CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Taliban Mengganas Lagi

26-6-2014 09:40 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2508| Komen: 7



DUA kru PIA dilihat di sisi mayat seorang wanita yang dibunuh di dalam pesawat mereka di sebuah hospital di Peshawar kelmarin.

PESHAWAR - Sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sebuah jet penumpang yang melakukan pendaratan di barat daya Pakistan dengan menyebabkan seorang penumpang wanita maut, manakala dua anak kapal cedera.

Pesawat milik Penerbangan Antarabangsa Pakistan (PIA) itu berlepas dari Riyadh di Arab Saudi dan bersiap sedia untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bacha Khan, Peshawar apabila ia ditembak lewat kelmarin.

Ketika kejadian, pesawat berkenaan membawa lebih 170 penumpang.

Pihak berkuasa memberitahu, lapan butir peluru yang ditembak beberapa penyerang tidak dikenali telah mengenai pesawat itu semasa berada pada ketinggian 1,500 meter.

Namun, kapal terbang tersebut berjaya mendarat dengan selamat.

"Tembakan itu dilepaskan di luar lapangan terbang," kata jurucakap PIA, Mashud Tajwar.

"Seorang penumpang wanita dan dua pramugara cedera, wanita itu meninggal dunia semasa dirawat di hospital," tambahnya.

Menurut jurucakap berkenaan, punca kejadian masih tidak dapat dipastikan tetapi PIA tidak menerima sebarang ancaman sebelum ini.

Dalam pada itu, pegawai polis Peshawar, Muhammad Faisal berkata, laporan forensik mendapati lapan butir peluru itu berasal dari senjata api raifal AK-47 yang ditembak pada jarak sekitar lima kilometer dari landasan.

"Peluru-peluru itu mengenai ekor pesawat," jelasnya.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab berhubung serangan tersebut menyebabkan beberapa penerbangan di lapangan terbang tersebut ditangguhkan untuk seketika.

Insiden itu berlaku dua minggu selepas kumpulan Taliban menyerang Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah di Karachi, selatan Pakistan sekali gus memusnahkan rundingan damai yang dibuat antara Taliban dengan kerajaan Pakistan. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluehedgehog 27-6-2014 11:50 AM
tread ni x hot klau x berkaitan dgn cina dan dap
Quote mommymonster82 27-6-2014 11:53 AM
Tak de pihak ngaku pastu tetiba TT tulis taliban?

Setahu me taliban klu dia buat per2 dia akn declare..xde senyap gtu jer
Quote Badut.Sarkas 27-6-2014 03:01 PM
sekumpulan lelaki itu ialah orang yahudi dan nasrani yang cemburukan kejayaan ummah Pakistan di persada antarabangsa..
Quote Changa 27-6-2014 03:44 PM
ummah sunni dengan kaganasa terrorism bagaikan aur dengan tebing.

ikut sunnah kah sis?
Quote Aliaskotonggo 27-6-2014 03:51 PM
janganlah ditulis mengganas.....tulislah sedang menjihadddd!!!!! Takbbbiiiirrrrrrrrrr!!!!!
Quote sekngucing 27-6-2014 03:57 PM
hidup taliban!
hidup isis/isil/isma/perkasa/pekida
Quote Al-Patih 28-6-2014 04:52 PM
Taliban neh ..dongen oreng awam ..berani le ...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.226319 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top