CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

9-6-2014 03:36 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18535| Komen: 22



SYED ABDUL RAHMAN (TOKKU PALOH)

PROFIL
Nama sebenar   = Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus.
Pangkat            = Qutubul Ghaus (tiap 100 tahun seorang)(sumber dari guru)
Asal                 = Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu, Terengganu.
Tahun lahir       = 1817
Tahun wafat     = 1917 (usia 100 tahun)
Sumbangan      = Ulama besar Terengganu pada abad ke-19.

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah. Diceritakan pada suatu ketika, British cuba berunding dengan Sultan Terengganu iaitu Sultan Zainal Abidin III supaya membenarkan mereka menduduki kawasan Bukit Besar tetapi baginda menyuruh penjajah itu menemui Tokku Paloh.

Baginda menyebut, “Terengganu ini ada tuannya, hendaklah berunding dengan tuannya terlebih dulu,” yang mungkin bermaksud bahawa Tokku Paloh adalah orang yang lebih berhak memutuskan permintaan berkenaan. Mendengar jawapan Sultan Terengganu itu, sepasukan pegawai British kemudian bergerak ke rumah ulama itu untuk berunding. Tokku Paloh mengatakan bahawa mereka boleh ‘mengambil’ Bukit Besar dengan syarat bukit itu dibawa balik ke negeri mereka.

“Kalau untuk mencampuri urusan pentadbiran kami, saya menolak walau atas alasan apa sekalipun tapi kalau hendak tanah, silakan. Isikan ke dalam armada tuan sebanyak mana yang pihak British mahu, ambillah tanah,” demikianlah jawapan ulama besar itu. Mendengar jawapan sindiran ulama itu, British berasa sakit hati dan cuba menunjukkan kemarahan mereka dengan bangun daripada kerusi yang diduduki. Akan tetapi, dengan izin Allah, secara tiba-tiba kerusi yang diduduki penjajah melekat di punggung mereka.

Lalu Tokku Paloh menyindir, “Bukan Bukit Besar saja yang kamu mahu ambil, tapi kerusi saya pun kamu mahu ambil juga?” sekali gus menyebabkan British beredar dengan perasaan malu. Selepas peristiwa itu, British cuba berunding untuk kali kedua dan proses itu diadakan di atas kapal perang mereka yang besar. Ia bertujuan untuk mengugut ulama itu secara psikologi kononnya British memiliki angkatan perang yang besar dan mampu menyerang Terengganu jika hasrat mereka menduduki negeri itu dihalang.

Mereka menjemput Tokku Paloh ke kapal berkenaan tetapi ulama itu mengatakan bahawa kapal perang besar itu tak mampu bertahan jika beliau naik. Pihak British kemudian ketawa mengejek sebaik mendengar kata Tokku Paloh. Ulama itu kemudian naik ke kapal berkenaan dan dengan izin Allah juga, setiap kali Tokku Paloh menyengetkan serbannya ke kanan atau ke kiri, maka kapal besar itu turut senget. Keadaan itu mencemaskan pihak British sehingga mereka membatalkan rundingan itu serta merta.

Pada masa yang lain pula, penjajah itu cuba menghampiri perairan Terengganu tetapi mereka mula ketakutan sebaik melihat negeri itu dijaga pahlawan Melayu yang siap bersenjata sejauh mata memandang. Keadaan itu menyebabkan mereka takut menjajah Terengganu selagi Tokku Paloh masih hidup. Demikianlah antara beberapa kisah Tokku Paloh, seorang ulama besar yang berjaya menyekat penjajahan British pada peringkat awal di Terengganu.

Selain menjadi guru kepada Sultan Zainal Abidin III dan Haji Abdul Rahman Limbong iaitu pejuang penentang penjajah di Terengganu, ulama itu turut bertanggungjawab menyemarakkan semangat jihad di kalangan pejuang menentang penjajah di Pahang iaitu Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau. Peristiwa itu berlaku apabila pasukan pimpinan Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau hampir-hampir menyerah diri selepas mengalami tekanan dan serangan berterusan daripada tentera penjajah pimpinan Residen British, Hugh Clifford.


