CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cuaca Paling Panas, 50 Darjah Celsius Sepanjang Ramadan

11-6-2014 11:07 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8772| Komen: 40

Gambar hiasan



JEDDAH: Umat Islam di Arab Saudi diingatkan untuk bersiap sedia berhadapan dengan cuaca panas sehingga 50 darjah Celsius dan waktu siang yang panjang selama 15 jam ketika berpuasa di bulan Ramadan tahun ini.


Suhu ini adalah yang tertinggi pernah direkodkan sejak 25 tahun lalu, iaitu pada musim Ramadan 1989 iaitu 49.8 darjah Celsius.



Bagaimanapun tempoh berkenaan akan berkurangan kepada 14 jam 40 minit ketika penghujung bulan suci berkenaan, lapor Arab News, semalam.

Makkah, Madinah, Yanbu, Riyadh dan Dammam dijangka mencatatkan rekod panas paling tinggi tahun ini.

Jurucakap Jabatan Meteorologi dan Alam Sekitar, Hussain Al-Qahtani memberitahu Arab News bahawa suhu ketika Ramadan akan terus tinggi berikutan tekanan rendah di Semenanjung Arab dan keadaan cuaca panas di seluruh Asia Barat.

Al-Qahtani berkata “Suhu dijangkakan antara 45 hingga 50 darjah Celsius di Makkah, 42 hingga 47 di Madinah, 44 hingga 47 di Riyadh dan Wilayah Tengah,” katanya.

Sementara itu suhu sehingga 50 darjah Celsius diramalkan melanda Wilayah Timur, 39 hingga 45 darjah Celsius di Wilayah Sempadan Utara dan 42 hingga 46 darjah Celsius di Wilayah Selatan.
Beliau berkata Makkah mencatatkan suhu 49.8 darjah Celsius pada 1 Julai 1989, Madinah 49 darjah pada 20 Julai 2005, Riyadh 48 darjah Celsius pada 25 Julai 1987 dan Dammam 50 darjah pada 28 Julai 2007.

Ramadan adalah bulan ke sembilan di dalam kalendar Islam yang berasaskan kepada pusingan bulan lunar. Bulan suci berlaku kira-kira 11 hari lebih awal setiap tahun mengikut kalendar Gregorian.

Kitaran bagi setiap musim mengambil masa sembilan tahun. Ramadan akan berlaku dalam musim panas sekali lagi pada 2017.

8

Bagus
5

Marah
6

Terkejut
8

Sedih
10

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizahanan 11-6-2014 10:10 AM
fuh... separuh takat didih tu...
Quote fifie_olin 11-6-2014 10:15 AM
x pns lg tuu....kalo nk dibandingkn dgn sejengkal matahari atas kepala...
Quote letter2 11-6-2014 10:22 AM
nah. sekarang konsep dugaan dan redho boleh digunakan
Quote amyainsamad 11-6-2014 10:33 AM
bertabah la.....skrg ni pn, aircond pn xterasa
Quote noor2 11-6-2014 10:34 AM
sekarang ni pun panas membahang....
Quote revolusi_30 11-6-2014 10:37 AM
Romadon tu emang bermaksud hari yg panas terik bukan.  Mcm musim panas la kekdahnya.
Quote sekel 11-6-2014 10:38 AM
saper yg mengerjakan Umrah, untung lh dapat merasa pengalaman nie
Quote EncikMusaafir 11-6-2014 10:42 AM
fuu panas oii..
Quote supernaturalee 11-6-2014 10:45 AM
kt m'sia ni pun blh thn panasnya
lately ni
berpoloh den mlm2 hari
Quote pakwenelydia 11-6-2014 11:16 AM
panas siooooooooooooooooooot
Quote pakwenelydia 11-6-2014 11:16 AM
supernaturalee posted on 11-6-2014 10:45 AM
kt m'sia ni pun blh thn panasnya
lately ni
berpoloh den mlm2 hari

tidur berpeluh adalah seksi
Quote nobito 11-6-2014 11:16 AM
Kat Malaysia ni pon pukul 6 petang mcm 12 tgh...
Quote nobito 11-6-2014 11:17 AM
Kat Malaysia ni pon pukul 6 petang mcm 12 tgh...
Quote supernaturalee 11-6-2014 11:19 AM
pakwenelydia posted on 11-6-2014 11:16 AM
tidur berpeluh adalah seksi

klu berteman, yes....sexy
Quote pakwenelydia 11-6-2014 11:21 AM
supernaturalee posted on 11-6-2014 11:19 AM
klu berteman, yes....sexy

hahaha..yeah...u know it
Quote kumbang7 11-6-2014 11:24 AM
smlm panas giler...biasa bgn2 tdo rasa sejuk..ni rasa panas
Quote Suchi 11-6-2014 11:46 AM
supernaturalee posted on 11-6-2014 11:19 AM
klu berteman, yes....sexy

sexy kah? bkn ke panas meruap melekit je rasa badan?
pehtu mula lah naik miang2 gatal kt badan
kena mandi tetengah mlm, tidak takleh tidur.

rasanya panas2 nih nk tidur berteman pun tak lalu..badan melekit ngn peluh huhu
Quote hanakikan 11-6-2014 11:53 AM
Sejak musim panas ni bil elektrik dgn bil air makin naik kat rumah aku
Quote Artemesiaa 11-6-2014 12:04 PM
Harap bertabah dan banyakan bersabar dalam melalui bulan posa kali ini

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.042041 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top