CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Hanya Blogger Makan Cadbury, Pegawai Jakim?

16-6-2014 09:43 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10602| Komen: 63

Hanya blogger jamah Cadbury, pegawai JAKIM enggan



KUALA LUMPUR: “Kami  tidak takut dikecam. Malah sanggup berdepan dengan mana-mana individu sekalipun.” Itulah pengakuan berani yang disuarakan Presiden Aktivis Siber Malaysia (ASM), Md Faisal Ahmad yang mempertahankan imej JAKIM susulan isu coklat Cadbury yang didakwa sebelum ini ada DNA babi.

Katanya pengguna harus mempercayai sepenuhnya keputusan status halal yang dikeluarkan JAKIM selaku pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal.

“Sebagai pengguna Islam, kami percaya dan yakin dengan keputusan tersebut kerana JAKIM tidak akan mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan khususnya kepada umat Islam.”

Tambahnya lagi kaedah ujian dan pensijilan halal oleh JAKIM mencukupi untuk mengesahkan status produk tersebut. Ketika ditanya mengapa JAKIM tidak turut menjamah coklat Cadbury itu, tegas Md. Faisal pihak JAKIM tidak berhak untuk dipaksa berbuat demikian. Dalam pada itu pihak Astro AWANI yang cuba untuk mendapatkan reaksi daripada wakil pegawai JAKIM berkenaan isu jamah Cadbury, gagal untuk mendapatkan beliau.

Dalam pada itu, penggiat media sosial menggesa (KKM) agar tampil memberi kenyataan mengapa keputusan ujian DNA babi ke atas dua produk coklat Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Roast Almond dan Hazelnut dibiarkan utuk tempoh tiga bulan. Menurut Md Faisal lagi, isu ini terjadi selepas KKM pada mulanya mengesahkan ada DNA babi pada awal Februari, namun membiarkan perkara ini sehingga 5 Mei.

“Kita juga mahu tahu mengapa KKM tidak menjalankan ujian kedua bagi mengesahkan penemuan awal, dalam penemuan kontroversi seperti ini adalah tidak wajar pihak Kementerian tidak membuat sebarang tindakan ujian lanjut dan berdiam diri sahaja.” Katanya, tindakan itu bukan sahaja mengaibkan Malaysia sebagai peneraju hab halal yang menyumbang hampir tiga trillion ringgit setahun kepada negara, malah kepada seluruh kakitangan syarikat pengeluar jenama coklat terbesar dunia Cadbury.

Mereka ditemui pada Forum Sijil Halal Malaysia dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif yang dihadiri penggiat media sosial yang lain.

Pada 23 Mei, produk coklat Cadbury iaitu Kacang Hazel 175 gram (kelompok 200813M01H I2 tarikh luput 13 Nov 2014) dan Buah Badam  175 gram (kelompok 221013N01R I1 tarikh luput 15 Januari 2015) telah dikesan mempunyai Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi atau porsin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beberapa hari selepas itu, JAKIM membuat pengumuman bahawa dakwaan KKM sebelum ini mengenai penemuan DNA babi di dalam dua produk Cadbury itu adalah tidak benar dan mengesahkan kedua-dua produk itu sebagai halal.


6

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
5

Sedih
2

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote razhar 15-6-2014 10:49 PM
set2 mengelupur kekburiiii dlm porem dah start balun???
Quote clarizsa 15-6-2014 11:02 PM
ignorant is bliss, sometimes....
Quote alinone78 16-6-2014 12:07 AM
Bila depa rasa ragu2
Opkos laaaa depa x makan

Same goes to me
Quote kambeng_masam 16-6-2014 12:14 AM
Hehe...for sure la pegawai2 JAKIM tak jamah sebab depa sindri dah rasa was-was untuk makan cadbabi.
Quote an2toncit 16-6-2014 12:27 AM
dr mykmu x jadi datang ke ?
Quote ladyrk 16-6-2014 12:30 AM
Sekali meragui selamanyer kutinggalkan..sorry cadbury
Quote DTECCONAN 16-6-2014 01:09 AM
X payah ler, buang masa ja. Yg konon2 marah cadbury pun x pernah makan cadbury. Rakyat Malaysia ni senang lupa, 2,3 bulan lepas ni makan balik la.
Quote Extralink 16-6-2014 01:15 AM
Kesiannye blogger2 tu.. Kes naya ni kalau betul
Quote tobby 16-6-2014 01:30 AM
Hari ni ramai mak bapak belikan jeli dari kedai cina utk dimakan anak2 mrk. Yg ditelan oleh anak2 mrk adalah babi.