Keadaan tersepit itu menyebabkan mereka berlindung di hutan Terengganu dan menghubungi Tokku Paloh pada Mei 1894. Sebaik bertemu dengan ulama itu, mereka diberi perlindungan dan diajar ilmu untuk menentang musuh. Hasil perguruan singkat dengan ulama itu menyebabkan semangat kumpulan pejuang terbabit kembali membara dan mereka terus tekad melancarkan jihad menentang penjajah British di Pahang.

Walaupun dikenali sebagai ulama, Tokku Paloh turut membabitkan diri dalam bidang pentadbiran dan diplomatik di Terengganu apabila dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Terengganu selain penasihat utama Sultan dalam pelbagai hal. Malah, ketegasan dan kepintarannya dalam hal ehwal diplomatik menyebabkan ulama itu sering diberi peluang mewakili Sultan untuk berunding dengan British hingga penjajah itu gagal menawan Terengganu.

     Tokku Paloh dilahirkan pada 1817 di Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Ulama itu mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri iaitu Saiyid Muhammad al-Aidrus atau dikenali Tokku Tuan Besar, selain beberapa ulama tempatan sebelum berhijrah ke Makkah untuk mendalami ilmu agama dan menimba pengalaman. Sekembalinya dari Makkah selepas kira-kira 10 tahun menuntut ilmu di sana, Tokku Paloh terus mengajar di masjid peninggalan ayahnya di Kampung Cabang Tiga, Terengganu sebelum membabitkan diri dalam bidang pentadbiran negeri.

Tokku Paloh memiliki banyak ilmu dalam bidang kerohanian terutama ilmu tasawauf dan sufi. Beliau juga menjadi khalifah kepada Tareqat Naqsyabandiah dan turut mengamal serta mengembangkan amalan Syahadat Tokku iaitu satu amalan yang disusun oleh bapanya. Kepercayaan Sultan Terengganu terhadap dirinya menyebabkan Tokku Paloh diamanahkan Sultan Zainal Abidin III untuk mentadbir kawasan Paloh selain mengawasi beberapa daerah di Hulu Terengganu antaranya Kuala Berang hingga Cabang Tiga.

     Dalam usaha memastikan kawasan pentadbirannya terhindar daripada perbuatan maksiat dan pelanggaran undang-undang, Tokku Paloh menubuhkan pasukan penguat kuasanya sendiri yang dikenali sebagai Budak Raja. Pasukan Budak Raja ditugaskan menjaga keamanan sama seperti fungsi pasukan polis pada hari ini. Bagi memastikan keselamatan dan kebajikan masyarakat setempat terjaga, Tokku Paloh gemar keluar pada malam hari malah pada hari tertentu, beliau keluar dengan mengenakan kain selubung di kepala.

Tindakannya itu bertujuan membolehkan beliau meninjau kehidupan masyarakat dan sekiranya beliau mendapati ada perkara tidak baik berlaku, Tokku Paloh akan memerintah Budak Raja membuat tangkapan pada keesokan hari. Ulama itu juga memiliki mahkamah sendiri di Paloh untuk mengadili pesalah di kawasan pentadbirannya.

Usaha beliau itu mendapat perkenan daripada pihak istana. Hubungan rapat antara Tokku Paloh dan Sultan Zainal Abidin menyebabkan baginda menyerahkan puteranya iaitu Tengku Sulaiman untuk dijadikan anak angkat dan murid Tokku Paloh. Malah, seorang daripada isteri Tukku Paloh iaitu Tengku Mandak ialah kekanda Sultan Zainal Abidin III sendiri.

Tokku Paloh meninggal dunia pada September 1917 selepas jatuh sakit pada usia 100 tahun. Tidak lama kemudian, Sultan Zainal Abidin III mangkat pada 26 November 1918. Selepas kewafatan ulama itu, barulah British berani dan berjaya menjajah Terengganu pada 24 Mei 1919.


16

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 5-6-2014 01:28 PM


akak nk tanya satu je.

wallahuallam.


nape ek cerita lama2 dulu sembang hebat?

mungkin ada karamah dan kelebihan masing2.

tp nape zaman sekarang tiada hebat2 mcm dulu?

adakah cerita dulu dongeng atau pun orang sekarang tiada kelebihan tersebut?

contoh cm hang tuah?

ilmu kebal?

dan lain2 lg?
Quote janvan 5-6-2014 02:40 PM
saya nak tanya kalau betul2 ada tulah Raja2 melayu, karamah wali2 kuasa ajaib pahlawan2 melayu ni semua, kenapa British & Jepun boleh jajah Tanah Melayu jugak?

