Kapit: Jika menjejakkan kaki ke Terminal Penumpang Kapit, jangan terkejut jika terlihat orang mengangkat motosikal ataupun barangan seberat 100 kilogram di situ.
Bagi mereka yang pertama kali melihatnya, pasti kagum dengan kekuatan fizikal pengangkat barang itu, lebih-lebih lagi jika melihat susuk fizikal mereka seperti orang biasa. Di terminal pengangkutan sungai itu, mereka bersedia menerima khidmat mengangkat apa saja jenis barang daripada pengguna bot ekspres sehingga ramai yang menggelar mereka sebagai ‘Badang Sarawak’. Lazimnya, khidmat mereka itu diperlukan penumpang untuk memuatkan barang atau kargo ke dalam bot ekspres yang berulang dari Sibu dan Kapit.
Dalam kalangan penduduk tempatan, sudah menjadi pemandangan biasa sekitar terminal berkenaan apabila melihat mereka ini memikul longgokan besi yang berat, motosikal, mesin basuh, seguni beras atau apa saja jenis barang berat. Bagi Rantai Ija (gambar), 25, kerja mengangkat barang ini sebenarnya mudah sekiranya tahu cara dan teknik betul mengangkatnya walaupun berat barang berkenaan melebihi separuh berat badannya. Dia yang bekerja sebagai pengangkut barang di Terminal Penumpang Kapit sejak berusia 18 tahun berkata, teknik yang sering digunakannya ialah memikul barang di atas bahu kerana selain dapat menampung berat, ia juga memudahkannya melangkah, terutama ketika menaiki dan menuruni tangga di jeti berkenaan. |
Muntz posted on 29-6-2014 04:40 AM
Bila Jalan Kanowit-Kapit siap nanti, diorg nie kena kerja lain pulak.
pink_bundle posted on 29-6-2014 06:01 AM
kenapa takde org ajak diaorg main angkat berat???... kalau untung sabut timbul berjaya emas olympic ...
FanTasyCreaTioN posted on 29-6-2014 05:41 AM
upah mengangkat rm100++ tengok pada moto jenis apa
ADVERTISEMENT