KUCHING: Seorang pembantu rumah di Sibu yg didakwa telah dirasuk bertindak memakan anak kucing milik majikannya pada Khamis lepas dengan sebahagian anggota bangkai kucing itu dijumpai bertaburan di hadapan rumah. Susulan penemuan mengerikan itu, pemilik rumah bertanya hal itu kepada pembantu rumah, yang kelihatan berperangai pelik sejak dua minggu lalu. "Apabila saya menyoal, dia mengaku telah makan anak kucing," katanya. Kemudian, pembantu rumah itu mengamuk, memaksa kami mengikatnya" kata majikan wanita, seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan. Majikan kemudian berjanji kepada pembantu rumah yang berasal dari negara jiran itu, yang dia akan dibenarkan pulang ke kampung halaman pada hari berikutnya. Sepanjang malam, pembantu rumah itu dibiarkan terikat dalam kereta miliknya, di luar kawasan rumah. Majikan memberitahu pembantu rumah itu kelihatan normal pada hari esoknya dan dia melepaskan ikatan. "Saya kemudian membawanya untuk membeli nasi ayam sekitar jam 10.30 pagi," katanya. "Sebaik saya membeli makanan, dia enggan masuk ke dalam kereta dan mula mengamuk. Seorang anggota polis yg dipanggil tangannya digigit ketika cuba menggarinya. Pembantu rumah itu akhirnya berjaya ditangkap dan dihantar ke Hospital Sibu dengan mukanya ditutup untuk menghalang beliau dari meludah ke arah orang ramai. Majikannya berkata mereka sekeluarga mengalami trauma dan selalu terbayangkan cebisan kulit anak kucing di hadapan rumahnya.
|
21
Bagus |
26
Marah |
16
Terkejut |
29
Sedih |
26
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
famri7 posted on 9-6-2014 12:11 AM
Aku terimagin dia gigit kepala anak kucing...dengan berbulu..pasti eyeballs pecah keluar lendir..pas ...
glump posted on 9-6-2014 12:12 AM
Ujian kesihatan pekerja tak termasuk ujian mental ke..? Mcm byk kes je yg aada masalah mental kerja ...
ADVERTISEMENT