Hot FM memohon maaf kepada Norfarhan dan isterinya berhubung insiden segmen Panggilan Hangit.
PETALING JAYA: Pihak pengurusan stesen radio Hot FM pada Khamis memohon maaf berhubung insiden segmen Panggilan Hangit melibatkan pemain bola sepak T Team, Nor Farhan Muhammad dengan isterinya.
Hot FM dalam satu kenyataan menjelaskan pihak Nor Farhan juga memohon maaf atas kejadian tersebut yang jelas menimbulkan rasa kurang senang dikalangan pendengar.
"Pihak pengurusan Hot FM dan Nor Farhan hari ini meminta maaf kepada seluruh pendengar khususnya pendengar Hot FM TGanu atas siaran panggilan hangit baru-baru ini," kata kenyataan tersebut.
Dalam siaran 3 Jun lalu seorang wanita mengadu kepada isteri Nor Farhan kononnya dia telah dihamilkan oleh lelaki tersebut dan enggan bertangungjawab.
Rakaman panggilan berkenaan menjadi viral dan rata-rata menganggap ia tindakan melampau dan kurang sopan.
Mengulas lanjut mengenai insiden berkenaan, kenyataan itu menyebut pengisian segmen pada hari tersebut telah dicadangkan sendiri oleh pemain bola sepak berkenaan dengan niat untuk 'mengenakan' isterinya bersempena ulang tahun wanita berkenaan.
Bagaimanapun pihak stesen itu memberitahu sedang meneliti hal berkenaan dengan lebih mendalam selepas ia menjadi isu dikalangan pendengar.
"Hot FM ingin memohon maaf atas perkara ini dan pihak pengurusan sedang meneliti isu ini dengan lebih mendalam," kata kenyataan itu lagi.
Segmen berkenaan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat menerusi slot AM Krew yang dikendalikan oleh Fara Fauzana, AG dan Fizie.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
yg suruh kenakan tu bodoh.
yg tlg melyn tu pun bodoh.
hot fm kan radio paling piang!!!!
kenakan org panggilan hangit, last2 sndr terkena biler si mangsa asik letak fon jer... pdn nan mukaaa!
Laki dh biasa mencelop ke... Tu yg bole buat camtu... Ke psl kes kembor cek-in tgh hgt sekrg... Agak2 korg ugama apa nk main sesuatu isu tu... Ada plak gunakn zina sebg joke... Otak lemvuno sungguh
kesimpulan: prank calls sangat lah bodoh secara amnya dan secara khususnya boleh mengaku menghamilkan perempuan lain utk surprise wife sendiri... like wtf?