CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Sharnaaz Ahmad Mengeji P.Ramlee ?

23-6-2014 10:03 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 31176| Komen: 223

Letakkan P.Ramlee Pada 'Paras Kaki', Najua Komen Sharnaaz Ahmad

Najua (kiri) sudah lali dengan hinaan masyarakat terhadap datuknya, P.Ramlee manakala Sharnaaz menganggap komen dalam Instagram miliknya sekadar gurauan.


PETALING JAYA: Cucu kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Najua, 28, sudah lali dengan hinaan masyrakat terjhadap datuknya termasuklah guraaan Sharnaaz Ahmad yang meletakkan taraf senimaan agung itu pada 'paras kaki'. Najwa yang merupakan anak kepada Allahyarham Nasir P.Ramlee berkata, dia sekeluarga menerima dengan hati terbuka status Sharnaaz itu kerana apa yang diperkatakan pelakon tersebut adalah pandangan peribadinya.

"Saya dan keluarga sudah tidak kisah dan lali dengan pandangan dan hinaa orang ramai tentang Allahyarham.

"Kalau nak diikutkan apa yang Sharnaaz cakap itu hanya sikit jika ingin dibandingkan tomahan orang lain yang lebih teruk daripada itu,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat. Najua yang menggunakan nama komersialnya sebagai Najua P. Ramlee diminta mengulas status terbaharu Sharnaaz Ahmad menerusi Instagram miliknya yang meletakkan P.Ramlee pada paras kaki jika hendak dibandingkan kehebatan seseorang bapa.

Sharnaaz memuat naik status berkenaan bagi memuji bapanya, Basir Ahmad, 68, sempena hari lahir ayahnya itu. Ditanya sejauhmanakah dia mengenali Sharnaaz, Najua berkata, dia hanya melihat perkembangan pemuda itu sebagai seorang artis.

Ia Hanya Gurauan - Sharnaaz

Dalam perkembangan berkaitan Sharnaaz berkata dia menganggap tindakannya itu bukan satu kesalahan sebaliknya hanyalah gurauan semata-mata.

Katanya, gurauan seperti itu seringkali dilakukannya dan ia tidak perlu diambil serius oleh mana-mana pihak. "Saya tidak rasa itu salah dan ia hanya gurauan sahaja, lagi pula saya ingin memberitahu tentang kelebihan bapa saya berbanding P.Ramlee di sudut pandangan mata saya sebagai seorang anak.
















Inilah status Sharnaaz yang menjadi kontroversi.



"Perkara tersebut seharusnya tidak menjadi isu kerana saya baik dengan keluarga serta anak-anak Allahyarham P.Ramlee dan mereka duduk berhampiran sahaja dengan rumah kami. "Saya rasa pihak mereka pun tidak kisah dan menganggap ia hanya sekadar gurauan sahaja," katanya.

Sementara itu, bercerita tentang bapanya, Sharnaaz mengakui kekuatan bapanya dalam melawan penyakit ketumbuhan otak memberi banyak pengajaran buat dia. "Bapa saya baru sahaja menjalani pembedahan di kepala bagi membuang ketumbuhan di otak baru-baru ini. Dia sudah lama menghadapi penyakit itu.

"Ini merupakan pembedahan keduanya, sebelum ini pembedahan pertama ketika saya dilahirkan, saya kagum dengan kekuatan dia melawan penyakit sambil membesarkan kami adik-beradik," katanya.

11

Bagus
7

Marah
15

Terkejut
13

Sedih
7

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azie.dz 21-6-2014 01:33 AM
bodoh dia ni...nak puji bapak sendiri pon tak yah la mengeji bapak org lain...


otak kat kaki neh
Quote MissLibra 21-6-2014 01:36 AM
dan dan tu laa wartawan contact najua ekkk ... bagus najua.. ko memang pandai handle wartawan. tak melenting langsung. dia langsung tak kisah, tak update apa apa status pun kat fb dia. Last edited by MissLibra on 21-6-2014 01:37 AM

Quote chazey 21-6-2014 01:39 AM
Mungkin kerana aruah Puteh Ramlee itu seorang Melayu dan Muslim maka ia menjadi isu sensitif. Tambahan pula aruah sudah aruah. Aku faham maksud Sharnaz tapi dia lupa umat Malaysia ini jiwa halus mudah terusik. Benda sebegini boleh jadi isu besar.

