Malaysia Paling Ramai Anggota Kabinet Berbanding Negara Lain Untuk negara dengan 30 juta penduduk ini, pertambahan anggota kabinet Najib menjadikannya memiliki 35 menteri penuh dan 27 timbalan menteri. Jumlah portfolio kabinet juga semakin bertambah.
Seramai 35 anggota itu, 10 daripadanya berkhidmat dalam Jabatan Perdana Menteri – yang semakin membesar – membentuk kabinet dalam kapasiti sebagai menteri penuh. Berdasarkan pakej saraan yang ditetapkan parlimen Malaysia, barisan baru kabinet itu akan menelan wang pembayar cukai kira-kira RM530,000 dalam bentuk gaji atau RM6.3 juta setahun. Ini tidak termasuk saraan yang diterima menteri-menteri itu atas kapasiti mereka sebagai anggota parlimen serta mengambil kira juga bayaran elaun-elaun yang layak diterima. Jika timbalan perdana menteri dimasukkan sekali, kerajaan ini berbelanja RM824,525 sebulan untuk gaji pokok untuk kesemua pemimpin atasannya, atau mencecah RM9.9 juta setahun. Lebih mahal dari UK Najib mempertahankan keperluan mengembangkan kabinet. Ini ekoran perubahan pendirian MCA yang kini bertukar fikiran untuk menerima kerusi kabinet. Jika dibandingkan dengan negara-negara Komanwel, kabinet itu besar jika dibandingkan dengan populasi penduduk. India, negara dengan satu bilion penduduk, menyaksikan juga 23 anggota kabinet. Malah, menteri di India tidak mempunyai gaji pokok dan dibayar berdasarkan elaun harian yang ditetapkan parlimen mereka. Di United Kingdom yang mempunyai 63 juta penduduk, juga mempunyai 23 anggota kabinet yang menerima bayaran £1.57 juta setahun (RM8.54 juta).
|
highcastle posted on 25-6-2014 11:56 PM
Itu tandanya Malaysia kaya.. mampu bayar gaji menteri kabinet yg ramai............
sam_survivor posted on 26-6-2014 12:24 AM
mana picture kabinet malaysia?
highcastle posted on 25-6-2014 11:56 PM
Itu tandanya Malaysia kaya.. mampu bayar gaji menteri kabinet yg ramai............
akusukaq posted on 26-6-2014 12:54 AM
Aku cadangkan kalu pr berkuasa nanti bilangan menteri cabinet di kurangkan separuh dan gaji menter ...
ADVERTISEMENT