CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Temasek : Majlis Agama Minta Masjid Jangan Gaduh Dengan Lgbt

23-6-2014 10:53 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3671| Komen: 10


KUALA LUMPUR: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menyeru semua masjid di republik itu untuk tidak berkonfrontasi atau mengecam kumpulan pengamal seks songsang atau lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebaliknya memberi sokongan dan pertolongan untuk mereka berubah.

Kenyataan MUIS itu merujuk kepada penganjuran acara tahunan Pink Dot yang akan berlangsung di republik itu pada minggu depan, lapor laman web akhbar Today. Perhimpunan di Speakers’ Corner itu adalah acara sokongan kepada golongan LGBT.

Laporan itu memetik pekeliling nasihat yang dikeluarkan kepada semua masjid. Dalam pekeliling itu, MUIS menegaskan ia menentang usaha menggalakkan gaya hidup LGBT tetapi ia tidak juga menganjurkan pendekatan konfrontasi dengan mereka.

“Kita tidak setuju dengan cara hidup LGBT dan tidak dapat bersetuju dengan usaha mengalakkannya.

"Bagaimanapun, kita perlu merancang sesuatu yang bukan saja mengukuhkan pertahanan masyarakat kita daripada gaya hidup LGBT tetapi juga membantu mereka yang mengamalkan gaya hidup ini untuk meninggalkannya dan pada masa sama, membantu mereka yang cenderung ke arah gaya hidup itu mengatasi kemahuan itu dengan memberi sokongan kepada mereka," kata MUIS seperti dipetik oleh Today.

Pekeliling itu juga meminta semua program yang dianjurkan oleh masjid tidak dilihat sebagai menentang golongan tersebut, lapor Today.

Pekeliling itu bertarikh pada Jumaat dan ditandatangani oleh pengarah pembangunan agama MUIS, Mohd Murat Aris. Ia juga dilaporkan tersebar di jaringan media sosial Facebook dan Today mengesahkan kesahihannya dengan badan agama itu.

Pekeliling itu juga menyebut perkara-perkara utama yang dibincangkan antara Pejabat Mufti dengan pegawai-pegawai masjid pada 12 Jun lepas. Sesi itu diatur untyk Mufti Mohamed Fatris Bakaram menyediakan garis panduan untuk membina keutuhan ummah menghadapi gaya hidup LGBT.

Ia antara lain menganjurkan penekanan kepada mesej yang menggalakkan institusi kekeluargaan dan pentingnya pendidikan kepada ahli keluarga agar tidak terjebak ke jalan LGBT. Mesej itu harus digalakkan sepanjang bulan Ramadan nanti tetapi tidak semestinya terhad kepada isu LGBT saja.

Mengenai pendekatan tidak berkonfrontasi, MUIS berkata: “Yang pertama dan terutama ialah memastikan mereka tidak menjauhkan diri daripada agama dan masjid. Kedua, mengelak daripada terlibat dengan perbahasan yang tidak perlu dengan mereka yang akan menjejaskan usaha jangka panjang kita. Pada masa sama, kita juga tidak mahu mereka mendapat publisiti."

Pekeliling itu juga meminta masjid-masjid agar "tidak dilihat terlibat" dalam perbalahan antara penganjur perhimpunan Pink Dot dengan penganjur kempen Pakai Putih. Kempen siber itu digerakkan oleh pendakwah muda, Noor Deros.

Noor menggesa umat Islam mengenakan pakai serba putih Sabtu depan sebagai membantah homoseksualiti dan mempertahan nilai tradisi kekeluargaan. Kempen itu kebetulan digerakkan pada hari pertama bulan Ramadan yang sangat mulia kepada umat Islam.

Noor mempertahankan kempennya itu. Dalam satu kenyataan pada Jumaat, beliau berharap kempen pakai putih itu akan dapat diadakan setiap tahun.

Laman Facebook kempen itu mendapat sokongan hampir 3,000 orang. Ia juga mencetuskan kritikan di media sosial kerana disifatkan memecah-belahkan masyarakat.

Kaji selidik sebuah institusi kajian dasar minggu lalu mendapati masyarakat Islam dan Kristian Protestan di Singapura menentang isu-isu moral seperti hubungan seks sejenis, seks luar nikah, pengambilan anak angkat oleh pasangan sejenis serta judi.

