 AM
Karutan apakah ini? Walaupun aku bersekolah convent dan negeri aku tak wajib utk ke sekolah agama waktu petang, aku rasa akidah aku masih belum terpesong. Walaupun ada church, chappel kat sekolah convent aku dulu, tapi pengetua n sister kat tempat aku tak pernah larang kelas agama dan siap sediakan surau untuk pelajar n pekerja islam. Sebab tu kadang-kadang aku rasa agama lain takde la pandang teruk pada islam sebab mereka masih boleh tolerate kot.

Lihat semua komen(127)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.266557 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top