CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 Tips Mencerahkan Ketiak Gelap

24-6-2014 04:56 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12518| Komen: 27



1. Madu dan lemon

Ini adalah kombinasi yang baik untuk memutihkan kulit ketiak. Lemon bekerja sebagai agen pemutih pada kulit, sementara madu berfungsi sebagai pelembap bagi kulit. Untuk membuat kulit ketiak tampak lebih putih, potong lemon jadi beberapa bahagian (potong la ikut suka). Kemudian sapu permukaan lemon dengan madu. Gosokkan lemon pada kulit ketiak selama beberapa minit. Lakukan setiap hari untuk hasil terbaik

2. Kentang

Kentang juga dikenal sebagai agen pemutih bagi kulit. Potong kentang menjadi beberapa bahagian, lalu gosok secara perlahan pada ketiak selama beberapa minit. Anda boleh melakukannya sebelum mandi.

3. Lidah buaya

Lidah buaya dikenal kerana manfaatnya untuk rambut dan kulit. Tanaman ini juga dapat digunakan untuk memutihkan kulit ketiak yang gelap. Potong daun lidah buaya segar dan ambil gelnya. Kemudian gunakan gel lidah buaya segar itu untuk menggosok kulit ketiak anda yang gelap. Lakukan setiap hari dan anda akan melihat perbezaannya.

4. Kunyit dan susu

Kunyit dikenal sebagai salah satu jenis rempah-rempah yang memiliki sifat penyembuhan dan juga bermanfaat untuk kecantikan kulit. Campur susu dan serbuk kunyit hingga membentuk adunan yg agak kental kental. Lalu tempekkan masker tersebut pada kulit ketiak yang gelap dan biarkan sampai kering. Lakukan perawatan ini setidaknya seminggu sekali untuk mendapat hasil yang maksima.

5. Air mawar dan lemon

Kombinasi antara air mawar dan lemon juga dapat digunakan untuk menghapus warna gelap pada kulit ketiak. Campur air mawar dan air lemon dalam jumlah yang sama. Usap air campuran itu pada ketiak yang gelap. Biarkan sampai kering. Lakukan perawatan ini setiap hari untuk memutihkan warna ketiak yang gelap.

Semoga ketiak anda lebih cerah lebih berseri ...

10

Bagus
13

Marah
12

Terkejut
7

Sedih
10

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ainie_1008 20-6-2014 04:53 PM
Quote prettyuglybabe 20-6-2014 05:00 PM
lepas sental guna kentang tu, boleh tak buat masak??
Quote tengokjerrr 20-6-2014 05:02 PM
prettyuglybabe posted on 20-6-2014 05:00 PM
lepas sental guna kentang tu, boleh tak buat masak??

nak wat kentang goreng ker?
Quote prettyuglybabe 20-6-2014 05:05 PM
tengokjerrr posted on 20-6-2014 05:02 PM
nak wat kentang goreng ker?

apa-apa la..
Quote cruz2 20-6-2014 09:36 PM
Sy setiap hari bancuh air yg dicampur perahan limau nipis..belen limau tu sy gunakan sental di ketiak...so far Alhamdulillah celah pelipat tu sedapla mata suami memandang
Limau nipis juga sy gunakan untuk cuci kuku & tangan terutama slps memasak..
Quote tengokjerrr 20-6-2014 10:15 PM
cruz2 posted on 20-6-2014 09:36 PM
Sy setiap hari bancuh air yg dicampur perahan limau nipis..belen limau tu sy gunakan sental di ketia ...

pengamal petua .. bagusnya
Quote cruz2 20-6-2014 10:19 PM
tengokjerrr posted on 20-6-2014 10:15 PM
pengamal petua .. bagusnya

tapi sy suka hat no 1 lemon dgn madu tu sbb insyaallah 2 brg tu sentiasa ada kat rumah ni..
thanks for sharing..nnt nk try hat ni pulak..
Quote tengokjerrr 20-6-2014 10:28 PM
cruz2 posted on 20-6-2014 10:19 PM
tapi sy suka hat no 1 lemon dgn madu tu sbb insyaallah 2 brg tu sentiasa ada kat rumah ni..
thank ...

petua yg sama boleh diamalkan utk ibu2 mengandung yg mengalami masalah ni, boleh juga diamalkan oleh semua golongan yg mempunyai masalah pelipat2 yg gelap.
Quote iloveyou 21-6-2014 10:59 AM
oooo selain ketiak, celah2 pun boleh la ye?
Quote tengokjerrr 21-6-2014 12:35 PM
iloveyou posted on 21-6-2014 10:59 AM
oooo selain ketiak, celah2 pun boleh la ye?

boleh asalkan rajin menyental
Quote alieyrina 22-6-2014 08:51 AM
Yg tempek kunyit tu satgi tiak jadi kunin plak ...
Quote CintaCDewi 22-6-2014 11:02 AM
cruz2 posted on 20-6-2014 09:36 PM
Sy setiap hari bancuh air yg dicampur perahan limau nipis..belen limau tu sy gunakan sental di ketia ...

oo bole cuba nie..
Quote chinta89 22-6-2014 03:42 PM
tengokjerrr posted on 20-6-2014 05:02 PM
nak wat kentang goreng ker?

buat wedges pun oke kot
Quote penduduk_bumi 22-6-2014 07:28 PM
tengokjerrr posted on 20-6-2014 05:02 PM
nak wat kentang goreng ker?

sebelum goreng, celuk tepung dulu...
Quote tengokjerrr 22-6-2014 10:56 PM
penduduk_bumi posted on 22-6-2014 07:28 PM
sebelum goreng, celuk tepung dulu...

hahahah .. biar betolll
Quote salimrock 23-6-2014 06:50 PM
apa guna ketiak putih?
Quote tengokjerrr 23-6-2014 07:32 PM
salimrock posted on 23-6-2014 06:50 PM
apa guna ketiak putih?

bangga aper ketiak putih .. ekekeke
Quote Eljie 26-6-2014 11:51 AM
nasib baik ketiak aku putih. hehe
Quote awinpj 26-6-2014 12:12 PM
Eljie posted on 26-6-2014 11:51 AM
nasib baik ketiak aku putih. hehe

wahhh apa rahsianya??

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.082952 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top