Seorang paderi kanan pada Jumaat turut mengumumkan sokongan terhadap kempen pakai putih. "Saya gembira kerana masyarakat Islam Singapura membuat pendirian lantang dan secara visual demi moral dan keluarga," kata paderi Lawrence Khong dari gereja Faith Community Baptist. Tambah beliau, pihaknya juga akan menganjurkan penganut Kristian yang berpendirian sama memakai putih minggu depan untuk menunjukkan sokongan.

Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura bulan lalu menolak permohonan sebuah gerakan yang ditubuhkan oleh paderi itu untuk mengadakan rapat umum acara kekeluargaan. Acara itu menyeru pesertanya memakai merah pada Sabtu depan untuk melawan acara Pink Dot. atau lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebaliknya memberi sokongan dan pertolongan untuk mereka berubah.

Kenyataan MUIS itu merujuk kepada penganjuran acara tahunan Pink Dot yang akan berlangsung di republik itu pada minggu depan, lapor laman web akhbar Today. Perhimpunan di Speakers’ Corner itu adalah acara sokongan kepada golongan LGBT.

Laporan itu memetik pekeliling nasihat yang dikeluarkan kepada semua masjid. Dalam pekeliling itu, MUIS menegaskan ia menentang usaha menggalakkan gaya hidup LGBT tetapi ia tidak juga menganjurkan pendekatan konfrontasi dengan mereka.

“Kita tidak setuju dengan cara hidup LGBT dan tidak dapat bersetuju dengan usaha mengalakkannya.

"Bagaimanapun, kita perlu merancang sesuatu yang bukan saja mengukuhkan pertahanan masyarakat kita daripada gaya hidup LGBT tetapi juga membantu mereka yang mengamalkan gaya hidup ini untuk meninggalkannya dan pada masa sama, membantu mereka yang cenderung ke arah gaya hidup itu mengatasi kemahuan itu dengan memberi sokongan kepada mereka," kata MUIS seperti dipetik oleh Today.

Pekeliling itu juga meminta semua program yang dianjurkan oleh masjid tidak dilihat sebagai menentang golongan tersebut, lapor Today.

Pekeliling itu bertarikh pada Jumaat dan ditandatangani oleh pengarah pembangunan agama MUIS, Mohd Murat Aris. Ia juga dilaporkan tersebar di jaringan media sosial Facebook dan Today mengesahkan kesahihannya dengan badan agama itu.

Pekeliling itu juga menyebut perkara-perkara utama yang dibincangkan antara Pejabat Mufti dengan pegawai-pegawai masjid pada 12 Jun lepas. Sesi itu diatur untyk Mufti Mohamed Fatris Bakaram menyediakan garis panduan untuk membina keutuhan ummah menghadapi gaya hidup LGBT.

Ia antara lain menganjurkan penekanan kepada mesej yang menggalakkan institusi kekeluargaan dan pentingnya pendidikan kepada ahli keluarga agar tidak terjebak ke jalan LGBT. Mesej itu harus digalakkan sepanjang bulan Ramadan nanti tetapi tidak semestinya terhad kepada isu LGBT saja.

Mengenai pendekatan tidak berkonfrontasi, MUIS berkata: “Yang pertama dan terutama ialah memastikan mereka tidak menjauhkan diri daripada agama dan masjid. Kedua, mengelak daripada terlibat dengan perbahasan yang tidak perlu dengan mereka yang akan menjejaskan usaha jangka panjang kita. Pada masa sama, kita juga tidak mahu mereka mendapat publisiti."

Pekeliling itu juga meminta masjid-masjid agar "tidak dilihat terlibat" dalam perbalahan antara penganjur perhimpunan Pink Dot dengan penganjur kempen Pakai Putih. Kempen siber itu digerakkan oleh pendakwah muda, Noor Deros.

Noor menggesa umat Islam mengenakan pakai serba putih Sabtu depan sebagai membantah homoseksualiti dan mempertahan nilai tradisi kekeluargaan. Kempen itu kebetulan digerakkan pada hari pertama bulan Ramadan yang sangat mulia kepada umat Islam.

Noor mempertahankan kempennya itu. Dalam satu kenyataan pada Jumaat, beliau berharap kempen pakai putih itu akan dapat diadakan setiap tahun.

Laman Facebook kempen itu mendapat sokongan hampir 3,000 orang. Ia juga mencetuskan kritikan di media sosial kerana disifatkan memecah-belahkan masyarakat.

