CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Awas! Logo Halal Palsu Di Food Court?

9-6-2014 05:44 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11885| Komen: 81

 

TIDAK dinafikan Malaysia sebuah negara Islam yang terkenal sebagai syurga makanan. Pelbagai jenis makanan dari seluruh pelosok dunia mudah didapati.

Bahkan, restoran yang menyajikan kepelbagaian menu antarabangsa tumbuh bagai cendawan dan berlumba-lumba mencipta kelainan dalam menarik pengunjung mengunjungi premis mereka.

Restoran Ala Thai, ala Jepun, Cina Muslim, ala Cina dan tidak ketinggalan restoran mamak menjadi pilihan pengunjung pelbagai kaun dan menjadi fenomena dalam industri  pemakanan negara.

Namun, bagi menghadapi persaingan perniagaan dan menarik ramai pengunjung, terdapat segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan menimbulkan kekeliruan kepada pengguna Islam dalam status halal sajian makanan dengan dekorasi restoran menunjukkan restoran halal dan tidak kurang menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf Jakim.

Terdapat segelintir pihak yang cuba menumpang dan mengaut keuntungan daripada populariti restoran mamak yang diusahakan golongan India Muslim dengan meniru kriteria kedai makan berkenaan biarpun status halalnya diragui.

Pengusaha restoran bukan Islam cuba mengaburi mata pelanggan dengan meletakkan ayat-ayat al-Quran, gambar masjid dan menggunakan khidmat pelayan warga asing berkopiah bagi lelaki dan bertudung bagi perempuan.

Diakui, terlalu banyak cabaran dan kekeliruan bagi pengunjung Islam membuat pilihan pemilihan restoran halal jika tiada penegasan soal halal dan haram diutamakan dan mungkin ia akan terus menjadi permasalahan sekiranya tiada jalan yang tuntas dalam membuka penyelesaiannya.

Bagaimanapun berdepan beberapa insiden kekeliruan dalam produk makanan dan restoran menjadi cabaran kepada Jakim untuk meyakinkan pengguna terutama Muslim.

5

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
4

Sedih

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AdsMsia 9-6-2014 03:47 PM
asal nampak pekerja pakai tudung saja korang pun terus serbu masuk berbondon-bondong
Quote DTECCONAN 9-6-2014 03:48 PM
Dr Asri kata semua makanan adalah HALAL asalnya, jadi sapa2 kata haram mesti buktikan yg makanan tu HARAM
Quote fifie_olin 9-6-2014 03:52 PM
kalo rasa ragu x yah mkn...sng...simple kan...
Quote gusikuberdarah 9-6-2014 03:53 PM
kt tmpt aku byk dh kdai bukan islam..tp xtau knp rmi jgk yg mkn..xde logo halal pon aku tgk..
Quote bangcak 9-6-2014 03:54 PM
fifie_olin posted on 9-6-2014 03:52 PM
kalo rasa ragu x yah mkn...sng...simple kan...

sokong!
...walaupon dah halal, tolong jgn paksa kami makan kekburii
Quote kintan 9-6-2014 04:04 PM
kat NSK pun ramai pekerja yg pakai kopiah.. especially kat bahagian ayam dan daging
Quote chinta89 9-6-2014 04:12 PM
kalau rasa was2 jgn makan. habis cerita...
Quote cruisekeanu 9-6-2014 04:23 PM
Makan saja di kedai Melayu jati. senang je cerita
jangan makan di semua restauran international
yang dok gatal2 makan kat tempat diragui kenapa
dah tahu dah tauke kedai tu cina/india/bangla/indon campra .... jangan makan
depa nak gantung lambang halal seluruh bangunan pun buat apa kisah
banyak je kedai makan orang Melayu ..... tapi tak nak duduk
tak sedap kan? sesetengahnya sombong nak mampus (perasan kaya)
Quote prettyuglybabe 9-6-2014 04:28 PM
semua pilihan sendiri..
kalau yakin halal, makan. kalau ragu, jangan makan. habis cerita.
attention seeker sangat nak bising-bising, nak geli gelikan orang yang pilih untuk makan.
jelek sangat perangai gitu
Quote AdsMsia 9-6-2014 04:31 PM
cruisekeanu posted on 9-6-2014 04:23 PM
Makan saja di kedai Melayu jati. senang je cerita
jangan makan di semua restauran international
ya ...

