CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dihantui Dosa Silam

16-6-2014 03:39 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6295| Komen: 34

Laporan Sinar Harian 23 April lalu.


KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar sebuah kolej swasta di sini, dijatuhi hukuman penjara sehari dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam setelah didapati bersalah menyembunyikan kelahirannya.

Bukan itu sahaja, pelajar tahun akhir jurusan Diploma Teknologi Maklumat (IT) yang berusia 21 tahun itu turut berdepan hukuman penjara enam bulan, sekiranya gagal menjelaskan denda.

Kesemua hukuman itu diputuskan selepas gadis yang berasal dari Kundasang, Ranau, Sabah itu mengaku salah telah menyembunyikan kelahiran seorang bayi di Tingkat 4, Flat Awam Padang Hiliran, di sini.

Dia mengaku salah melakukan perbuatan itu pada 22 April lalu, kira-kira jam 2.30 pagi.

Dia mengaku melakukan kesalahan mengikut Seksyen 318/511 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun dan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Nur Zafirah Rosli di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.

Berdasarkan fakta kes, pada 22 April lalu, lebih kurang jam 2.30 pagi, semasa rakan serumahnya berada di rumah berkenaan, dia mendapati tertuduh telah terbaring di depan pintu bilik air.

Kemudian rakan serumah tertuduh ternampak di dalam bilik air ada tompokan darah dan di dalam mangkuk tandas ada seperti tubuh bayi sebelum mengambil keputusan menghubungi ambulans untuk tindakan susulan.

Pihak hospital sampai di lokasi kejadian kira-kira jam 5.30 pagi dan ketika itu, doktor bertugas telah mengesahkan kematian bayi tersebut kerana mayat bayi telah biru; tidak bergerak dan kepala terendam di dalam air.

Hasil bedah siasat mengesahkan bayi tersebut mati disebabkan semasa kelahiran.

Terdahulu, tertuduh mengakui selepas kejadian itu, dia dihantui bayi tersebut dan dosa-dosa silamnya serta mengakui bertindak sedemikian kerana kurangnya didikan agama.

Pengakuan itu dibuat melalui peguam belanya, Muhamad Hayatuddin Mohd semasa membuat rayuan bagi meminta diringankan hukuman terhadap dirinya.

Sinar Harian keluaran 23 April lalu menyiarkan mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat ditemui di dalam mangkuk tandas di sebuah rumah di Flat Awam Padang Hiliran, di sini, yang disewa sekumpulan pelajar sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di sini.

Siasatan awal pihak polis percaya mayat bayi berkenaan adalah hasil hubungan pelajar itu dengan seorang tukang cat yang berasal dari negeri ini beberapa bulan lalu dan kehamilan itu juga disembunyikan daripada pengetahuan rakan dan keluarga.

3

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clarizsa 16-6-2014 12:15 PM
ayat first... bersalah menyembunyikan kelahirannya... fail BM...
Quote voizze 16-6-2014 12:19 PM
Ok... Penjara sehari  denda 5 k...da membunuh tu jek
Quote pichee 16-6-2014 12:22 PM
mne laki tu..sila dikenakan tindakan juga. jgn nk menyembur sperm sje!
Quote sekngucing 16-6-2014 12:25 PM
detik detik silam
mewarna hidupku
atas kesilapan
menurutkan nafsu
aku berpaling, di bumi sendiri...
mata pun menjeling, seolah mencaci....
Quote prettyuglybabe 16-6-2014 12:27 PM
seronok berdua, menanggungnya seorang. semoga beliau insaf
Quote vespa_oren 16-6-2014 12:32 PM
Lelaki tu org terengganu
Quote vespa_oren 16-6-2014 12:34 PM
Andainya dapat kuulang semula
Suatu zaman yang bernama remaja
Akan terpelihara segala milikku
Hanya buatmu

Diriku mawar pudar warna
Tiada lagi yang istimewa
Dapat dipersembahkan
Menjadi satu lambang sucinya percintaan
Quote sekngucing 16-6-2014 12:34 PM
harap2 kaki wechat bini org tu takla sembur semen merata2
Quote rosasa 16-6-2014 12:37 PM
baru nak menyesal... kesian bayi tu...
Quote funtasy 16-6-2014 12:37 PM
memalukan org sabah ja..elok la engko meringkuk dipenjara sambil dibayangi tangisan bayi..
Quote nana5788 16-6-2014 12:41 PM
Kesiannya baby tu..senang2 je buang x sakit beranak ke
Quote Myrara 16-6-2014 12:49 PM
penjara sehari je?????????the hell dgn law kat mesia ni??
Quote iza_yuss 16-6-2014 01:18 PM
STONER posted on 16-6-2014 12:23 PM
baca la wahai perempuan sekalian. seronok ngesek sama2, bila terberanak sorg2. mana boifren dia? atl ...

kan?

kesian.... x sedih ke.... org lain beranak, laki (suami) bergegas2 nak berada bersama mase proses kelahiran.... kalo suami xde pun, adik beradik, mak ayah mungkin sebagai pengganti....

kes yg camni,,,, uiksss sengsorang...... siannya
Quote kumbang7 16-6-2014 02:40 PM
funtasy posted on 16-6-2014 12:37 PM
memalukan org sabah ja..elok la engko meringkuk dipenjara sambil dibayangi tangisan bayi..

xsempat nak merengkok...sesi lawatan dan berjalan2 di sekitar penjara pun rasanya xsempat...
Quote lavadengar 16-6-2014 02:42 PM
datang dari sabah, main kat semananjung pastu buat pangai cilakak lebih turuk dari suluk...

kaneynabo...





Quote funtasy 16-6-2014 02:43 PM
kumbang7 posted on 16-6-2014 02:40 PM
xsempat nak merengkok...sesi lawatan dan berjalan2 di sekitar penjara pun rasanya xsempat...

knp nokss?tk jdi pnjara ker?
Quote kumbang7 16-6-2014 02:44 PM
funtasy posted on 16-6-2014 02:43 PM
knp nokss?tk jdi pnjara ker?

KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar sebuah kolej swasta di sini, dijatuhi hukuman penjara sehari dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam setelah didapati bersalah menyembunyikan kelahirannya.


Quote lavadengar 16-6-2014 02:47 PM
STONER posted on 16-6-2014 02:37 PM
yg lagi sadis takde bapa nk azan atau iqama kan baby tk berdosa tu

nak harap datok azankan...datok pulak nun jauh dlm hutan sabah sana...

lain kali buat palat kat sabah aje la sudah la...





Quote alieyrina 16-6-2014 02:51 PM
Ni bukan kira membunuh kah..patutnya caj membunuh kaw2 sbb dah sah2 la bb tu xleh pertahankan diri..kita yg boleh pertahankan diri ni kalau terbunuh penjenayah kena hukum gak kan?

Xpa la dik..esok2 ang p la mnyerah lg ke jantan tu..atau jantan yg lain..paling busuk pun bb mati ang kena denda penjara sat saja..tp 2nd time nanti aku harap ang yg mampos

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.085170 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top