Kenapaaaa?????
Quote PrinCessMaya 5-6-2014 03:42 PM
CiliPadiSedap posted on 5-6-2014 01:28 PM
akak nk tanya satu je.

wallahuallam.


Sebab ilmu ketuhanan dahulu adalah tauhid dan syariat manakala ilmu islam yg ada kt msia sekarang hanyalah syariat tanpa tauhid...umpama kulit bawang sahaja..isinya tiada...
Quote CiliPadiSedap 5-6-2014 03:47 PM
PrinCessMaya posted on 5-6-2014 03:42 PM
Sebab ilmu ketuhanan dahulu adalah tauhid dan syariat manakala ilmu islam yg ada kt msia sekaran ...

kalau guna jin cmne pulak?

cmne nk tahu tokoh agama guna jin atau keramah?

sebab akak pernah jumpa orang tak solat tp ada ilmu mcm ni.
Quote becir 5-6-2014 04:18 PM
CiliPadiSedap posted on 5-6-2014 03:47 PM
kalau guna jin cmne pulak?

cmne nk tahu tokoh agama guna jin atau keramah?

nabi muhammad pun takde ilmu cenggini..
Quote CiliPadiSedap 5-6-2014 04:49 PM
becir posted on 5-6-2014 04:18 PM
nabi muhammad pun takde ilmu cenggini..

takpelah darjat mereka lagi tinggi daripada nabi muhammad

boleh terbalikkan kapal.



Quote the_killer 24-6-2014 12:43 PM
Islam pada zaman dahulu sgt hebat..berbanding sekarang....dulu masa zaman penentangan...hanya dilakukan dlm bentuk sekolompok atau dlm negeri je....memang tak nafikan...zaman itu juga ramai melayu belot dan pepecahan kerana masa itu juga lahirkan melayu pemikir barat kerana pendidikan british...
Quote piao 24-6-2014 02:53 PM
CiliPadiSedap posted on 5-6-2014 04:49 PM
takpelah darjat mereka lagi tinggi daripada nabi muhammad

boleh terbalikkan kapal.

karut la ni?
Quote CiliPadiSedap 24-6-2014 02:58 PM
piao posted on 24-6-2014 02:53 PM
karut la ni?

akak pegang sebaik baik manusia rasulullah s.a.w.

selain daripada rasulullah s.a.w. boleh jadi guna jin? atau pun karamah?

orang melayu kuat bela jin. zaman dulu tiada android, tiada apple jadi mereka boring duk bela jin

ustaz2 pun ada bela jin nak cari makan rawat pesakit.

akak pun tak pasti cmne nk tahu orang tu bela jin atau tak? tp berdasarkan pembacaan akak, orang bela jin tetap ada amalan dan pantang larang pelik contoh tak boleh makan pisang tanduk, tak boleh pakai kain melalui kepala, kena bakar kemenyan selalu cmtulah.

kalau dh jumpa cmtu, jauhi lah. tak pasal2 jd geng iblis dan syaitan.wanauzubillah.
Quote piao 24-6-2014 03:05 PM
CiliPadiSedap posted on 24-6-2014 02:58 PM
akak pegang sebaik baik manusia rasulullah s.a.w.

selain daripada rasulullah s.a.w. boleh jadi ...

so JINN dan MELAYU berpisah tiada ?

zaman nenek moyang ni betul la bela saka harimau, smua tu?
Quote CiliPadiSedap 24-6-2014 05:01 PM
piao posted on 24-6-2014 03:05 PM
so JINN dan MELAYU berpisah tiada ?

zaman nenek moyang ni betul la bela saka harimau, smu ...

ye kut?

zaman millenium sekarang orang tua main candy crush.