Cuba jika nama Puteh Ramlee itu diganti dengan John Lennon ka misalnya. Harus tiada isu.
Quote Farzana217 21-6-2014 01:39 AM
Takyahlah membandingkn org dah takde.. Kesian arwah.. Tak perlulah meletakkan pujian lebih-lebih sehingga membandingkan org lain..  Tiada manusia sempurna.. Masing-masing punya kelemahan..
Quote wildlily 21-6-2014 01:39 AM
Mamat ni makin menyampah aku nengoknya...ckp ikot sedap mulut bajet semua org agongkan kau sampai ko cakap sampah pon org terima?

Suka suki letak bapak org lain kat paras kaki bapak ko pehal?? Ko tu letak otak kat kepala dulu baru cakap...ni gaya otak letak paras kaki jer...
Quote Grengo 21-6-2014 01:49 AM
mulut mamat ni terlebih minyak pelicin... laju je potpetpotpet
Quote skymania 21-6-2014 02:00 AM
sharnaaz mmg bad boy yg bodoh..
Quote CrowneGlory 21-6-2014 02:16 AM
Perlu ke banding pramlee kat situ.. Termaktub la sudah ko mmg short wire dlm otak...
Quote tobobon 21-6-2014 02:24 AM
lisda dan poji pasti tersenyum tersengeh2 membaca berita ini sambil kata

I told you!
Quote Orange1 21-6-2014 02:34 AM
I told you!
Quote lnakass 21-6-2014 03:51 AM
Whats with this guy?
Quote cha-cha 21-6-2014 04:29 AM
Ish agak agak lah kalau nak bergurau pun.. sensitif lah sikit perasaan orang lain
Quote drivethru 21-6-2014 04:50 AM
sharnaaz ni xde la sombong sgt. aku pernah jumpa kat penang. anak aku umur 3 tahun mmg x takut org. pastu dia pegi kat mamat ni. elok jer dia layan anak aku. siap dukung2 lg nk bawak lari. anak aku diam jer. atau dia ni weng weng.
Quote adelea 21-6-2014 07:26 AM
azie.dz posted on 21-6-2014 01:33 AM
bodoh dia ni...nak puji bapak sendiri pon tak yah la mengeji bapak org lain...



Kot yer pon tak nak jadikan pramlee idola... kenapa nak tulis perbandingan paras kaki .. biadap nyer la haiii
Quote enchikfitz 21-6-2014 07:36 AM
Knp mst P.Ramlee? Knp x banding dgn kuan2minit atau edelnotelo? Kan lebih afdal. Bangang
Quote famri7 21-6-2014 07:43 AM
Orang bodoh xkan blajar drpd ksilpan bodoh...aku xder la puja pramlee,perlukah mencerca orang lain sebab nk upkan orang lain...lama2 aku rasa kes dia ngan lisda tuh disebabkan kebodohan mulut pprt bukit si dungu nih.
Quote perembes 21-6-2014 07:45 AM
suka cerca bapak org,lpas tu kata gurauan, kalu dia sndri tau pla mgamuk..
Quote asampodeh 21-6-2014 07:52 AM
apehal la mamat ni... yg aku pelik knapa lah nk dibandingkan dgn p. ramlee...?? dh gile ke hape??

nk bgurau pun agak2 la... tk prlu l nk mnyinggung psaan org laen.. Last edited by asampodeh on 21-6-2014 07:54 AM

Quote fazamania 21-6-2014 08:19 AM
apabila orang tak faham apa itu sarcsm maka ramailah yang sentap.

Lihat semua komen(223)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.320312 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top