setuju gak dgn nko
tapi masalah jugak bro
kedai melayu pun supplier non-muslim
kicap, sos, mee, koey teow ect etc
nak pulak yong tau fu... ntah muslim punya ka cina punya hehehehe

yg perasan kaya tu memang ramai
feeling high class mkn kopitiam kunun
Quote shernazz 9-6-2014 04:39 PM
pada aku senang saja
asal ada logo jakim, aku x was2..
mcm kes cadbury
logo halal jakim menjadi keutamaan buat kita menilai makanan tu halal atau x
bukan keja kita untuk menilik kandungan sampai ke lubang cacing
melainkan kita was2...
kalo dh was2, xyah le makan walaupon ko kata tempat tu ramai muslim
listen to your heart (fefeling roxette pulok)
Quote asudau 9-6-2014 05:07 PM
ada satu kedai kat GM Klang...apa nama nya..bistro apa tah...

mula2 bukak kedai tu memang tak halal sebab kat gambar menu besar tulis pork chop siap ada gambar kemain besar lagi kat dinding kedai...

tup-tup minggu lepas haku pergi GM klang..lalu depan kedai dia...dah ada indon pakai tudung jadi waiter...pastu tu ada tulis pork free kat kedai depa...

so, hati2 la..sapa2 yang teringin nak makan kat situ..samada halal atau tidak..tapi pork free..ramai consider halal kot sebab nengok ada indon pakai tudung..
Quote lkick2113 9-6-2014 05:29 PM
STONER posted on 9-6-2014 04:52 PM
nak makan bismillah dulu, ni main suap je

hahahaha......dalam banyak2 komen...ni memang lawak...
Quote lkick2113 9-6-2014 05:34 PM
bukan nak kata apa ...aku dulu masa kerja kat salah sebuah company construction terbesar dalam malaysia ni, aku je sorang melayu yg lain cina, banyak kali la makan kedai makan cina ni....kawan2 cina kata , hala munya, tak ada babi....aku makan seafood je ngan sayur...bak kata @STONER , aku baca bismillah...lepastu lillahitaala aje tawakaltu ilallah.., ammm masuk mulut
Quote dragger 9-6-2014 06:44 PM
asudau posted on 9-6-2014 05:07 PM
ada satu kedai kat GM Klang...apa nama nya..bistro apa tah...

mula2 bukak kedai tu memang tak hal ...

same gak mcm ada satu kedai kat area danau kota.. belakang Columbia Hospital.. dekat2 area RSMY tu

kedai maknan mmg ketara lah cina punye.. tapi assistant dia kak indon pakai tudung

kat luar kedai dia buh banner beso2 " NO PORK"

Ada plak tgk org melayu singgah mkn kat sane.. hohhh.. bole camtu sekali..  
Quote ell768 9-6-2014 06:59 PM
berlambak jer mcm tu..alaa kedai tomyam yg sah2 org melayu tu leh kompem halal ke bahan2 dia guna tu,sos2 kicap etc yg dr sempadan thai tu?
Quote SissySembah 9-6-2014 07:09 PM
kalau restoran ada tolis ayat arab pun ummah sunni ini lahap sahaja makanannya walaupun mereka sendiri tak faham tolisan arob itu. hatta kalau di tanya maknanya terus di klem ayat koran suci. makin bimbo ummah melayu sunni di duniawi ini patutlah ummah melayu sunni dan babi berpisah teda.
Quote famri7 9-6-2014 07:18 PM
Masa mencelop ada kisah halal haram?
#foodwiseimholierthanthou
Quote nikaido 9-6-2014 07:25 PM
asudau posted on 9-6-2014 05:07 PM
ada satu kedai kat GM Klang...apa nama nya..bistro apa tah...

mula2 bukak kedai tu memang tak hal ...

kedai makan cina dkt rumah aku pun ada indon islam kerja situ cuci pinggan

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.107840 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top