CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Kapal China pulak tersangkut di Terumbu Tubbatahan, Laut Sulu !

11-4-2013 11:28 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 3796| Komen: 10


KAPAL nelayan China itu membawa seramai 12 orang.- AFP

MANILA - Sebuah kapal nelayan China ditemui pihak berkuasa Filipina terkandas di kawasan Terumbu Tubbataha di Laut Sulu yang terletak dalam perairan Filipina pada Isnin lalu.

Kapal itu yang membawa 12 orang nelayan dipercayai dari Fujian.

Sebelum ini sebuah kapal tentera pembersih periuk api, USS Guardian turut terkandas di terumbu tersebut.

Semua nelayan China itu yang kini ditahan berdepan hukuman penjara selama 12 tahun dan didenda sehingga AS$300,000 (RM908,999) kerana menangkap ikan secara haram.

Kapal nelayan itu ditunda ke Pulau Palawan.

Terumbu itu telah disenaraikan sebagai warisan dunia oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Badan kapal tentera USS Guardian itu telah dipotong dan diangkut dengan kren ke dalam kapal tunda Archon Tide pada 30 Mac lalu selepas ia terkandas sejak 17 Januari lalu. - Agensi


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 11-4-2013 07:27 AM
jin suluk ngamok apake?
Quote batmana 11-4-2013 08:20 AM
kiram patut pindah situ aja, tambak tanah situ..
jadila negara kiram...

Quote airfilterbersih 11-4-2013 08:21 AM
negara karam..bukan kiram..
Quote magnus 11-4-2013 08:28 AM
Ni kat area sama kapal us kena potong dua tu ke....terumbu karang kat situ pandaila tangkap kapal.....
Quote mute 11-4-2013 08:40 AM
china die tak potong2 die cabut aje satu2...sebab plug n play punyer konsep
Quote nexusys 11-4-2013 08:50 AM
mute posted on 11-4-2013 08:40 AM
china die tak potong2 die cabut aje satu2...sebab plug n play punyer konsep

mwahahahahahahahahahahahahahah
Quote Cyempaka 11-4-2013 11:42 AM
dah ala2 segitiga bermuda, ada jin mungkin  



Quote kueh_kueh 11-4-2013 12:23 PM
china juga nak tunjuk kat dunia bahawa belaiu juga mampu untuk tersangkut di situ
Quote gsfreedom1 11-4-2013 12:28 PM
tak abih abih nak ceroboh negara orang depa nie
Quote shamsadis 11-4-2013 12:29 PM
diaorang pasak kapal tue kat situ...esok lusa diaorang claim kapal diaorang ada kat situ bermakna tempat tue milik diaorang... - teori konspirasi

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.238812 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top