CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kursus Pasca Perkahwinan Bagi Pasangan Yang Telah Lama Kahwin

25-6-2014 12:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4749| Komen: 27

Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bercadang melaksanakan kursus pascaperkahwinan bagi mengukuhkan institusi kekeluargaan dan mengurangkan kadar penceraian pasangan Islam di negara ini.

Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim, Zakuan Sawai berkata kertas cadangan mengenai perkara itu sudah siap dan akan dimajukan kepada jabatan agama Islam  negeri.

Cadangan memperuntukkan suami isteri dimestikan mengikuti kursus itu yang dibuat dalam empat fasa berdasarkan usia perkahwinan mereka iaitu satu hingga lima tahun, enam hingga 10 tahun, 11 hingga 20 tahun dan 20 tahun ke atas, katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata kursus tiga hari dua malam itu antara lain meliputi isu berkaitan rumah tangga, hubungan suami isteri serta cara mendidik anak.

Jakim akan memberi penekanan kepada pasangan yang usia perkahwinannya satu hingga lima tahun kerana kajian jabatan itu mendapati kelompok berkenaan yang paling banyak bermasalah, katanya.

"Ini kerana mereka masih berada dalam proses menyesuaikan diri dan mengenali satu sama lain," katanya.

Beliau berkata usaha untuk membangunkan kursus itu bermula pada 2012 dan kini memasuki peringkat projek perintis yang akan diadakan di sini bagi mendapat maklum balas umum mengenai modul yang disediakan.

"Sebagai permulaan kursus ini akan melibatkan penjawat awam sebelum diperluaskan kepada orang ramai", katanya.

Beliau berkata kursus itu juga jauh berbeza dengan kursus praperkahwinan kerana akan membincangkan perihal rumah tangga dengan lebih terbuka termasuk isu kesihatan dan hubungan suami  isteri. 

11

Bagus
2

Marah

Terkejut
4

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mbhcsf 25-6-2014 09:59 AM
wow...pasca pulak cayalah ....hehe penjawat awam yg kena dulu...

Quote mbhcsf 25-6-2014 10:00 AM
kenape tak  buat detailed stats

golongan mana
kumpulan sasaran mana

lagi jimat kos

Quote insulin 25-6-2014 10:01 AM
Haha.....penjawat awam kena jadi lab rat dulu.
Quote mbhcsf 25-6-2014 10:01 AM
I mean don't get me wrong is just that wow ...kumpul sijil je dok Malaysia ni...
hmm...interesting but usaha baguslah - balik kepada knowledge based.
Quote TuntungReturn 25-6-2014 10:07 AM
3 hari kursus? igt swasta nk bgk ka cuti cm.tu..
Quote mzzenma 25-6-2014 10:10 AM
Tak habis2 kursus..nyampah
Quote Simunggu 25-6-2014 10:12 AM
sdh lama kahwin??...dah basi...tak minat lagi....hehehehe
Quote annehuda 25-6-2014 10:19 AM
"Ini kerana mereka masih berada dalam proses menyesuaikan diri dan mengenali satu sama lain," katanya.


bercinta lama lama alih2 bile kawen msh dlm proses menyesuaikan diri so jadahnye ngape kawen? kapel jelah smpi bile2. oh tak boleh nnt puak good good keji n cerca menggalakkan maksiat kekdahnye
Quote ajie2000 25-6-2014 10:21 AM
Dapat sijil boleh kawn lagi satu agaknya..
Quote mbhcsf 25-6-2014 10:24 AM
my question

WHAT ARE YOUR OUTCOME MEASURES?

hmm?
Quote rospinki 25-6-2014 10:25 AM
bagus jugak..reconcile perkahwinan atau kursus penambahbaikan..mana2 pasangan yg tidak menjana harus di beri notis letak jawatan atau diberi tempoh utk memperbaiki performance sbgi isteri/somi.

Quote lurve82 25-6-2014 10:27 AM
euwww...slmt 1-5 thn jah...xmo la kursus...sure tertdo lg dlm tu...
Quote yayah8989 25-6-2014 10:28 AM
err byak nye kursus..pape lh
Quote ellZack 25-6-2014 10:56 AM
Simunggu posted on 25-6-2014 10:12 AM
sdh lama kahwin??...dah basi...tak minat lagi....hehehehe

mungkin kalau antara schedule pelajaran tu cara untuk berpoligami, mesti ramai join..
Quote namirulmukminin 25-6-2014 11:08 AM
Kursus pasca kawin ni mesti banyak citer pasal sex je...
Quote PICes_Boy 25-6-2014 11:12 AM
silap2 ada yg kecoh bergaduh masa sesi soal jwb..
Quote Simunggu 25-6-2014 03:20 PM
ellZack posted on 25-6-2014 10:56 AM
mungkin kalau antara schedule pelajaran tu cara untuk berpoligami, mesti ramai join..

betul itu geng...
Quote Johnyblaze87 25-6-2014 08:50 PM
Kalau free ok la. Kalau kena bayar, sapa lah nk p tu.
Quote mak_wa95 25-6-2014 09:53 PM
apa2 je la orang jakim ni..

kursus boleh selesai masalah ke..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:46 AM GMT+8 , Processed in 1.226632 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top