ntara penternak dan warga Felda menunjukkan lembu yang mati sejak tiga hari lalu. Anak lembu berusia 2 tahun ini didakwa mati pagi semalam selepas terkena racun itu. Benda berwarna merah dipercayai racun tikus yang ditabur berdekatan takungan air. BERA - Lapan penternak alami kerugian lebih RM35,000 apabila kira-kira 30 lembu di sekitar kawasan tanah rancangan Felda Bukit Puchong, di sini mati secara berperingkat sejak Khamis lalu.
Seorang penternak, Azizul Ismail, 41 berkata, sejak mengusahakan penternakan lembu 18 tahun lalu, ini adalah kali pertama insiden seumpama ini berlaku dan dipercayai berpunca dari racun tikus. Menurutnya, semua penternak yang terlibat mendakwa racun tikus yang ditabur di kawasan kebun kelapa sawit yang dilaksanakan pihak pengurusan Felda tidak diuruskan dengan baik, malah ada yang dibuang ke dalam kawasan parit. “Pada awal kejadian, kita tidak mensyaki apa-apa sehinggalah lembu-lembu ini mati secara berperingkat sejak minggu lepas. “Bila meninjau kawasan kebun, kami dapati ada racun tikus yang tidak ditaburkan di kawasan sepatutnya. Malah, ia turut dicampak ke kawasan air bertakung tempat lembu-lembu itu minum,” katanya. Bagaimanapun, Azizul berkata, semua penternak tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak tetapi mahu pihak berkenaan memandang serius perkara ini. Azizul memberitahu, ada di antara penternak-penternak turut terlibat dengan projek penternakan lembu di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani turut mengalami kerugian apabila lembu mereka turut mati.
Sementara itu, Hamzah Daud, 52 berkata, sekiranya lembu-lembu itu makan atau minum air yang mengandungi racun tikus, ia akan menyebabkan organ dalaman tidak berfungsi dan sel darah haiwan itu akan pecah. “Kebiasaannya, dalam sehari atau dua hari selepas itu, darah akan keluar dari mana-mana bahagian badan dan kita akan tahu, ia akan mati bila-bila masa,” katanya. Katanya, tindakan pekerja yang menabur racun tikus secara tidak sistematik dan teratur boleh membahayakan lembu serta menganiaya penternak. Menurutnya, keadaan ini sekali gus menjejaskan pendapatan sampingan mereka lebih-lebih lagi ada yang sudah menempah lembu terbabit untuk dikorbankan menjelang Aidiladha nanti. Felda Akan Teliti Pengurus Rancangan, Misbari Nazir berkata, pihaknya ada menerima aduan daripada peneroka dan penternak mengenai masalah ini, dan pihaknya sedang meneliti permasalahan tersebut. Menurutnya, pihaknya masih menunggu keputusan ujian sampel darah yang diambil Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah, sebelum membuat sebarang keputusan. “Tidak dinafikan, sekarang kita dalam proses taburan butik (racun tikus) yang dijalankan serentak di seluruh Wilayah Mempaga dengan menggunakan teknik yang sama memandangkan serangan tikus di zon Mendi terlalu tinggi. “Namun, buat masa ini, kes seumpama ini hanya berlaku di sini sahaja. Sebab itu, kita kena tunggu keputusan ujian sampel darah itu,” katanya kepada Sinar Harian. Katanya, sementara keputusan itu diumumkan, beliau meminta supaya peneroka atau penternak yang terbabit bersabar dan meneruskan usaha penternakan mereka. Mungkin sebab racun tikus Sementara itu, Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah, Osman Yusof mengenai perkara ini. Menurut Osman, pihaknya sudah mengambil sampel darah lembu terlibat pada hari pertama perkara itu dilaporkan kepada pihaknya. “Berdasarkan tinjauan dan penglihatan mata kasar, jelas menunjukkan semua haiwan yang sakit dipercayai disebabkan racun tikus. Tetapi sekurang-kurangnya, kita akan mengetahui keputusan ujian dari Jabatan Kimia dalam tempoh tiga minggu untuk membuktikannya. “Kita turut memberi haiwan yang sakit itu dengan ubat tetapi peluang untuk hidup adalah 50-50 sahaja,” katanya. takziah diucapkan kepada keluarga lembu dan tuan punya lembu semoga roh dicucuri rahmat |
5
Bagus |
11
Marah |
8
Terkejut |
11
Sedih |
11
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
zazazieglers posted on 12-6-2014 09:17 AM
Kesian. Sampai hati racun. Aku ni tengok lembu kne sembelih mase korban tu pn bole menangis. Sayu
ren0_0 posted on 12-6-2014 09:22 AM
ladang sawit tu. boleh aje biarkan lembu meragut kat ladang sawit kan? bukannya dia makan buah sawit ...
supernaturalee posted on 12-6-2014 09:24 AM
ah!..org bela lembu ni mmg
biar lps bebas jek
bodo mcm lembu jgk
ren0_0 posted on 12-6-2014 09:28 AM
aku serius tak tahu ni. kalau dibiar lepas di kawasan perumahan/ kampung memang salah
kalau di ...
ADVERTISEMENT