Kalau diteliti betul-betul, bukan semua follower Instagram seseorang selebriti itu merupakan peminat mereka. Kebanyakan mereka sebenarnya merupakan haters. Betul tak? Jadi tak hairanlah jika komen-komen yang diberikan berunsur sinis dan pedas. Namun, komen seorang follower Awal Ashaari dikira agak keterlaluan apabila ianya melibatkan isterinya, Scha Alyahya dan anak dalam kandungannya. Sebagai seorang suami dan bakal bergelar ayah tidak lama lagi, sudah tentu Awal akan marah apabila isterinya dikatakan mengada dan anak dalam kandungan itu sundal. Melampau tau! Komen kurang bernas daripada follower Instagram Awal Ashaari Sebagai respon kepada kutukan itu, Awal Ashaari telah berkongsi wajah wanita bernama sawawa di laman Instagramnya. Jelas, ramai peminat yang menyokong tindakan Awal dan mengkritik wanita tersebut. Iyalahkan, kadang-kadang haters ini perlu juga diajar cara untuk menghormati orang lain. Jangan cakap main sedap mulut sahaja. Ingat selebriti tiada perasaan ke? Serang balas daripada Awal Ashaari Apapun, kami doakan agar Scha dan kandungannya sentiasa sihat. Tak sabar pula nak lihat wajah bayi mereka. Mesti comel kan?
|
11
Bagus |
14
Marah |
4
Terkejut |
11
Sedih |
5
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
tucenmeow posted on 16-6-2014 12:22 PM
dia syok kat awal agaknye... kalo dia ngandung anak awal..barulah tak sundal...
ADVERTISEMENT