CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Tiri Terlampau

12-6-2014 03:38 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8949| Komen: 52

Gambar hiasan


PORT DICKSON – Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 25 bulan oleh Mahkamah Majistret Port Dickson semalam, selepas mengaku bersalah atas tuduhan melakukan kelucahan melampau kepada anak tiri perempuannya.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret, M Mageswary setelah menimbangkan beberapa faktor termasuk pengakuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukannya serta mengambil kira kepentingan awam dan rayuan tertuduh.

Tertuduh, Ismadi Anuwar Ismail, 24, dari Batu 23 1/2, Ramuan China Besar, Masjid Tanah di sini, menghadapi satu tuduhan mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman tempoh penjara sehingga lima tahun dan dikenakan
sebatan jika disabitkan kesalahan.

Berdasarkan tuduhan itu, tertuduh didapati merangsang seorang kanak-kanak untuk melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 30 Mei lalu sekitar jam 6 pagi di bilik utama sebuah rumah beralamat di Kampung Air Meleleh, Port Dickson.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dan merayu agar dikurangkan hukuman kerana menanggung anak termasuk anak tiri seramai tujuh orang sementara isterinya tidak bekerja.

Terdahulu, tertuduh mengaku insaf dengan perbuatannya.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Suhaili Sapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat ke atas tertuduh kerana perbuatannya mendatangkan trauma yang teruk kepada mangsa.

15

Bagus
1

Marah
16

Terkejut
15

Sedih
14

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 12-6-2014 02:30 PM
mak aihh..umur br 24 kawin ngan janda ank 7??
Quote kelip2_07 12-6-2014 02:31 PM
makkaihh..umur br 24 kawin ngan janda ank 7??
Quote Cik_Andak 12-6-2014 02:32 PM
Patut le...duk kampung air meleleh.....

:lol;
Quote GhostWalking 12-6-2014 02:32 PM
Nama kampung pun dah lain macam







Kenapa berita harini semua anak tujuhhhhhhhhhhhhhhh
Quote callance 12-6-2014 02:33 PM
kelip2_07 posted on 12-6-2014 02:30 PM
mak aihh..umur br 24 kawin ngan janda ank 7??

Mungkin janda beranak 7 itu vogue seperti che ta...
Quote mizahanan 12-6-2014 02:34 PM
Dan dan insaf
Quote ell768 12-6-2014 02:35 PM
perrghhhh..umur 24 dah bininya anak 7 tu umur berapa lah??ke kawen sebab syok tgk ada ramai budak2...isk...semacam betul...
Quote rdzaccess 12-6-2014 02:38 PM
kalau dia jalani tanggungjawab sehingga anak anak tu dewasa dan bekerja maka senang dan mewah la dia
.
Quote makton 12-6-2014 02:46 PM
Cik_Andak posted on 12-6-2014 02:32 PM
Patut le...duk kampung air meleleh.....

:lol;

hahahaa....
Quote Odyman 12-6-2014 02:51 PM
7 tu termasuk anak dia sendiri.
Quote tumpanglalu74 12-6-2014 02:58 PM
Mesti ramai yang hamsap..
Quote Myrara 12-6-2014 03:01 PM
ade x benang pasal budak pompaun mati dekat hotel tu. org yg disyaki abg ipor nye.
Quote alieyrina 12-6-2014 03:06 PM
Ni yg kawen buat apa? Lenkali celup mak tu skali dahla..pastu blah...nak kawen2 plak...kalau xkena tgkap kali ni aku rasa esok lusa dia dah rogol bdak tu...
Quote deanswify 12-6-2014 03:14 PM
binatang tol mamat ni
banjingan
Quote mattzzx 12-6-2014 03:23 PM
24 tahun... nasfu tengah membuak buak...
Quote melia_star 12-6-2014 03:35 PM
org laki pagi2 subuh gitu mmg anunya senang mencanak nk digesel jer ek.....
Quote HaifaHanna 12-6-2014 03:41 PM
Motip kawen ngn janda ank 7???
Umo bru setaon jagung...
Huh!
Quote aikong 12-6-2014 03:45 PM
melia_star posted on 12-6-2014 03:35 PM
org laki pagi2 subuh gitu mmg anunya senang mencanak nk digesel jer ek.....

tengokla namanya,anuwar,translate ke bi, perang anu..

Quote lolali 12-6-2014 03:49 PM
24? stress sbb muda2 dah kena jaga anak 7 org, bahaya ni di biarkan. kang kelain di buat nye.

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.157833 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top