zaman kilauan emas macam ciki ciki bung tu main candy crush duk bawah ketiak kepam zetty
Quote terung 24-6-2014 09:33 PM
ko dah jahil keje dok berporum nak mempertikaikan orang dulu.. bodo sial
Quote palmolive 26-6-2014 11:51 AM
beza org dulu ngan skrg...dorg jalan kaki jauh untuk menuntut ilmu...berguru ngan ramai tok guru...boleh hafal ayat quran hadis ngan lancar..makan pun jaga dari sumber2 yg halal...org sekarang, berguru ngan google.nak belajar ugama malas tp marah bila org kuliah ugama..pahtu claim diri hebat..makan sumber syubhat...hak org hak dia, hak dia pantang org sentuh...kajian menunjukkan 80% umat islam negara ni tak solat 5 waktu...contoh ari tu ada 2 org anak murid mak sedara aku mai umah dia sampai abis maghrib duk sembang tak solat...camner nak dpt karomah...makang kayu khamat doh la Last edited by palmolive on 26-6-2014 11:56 AM

Quote sahamboi 26-6-2014 07:48 PM
Rasulullah dikurniakan mukjizat
Wali dan org alim dikurniakan karamah
Orang jahat dikurniakan sihir.
Quote aries_au3 27-6-2014 04:04 PM
Gambar yang di opload tu sama spt gambar Dato Bahaman.
Sebelum ni saya ada juga mencari maklumat Dato  Bahaman gambar yang keluar seperti Gambar Tokku Paloh.
Tak tahu mana satu yang betul???
Quote AwgSagi 30-6-2014 09:25 PM
PrinCessMaya posted on 5-6-2014 03:42 PM
Sebab ilmu ketuhanan dahulu adalah tauhid dan syariat manakala ilmu islam yg ada kt msia sekaran ...

Pendapat yg tak semestinya betul, atau yg diwarisi ceritanya dari org dulu2.

Dahulu ada pertembungan kaum tua dan kaum muda.

Dahulu ada amalan2 tepung-tawar, buang ancak, mandi safar, berubat secara menurun dll yg telah banyak dilupuskan pengamalan hasil dakwah pembetulan aqidah dalam upacara masyarakat.

Dahulu, kalau kita tengok gambar2 zaman Tok Kenali, kita lihat bagaimana kaum hawa bertudung.

Islam dulu2 yg gerenti istimewa adalah pada 3 generasi yg di jamin Nabi SAW. Lain dari tu pasti ada kekurangan sana-sini.
Quote AwgSagi 30-6-2014 09:40 PM
CiliPadiSedap posted on 5-6-2014 01:28 PM
akak nk tanya satu je.

wallahuallam.

Cerita ni lebih kepada dibesar2kan oleh murid2 & pengikut2... ditambah perisa oleh org kemudian.

Samalah seperti penciptaan hadis2 karut seawal pertembungan Ali Abi Thalib RA & Muawiyah Abi Sufyan RA.

Tak nak percaya cerita ajaib2 ni pun OK, nak percaya pun OK tapi untuk apa kerana hadis Nabi SAW pun dinilai, inikan pula cerita warisan yg tiada standard pensahihan.
Quote sranua 1-7-2014 08:41 AM
palmolive posted on 26-6-2014 11:51 AM
beza org dulu ngan skrg...dorg jalan kaki jauh untuk menuntut ilmu...berguru ngan ramai tok guru...b ...

Yg ni aku setuju.
Semalam interview, antara soalan dan ujian adalah bacaan Al-Fatihah dan doa Qunut. Kalau tak lepas ujian tu, secara automatic, calon mengaku solatnya tak cukup.
Daripada 11 org yg dtg....biasanya yg cukup solat ni tak ramai, antara 4-5 orang je. Kalau hukum Allah pun tak nak ikut, inikan pula hukum manusia.
Quote LatifEidrusi 8-4-2016 12:11 AM
becir replied at 5-6-2014 04:18 PM
nabi muhammad pun takde ilmu cenggini..

Nabi takde ilmu macam gini?

Awak tak baca sirah Nabi ker? Bukankah Nabi pernah membelah bulan? Bukankah Nabi pernah terbang naik ke langit dalam sekelip mata mata? Bukankah Nabi seorang yang buta tuli (karomahnya boleh menulis ayat Quran walaupun tak tahu membaca).

Siapa kata Nabi takde ilmu2 macam Tok Ku Paloh.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.139708 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top