Kaji selidik sebuah institusi kajian dasar minggu lalu mendapati masyarakat Islam dan Kristian Protestan di Singapura menentang isu-isu moral seperti hubungan seks sejenis, seks luar nikah, pengambilan anak angkat oleh pasangan sejenis serta judi.

Seorang paderi kanan pada Jumaat turut mengumumkan sokongan terhadap kempen pakai putih. "Saya gembira kerana masyarakat Islam Singapura membuat pendirian lantang dan secara visual demi moral dan keluarga," kata paderi Lawrence Khong dari gereja Faith Community Baptist. Tambah beliau, pihaknya juga akan menganjurkan penganut Kristian yang berpendirian sama memakai putih minggu depan untuk menunjukkan sokongan.

Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura bulan lalu menolak permohonan sebuah gerakan yang ditubuhkan oleh paderi itu untuk mengadakan rapat umum acara kekeluargaan. Acara itu menyeru pesertanya memakai merah pada Sabtu depan untuk melawan acara Pink Dot.


20

Bagus
11

Marah
23

Terkejut
18

Sedih
10

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote artcrime 23-6-2014 09:54 AM
golongan aktivis lgbt bersuara = HUMAN RIGHT.

golongan manusia normal bersuara = MENGHINA
Quote shamsadis 23-6-2014 09:57 AM
kita jangan berkonfrontasi sama mereka, kita menikmati cara mereka - ada betui kaa
Quote MOONGOD 23-6-2014 09:58 AM
Aku gay. Dari kecik aku dah suka kat lelaki. Tuhan dah jadikan aku macam tu.
Quote the_killer 23-6-2014 10:00 AM
kaedah dakwah adalah paling berkesan
Quote MOONGOD 23-6-2014 10:10 AM
the_killer posted on 23-6-2014 10:00 AM
kaedah dakwah adalah paling berkesan

Dakwah macam mana sekalipun tak boleh tukar lah. Bukan mereka yang nak jadi gay tapi tuhan dah jadikan mereka macam tu. Macam kalau nak tukarkan orang straight taste kat lelaki boleh ke?
Quote MOONGOD 23-6-2014 10:12 AM
Tapi aku burka lah jenis gay anal sex. Aku geli lah bab tu.
Quote the_killer 23-6-2014 10:16 AM
MOONGOD posted on 23-6-2014 10:10 AM
Dakwah macam mana sekalipun tak boleh tukar lah. Bukan mereka yang nak jadi gay tapi tuhan dah jad ...

siapa kata tidak boleh? boleh....jika kamu islam...apa yang kamu perlukan adalah iman dan taqwa, kenapa salahkan Takdir jika kamu sendiri taknak merubah? ..
Quote MOONGOD 23-6-2014 10:26 AM
the_killer posted on 23-6-2014 10:16 AM
siapa kata tidak boleh? boleh....jika kamu islam...apa yang kamu perlukan adalah iman dan taqwa, k ...

Awak straight? Apa perasaan awak kalau cuba dengan lelaki?  Ada nafsu? Gay tak ada nafsu dengan perempuan. Sesatu yang tak boleh di tukar. Aku kenal 3-4 orang gay alim yang cuba tukar jadi straight. Aku kenal 2-3 orang bisexual dan gay yang dah pergi haji 2-3 kali. Mereka dah bercucu pun. Tapi.....
Quote the_killer 23-6-2014 10:28 AM
MOONGOD posted on 23-6-2014 10:26 AM
Awak straight? Apa perasaan awak kalau cuba dengan lelaki?  Ada nafsu? Gay tak ada nafsu dengan pe ...

kamu faham tak apa maksud iman dan takwa, ubatnya adalah Al-Quran, jika kamu percaya tuhan menjadikan kamu mcm tu, kamu juga perlu percaya yang tuhan boleh mengubah anda
Quote MOONGOD 23-6-2014 10:33 AM
the_killer posted on 23-6-2014 10:28 AM
kamu faham tak apa maksud iman dan takwa, ubatnya adalah Al-Quran, jika kamu percaya tuhan menjadi ...

Aku tanya awak kalau awak straight, awak nak tak main dengan lelaki? Tak nak kan? Sebab awak tak ada nafsu kat lelaki. Awak nak tak berbinikan perempuan jongang rongok rupa yang huduh? Pasti awak tak nak kan? Sebab awak tak taste kat dia.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.067085 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top