Melayu Islam kunyah dan telan kulit babi tanpa mereka sedari.

80% produk jeli & gula getah telah disahkan adalah dari kulit babi jika tiada logo halal JAKIM. Industri jeli sememangnya dimonopoli oleh kaum cina. Jadi pada mereka yang masih mahu makan jeli, pastikan ada logo halal Jakim. Kerana kajian sudah mengesahkan 80% gula gula getah dan jeli majoriti yang tiada logo halal Jakim adalah dari kulit babi.

Pasti ramai antara kita tak tahu tentang ini, kerana dulu kita tidak merasakan bahawa peniaga cina ini akan berbuat demikian. Tetapi inilah realiti dan fakta. Yang mana masih pertahankan, mungkin ada antara kita sudah biasa menelan dan kunyah kulit babi. Sebab itu ramai masih tidak percaya walau kita sudah maklumkan.









Quote kumboiNyoq 16-6-2014 01:46 AM
depa was2 lar tu..aku pn dh was2..tengok pn xlalu
Quote munchkin 16-6-2014 03:16 AM
puikkk sangat. dna sangat...puikkk lagi. pegilah test duit kertas, duit syiling. troli. tapak kasut etc for dna tu. rasa rasa bersih tak
Quote alinone78 16-6-2014 05:13 AM
tobby posted on 16-6-2014 01:30 AM
Hari ni ramai mak bapak belikan jeli dari kedai cina utk dimakan anak2 mrk. Yg ditelan oleh anak2 mr ...

Mem prefer buat sndr
Marshmallow pun
Quote inteq7 16-6-2014 09:15 AM
apa2 hal pun.. beli apa2 pun.. check la ingredient...
Quote kecimpret 16-6-2014 10:39 AM
ni kes keyakinan jer...coklat DAIM tu berbondong org melayu makan w'pun takde cop halal JAKIM...pape pun aksi memakan coklat cadbury didepan media ni tindakan yg sgt bodo...wat do u expect?..org melayu akan kembali yakin mkn cadbury lps ko wat gini?
Quote Lula2 16-6-2014 10:46 AM
aku tgk diorg makan pun rase nk muntah..
Quote slippergombak 16-6-2014 10:57 AM
kecimpret posted on 16-6-2014 10:39 AM
ni kes keyakinan jer...coklat DAIM tu berbondong org melayu makan w'pun takde cop halal JAKIM...pape ...

Yg makan cadburry tuh semua siberstupid  blue film army umno yg diupah dapat gaji... dah tak tahan kat internet org umno umno cadburrry.. siberstupid umno gi laa makan cadburry tuh.... yg nampak datang azmi kelana jaya, yg pompuan tuh ratu naga , tak nampak lak adik angkat an si papagomo bangkrup tuh...an pun takder..
Quote kecimpret 16-6-2014 11:05 AM
slippergombak posted on 16-6-2014 10:57 AM
Yg makan cadburry tuh semua siberstupid  blue film army umno yg diupah dapat gaji... dah tak tahan ...

laaa cyberstupid blogger UMNO ka...patut laa wat aksi bodo dpn media..ntah apa laa yg dorang harapkan dr public bila mkn cadbury tuh..kengkonon bila dorang makan maka public akan ikot gak laaaa
Quote ad_hoc79 16-6-2014 12:19 PM
kejap lagi mesti benang ni ditutup. sbb.... sama dengan benang satu lagi tu
Quote slippergombak 16-6-2014 02:12 PM
kecimpret posted on 16-6-2014 11:05 AM
laaa cyberstupid blogger UMNO ka...patut laa wat aksi bodo dpn media..ntah apa laa yg dorang harap ...

Rakyat cabar jabatan agama dan jakim makan cadburry nak tunjuk ia dah halal, tapi pi angkut goblok2 siberstupid umno ygb bergaji makan cadburry beramai2... blogger umno tuh apa kesah ada babi ker tidak, bukan sama macam buat pitnah ker... jakim sendiri takut bila dicabar...

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.148525 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top