CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sudah Lebat Dah Kurma!

12-6-2014 04:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6460| Komen: 38

Dah lebat dah kurma!

Kota Bharu: Tujuh tahun lalu, penduduk bandar ini pelik melihat beberapa pohon kurma yang ditanam pihak berkuasa tempatan namun kini pohon sama menjadi tumpuan ramai apabila lebat berbuah.


Difahamkan 37 pokok itu ditanam Unit Landskap Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sebagai tanaman hiasan untuk mengindahkan lagi bandar ini sejajar gelaran Bandaraya Islam.

Satu lokasi yang mencuri perhatian adalah di Bulatan Jam Besar berikutan kedudukannya di tengah-tengah bandar menyebabkannya paling menonjol berbanding yang lain.
Setiausaha MPKB Rosnazli Amin berkata, pohon kurma dianggap tanaman hiasan yang paling sesuai berikutan cuaca di negeri ini.

Malah berikutan keunikannya, pokok itu turut dijadikan tanaman hiasan oleh jabatan dan agensi lain yang beroperasi di sini.
“Ia adalah sejenis pokok palma yang rimbun dengan daun yang lebat.

Sejak tahun lalu pohon di Bulatan Jam Besar sudah mula berbuah.
“Namun kali ini, ia semakin lebat sekali gus mencuri tumpuan semua pihak.

“Akhir Ramadan ini buahnya dijangka masak dan boleh dipetik untuk dimakan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Rosnazli berkata, daripada 37 pokok itu, 10 daripadanya sudah berbuah namun pihaknya menegah orang ramai memetiknya.
Katanya, ia bagi memastikan pokok terbabit kekal terjaga.

Bagaimanapun, pihak MPKB tidak melarang mana-mana pihak yang mahu menikmati kurma yang sudah gugur.
“Harap mereka tak petik di pokok, sebaliknya ambil yang sudah gugur di tanah.

Pohon ini tujuannya untuk indahkan Kota Bharu,” katanya.



2

Bagus
10

Marah
7

Terkejut
3

Sedih
9

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siputsedut 12-6-2014 08:09 AM
kat bulatan kijang ke ni? dah lama tak lalu sini sbb jam yang hazab...tak pernah menikmati pemandangan pokok kurma tu nnt petik MPKB sedekah kat org ramai ke?
Quote CauPandin 12-6-2014 08:22 AM
siputsedut posted on 12-6-2014 08:09 AM
kat bulatan kijang ke ni? dah lama tak lalu sini sbb jam yang hazab...tak pernah menikmati pemandang ...

harusla dijual kat pasar ramadhan..rakyat hanya dibolehkan makan buah yang jatuh di tanah sahaja. ad paham mek siput
Quote Cik_Andak 12-6-2014 08:26 AM
Wah....boleh la menikmati kurma segar....
Quote shamsadis 12-6-2014 08:41 AM
kalo tanam banyak pokok buah buahan kan bagus...boleh dimakan sentiasa...tapi harap jangan ada kiasu yang petik pastu p jual...
Quote masbull 12-6-2014 08:43 AM
napelah saya x pernah perasan kewujudan pepohon kurma di situ.. musykil sungguh
Quote rdzaccess 12-6-2014 08:46 AM
hanya yang jatuh di tanah ... jika atas rumput ...?
Quote siputsedut 12-6-2014 08:48 AM
CauPandin posted on 12-6-2014 08:22 AM
harusla dijual kat pasar ramadhan..rakyat hanya dibolehkan makan buah yang jatuh di tanah sahaja.  ...

sedihnya kalu kita goncang pokok tu abis semua gugur kat tanah..boleh makan jugak kan
Quote CauPandin 12-6-2014 08:52 AM
siputsedut posted on 12-6-2014 08:48 AM
sedihnya  kalu kita goncang pokok tu abis semua gugur kat tanah..boleh makan jugak kan

klu jatoh kat tanah halal dimakan oleh ra'yat sis.. yg kat atas pokok jgn dipetik dan dimakan..
konsepnya cenggini sis :

bawah : halal dimakan
atas : x bleh dimakan ( har**)

p/s: peace no war
Quote azlinahmad 12-6-2014 08:57 AM
mesti ramai yang menunggu untuk merasa buah kurma tu
Quote solstice 12-6-2014 09:08 AM
Berbuah lebat mungkin sbb berkat kepimpinan ulama
Quote airfilterbersih 12-6-2014 05:29 PM
azlinahmad posted on 12-6-2014 08:57 AM
mesti ramai yang menunggu untuk merasa buah kurma tu

Mungkin dieorg beratur macam tunggu tudung fareeda jugak kot.
Quote airfilterbersih 12-6-2014 05:30 PM
solstice posted on 12-6-2014 09:08 AM
Berbuah lebat mungkin sbb berkat kepimpinan ulama

Nasib baik pokok tak terencat sebab kes 38 orang konxxxk sorang bohsia haritu.

Quote Changa 12-6-2014 05:33 PM
pokok islam adalah tamar iya?
kalau pokok kafir apa pula sis?
pokok pine??
kena samak kah kalau pegang pokok kafir?
Quote prettyuglybabe 12-6-2014 05:33 PM
faham-faham je la perangai orang ni. sedangkan beras berterabur atas jalan pun sanggup berebut kutip, inikan pulak kurma yang rare pada mereka. hari ni cantik lebat berbuah. esok pagi tengok semua dah lesap
Quote kodokke 12-6-2014 07:24 PM
MasyakAllah cantik buah kurma
Quote ladyxez 12-6-2014 07:35 PM
Kat rmh i pun ada tanam pokok tamar baru 2 tahun lbh
Quote Modngengade 12-6-2014 07:46 PM
Cik_Andak posted on 12-6-2014 08:26 AM
Wah....boleh la menikmati kurma segar....

Kurma segar tk kelat ker uoul?
Quote che_yatt 12-6-2014 07:47 PM
dh mcm kat negara arab lak..
Quote Modngengade 12-6-2014 07:48 PM
Changa posted on 12-6-2014 05:33 PM
pokok islam adalah tamar iya?
kalau pokok kafir apa pula sis?
pokok pine??

Sis...kapir tak der pokok..ada bunga jer..bunga riba

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.167072 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top