CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Rosmah sangkal dakwaan campur tangan pemilihan calon !

17-4-2013 12:09 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 9565| Komen: 56




SHAH ALAM - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya beliau campur tangan dalam urusan pemilihan calon Barisan Nasional (BN).

Rosmah berkata, dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana penentuan calon diputuskan sepenuhnya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama kepimpinan tertinggi BN.

"Menjelang PRU ini saya telah banyak difitnah dan ditohmah... inilah yang saya rasa sebagai isteri pemimpin negara dan perkara itu sememangnya tidak boleh dielakkan.
          
"Antara (tohmahan) yang saya dengar, ada pihak yang bercakap saya masuk campur dalam pemilihan calon...itu tidak benar kerana kalau saya masuk campur pasti saya tahu siapa yang dicalonkan atau digugurkan," katanya ketika berucap dalam majlis Ramah Mesra Warga Industri Hospitaliti, Kulinari dan Demonstrasi Masakan di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di sini.
          
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Wanita Umno Selangor, Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah dan Pengerusi Barisan Nasional Bahagian Kota Raja Ir Kamaruzaman Johari.
       
Dalam ucapannya pada majlis itu, Rosmah menggesa semua isteri calon yang bertanding atas tiket BN supaya mengambil langkah proaktif dan memberi sokongan dengan turun padang menemani suami masing-masing berkempen.

Beliau berkata, sokongan penuh yang diberi kepada calon yang bertanding secara tidak langsung mampu memberi kemenangan bukan sahaja kepada calon itu tetapi juga kepada BN.
          
"Saya minta isteri yang suaminya menjadi calon supaya turut sama menyibukkan diri berkempen untuk suami masing-masing.
          
"Dengan adanya kerjasama dan sokongan bersepadu daripada pelbagai pihak, kita (BN) mampu pertahankan kepimpinan di negara ini termasuk mengambil semula Selangor daripada (pakatan) pembangkang," katanya.
          
Rosmah turut mengingatkan suri rumah agar sentiasa menyajikan makanan yang seimbang kepada keluarga kerana rumah adalah tempat yang paling sesuai untuk memupuk amalan pemakanan secara sihat.
          
"Saya menyeru kepada para ibu sekalian, sebagai suri rumah tangga kita harus bijak mengatur pemakanan keluarga supaya mereka sihat sejahtera," katanya. - Bernama






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harimau76 17-4-2013 06:42 AM
biaq pi la org nak kata apa sekalipun Rosmah.. molot org mmg susah nak tutup..esp puak2 caca kat CI nih..
Quote zaujahzauji 17-4-2013 06:50 AM
akak mengundi dun mana kak??
Quote tongkatwaran75 17-4-2013 07:19 AM
takyah hirau klu tak sungguh kot...
Last edited by tongkatwaran75 on 17-4-2013 07:23 AM

Quote letter2 17-4-2013 07:27 AM
kenapa selangur je nk amik balik. kedah peneng kulantan x pulak b.n pandang.. oh lupa. sulangur tu tempat proyek masyuk
Quote TeRasKiLo 17-4-2013 07:35 AM
stedy kak Ros.... depa umpat kak Ros, kak Ros dpt pahala wookey
Quote makcik.peah 17-4-2013 07:45 AM
kenapa kah muke kakak pink bkedut smacam? seram mokcik
Quote md.jie 17-4-2013 07:46 AM
sekali kak mah jeling tersipu tersepit ah jib... padan depa kata gtu pom
Quote menjad 17-4-2013 07:52 AM
diam-diam sudah ler kak!...
Quote FaithNoMore 17-4-2013 07:53 AM
depa igt kak mah mcm punaisihat kot..presedin dah sonyap punaisihat yg dok umum calon sana sini...
Quote oharyaty 17-4-2013 07:57 AM
orang berak tengah jalan pun tak ngaku...
Quote cadarblogsot 17-4-2013 07:57 AM
Go.. kak ross go... gengam bn smpi dapat
Quote oharyaty 17-4-2013 07:59 AM
makcik.peah posted on 17-4-2013 07:45 AM
kenapa kah muke kakak pink bkedut smacam? seram mokcik

ha'ah....
menyeramkan..............

Quote seroja11 17-4-2013 08:03 AM
tajam nyer jelingan kak ros......
Quote gaara_X 17-4-2013 08:27 AM
pelojek....pelojek...pelojek......
Quote azie.dz 17-4-2013 08:53 AM
ala kak ros ni...tak sungguh org tak kata keh keh
Quote kekure 17-4-2013 08:56 AM
Raja Ropiaah ni wujud lagi rupanya..
Dah terlibat skandal pun rileks ja memunculkan diri..
Kalau dia duduk Jepun dah harakiri gamaknya
Quote dfan 17-4-2013 08:59 AM
steadyyy kak rossss................ he he he
Quote cikatilia 17-4-2013 09:02 AM
nape cam lain je muka akhak nih

xsmooth mcm dlm iklan tv and magazine
Quote cmf_kunyit 17-4-2013 09:04 AM
mesti deepak dah usha kak mah dan mintak kusi utk bertanding area bukit cherakah ni..

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.048113 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top