Sarvendaraja bersama anaknya, Kalpana (kanan) menunjukkan gambar ekor cicak yang ditemui dalam lontong. PONTIAN - Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang sedang menikmati hidangan lontong terkejut apabila menemui ekor cicak di dalam makanan kegemarannya itu. S Kalpana, 20 berkata, dia menjumpai ekor cicak berkenaan selepas hampir separuh daripada hidangan tersebut dinikmatinya kira-kira jam 10 pagi semalam. Menurutnya, dia kemudian memaklumkan perkara itu kepada ayahnya, T Sarvendaraja 55, yang turut terkejut dengan penemuan itu. “Ayah membeli lontong tersebut untuk sarapan pagi di sebuah kedai makan yang sering dikunjunginya di kawasan bandar Pontian. “Ketika menjamu selera, tiba-tiba saya terpandang ekor cicak. Saya was-was pada mulanya, namun selepas menunjukkannya kepada ayah, dia beritahu ia memang ekor cicak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Katanya lagi, dia kemudian dibawa ke klinik kesihatan kerana mula terasa sakit perut dan tekak menjadi loya. Sementara itu, Sarvendaraja berkata, dia bimbang dengan keadaan kesihatan anaknya walaupun sudah mendapatkan rawatan di klinik berikutan terdapat banyak kes membabitkan keracunan makanan dilaporkan kebelakangan ini. “Mujur keadaan anak saya tidak serius dan dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan. “Saya terus melaporkan kejadian ini kepada pihak Jabatan Kesihatan dan menunjukkan ekor cicak yang ditemui dalam hidangan lontong," katanya. Dia meminta pihak penguatkuasa mengambil tindakan tegas terhadap premis makanan terlibat supaya kejadian seumpama ini tidak berulang. p/s- naharom sungguh la
|
7
Bagus |
3
Marah |
4
Terkejut |
5
Sedih |
12
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT