Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menaik taraf teknologi sistem radar pertahanan negara yang berusia lebih 15 tahun. Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Rodzali Daud (gambar) berkata naik taraf itu membabitkan keupayaan pemproses dan aspek avionik. Perkara ini sudah dikemuka kepada kerajaan, katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Peraduan Menulis Artikel sempena Ulang Tahun ke-56 TUDM, di Kuala Lumpur hari ini. Selain itu katanya kerajaan juga bersetuju mempertimbangkan pembelian radar baharu. "Ini menelan belanja yang tinggi namun perkara ini sudah diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia ke-11, cuma kita cuba dapatkan lebih awal," katanya. Sebelum ini Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilapor berkata kerajaan bersedia mempertimbangkan pembelian radar baharu bagi menggantikan radar sedia ada yang sudah ketinggalan zaman. Selepas majlis itu Rodzali turut menyempurnakan pemakaian pangkat kepada 20 pegawai. Selain itu 116 pegawai TUDM serta anggota lain-lain pangkat turut menerima Anugerah Khidmat Cemerlang Kementerian Pertahanan. – Bernama, 11 Jun, 2014. DIANTARA RADAR ATM
Giraffe radar
|
asher posted on 12-6-2014 09:22 AM
radar jer..? aircraft xyah..? abis mcm mana kalo dh detect nk counter attack..
asher posted on 12-6-2014 09:30 AM
x ckup langsung..self defence at low level..bleh harapkn sukhoi gn hornet jer..stakat hawk gan f5e ...
the_killer posted on 12-6-2014 09:38 AM
aku rasa gov sedang kearah tu..dan radar sebagai langkah pertama...kemudian MRCA dan last sekali s ...
asher posted on 12-6-2014 10:24 AM
em..mau mkn 15thn lg baru dpt mrca..tu pun rasa dalam 12 ke 18 biji jer..btw tgu new mrca masuk su ...
Pajeri_Nenas posted on 12-6-2014 10:33 AM
najib agak lembab dlm hal2 mcm ni. dia ingat china tu takkan ceroboh kawasan kita. kita perlukan SAm ...
the_killer posted on 12-6-2014 10:34 AM
Panglima ada bgtau bahawa MIG 29 memang bersara, jadi untuk penuhi ruang kosong tu..kemungkinanla ...
asher posted on 12-6-2014 10:48 AM
gripen nk lease pun ramai gak yg ckp poor option..nk tgu gripen smpi pun aritu saab ckp dkt 18bln ...
the_killer posted on 12-6-2014 10:50 AM
hornet? memang kita ada pengalaman dalam ni..ko kena ingat superhornet pon australia nak bersaraka ...
asher posted on 12-6-2014 11:04 AM
hornet dh menceritakn segala2nyer..100% ready to scramble..russkies? em..sedih mcm2 tgk la mig mcm ...
the_killer posted on 12-6-2014 11:10 AM
pakar2 pertahanan negara memang akui kita ada pengalaman dengan hornet sejak 98 lg....dan hornet k ...
ADVERTISEMENT